Khamis, September 23, 2010






selamat belated hari raya kengkawan bloggers sume.. =)

byk yg aku nk cite ni tp nnt la kot.. layan gamba raye je dulu eh =)

Selasa, Ogos 31, 2010

ade chef bodoh dalam tv skarang!!!!

alamak ade chef bodoh la plak kat tv ni...

dah la pegi layan mokcik raziah dangdut tu buat lawak lucah....

pastu chef tu itself pegi wat lawak bodoh gonjeng lak kat dlm rancangan masak2 tu....

kebetulan aku tgh on9 blog ni so terus masukkan aa insiden tak manis untuk ditonton ni dlm ni...

aiyooo!!!! ini macam punya chef pon boleh klua tv ka???

Isnin, Ogos 30, 2010

sempena sepuluh terakhir Ramadhan 1431 hijri =)

rasa sangat gembira & bahagia mendapat perkhabaran yg sangat menggembirakan menjelang sepuluh terakhir ramadhan ni...

sepuluh terakhir ramadhan kan adelah kebebasan daripada belenggu api neraka....

semoga perkhabaran gembira ini akan membantu aku membebaskan diri daripada belenggu api neraka InsyaAllah....

=)))


SALAM MERDEKA semua!!!

Jumaat, Ogos 27, 2010

amboi! ko igt ko je ada taik????

Malaysia terus dihina

Daripada BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my

PENUNJUK perasaan membakar bendera Malaysia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia Indonesia di Jakarta, semalam.

JAKARTA 26 Ogos – Penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia” bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, 13 Ogos lepas.

Demonstrasi bermula kira-kira pukul 1 petang itu berakhir kira-kira dua jam kemudian dan tunjuk perasaan kali ini disertai oleh anggota Forum Kebangsaan Indonesia, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Benteng) dan Forum Betawi Rempug.

Tunjuk perasaan menjadi kecoh apabila polis menangkap dua orang penunjuk perasaan yang membakar Jalur Gemilang, menyebabkan para penunjuk perasaan bertempiaran lari dan ada juga melempar buluh serta kasut ke arah polis.

Cuaca yang terlalu panas menyebabkan para penunjuk perasaan keletihan dan berkumpul di bawah pokok untuk berteduh dan pada masa yang sama ketua-ketua mereka juga seolah-olah telah kehilangan suara untuk berucap menggunakan alat pembesar suara.

Tunjuk perasaan pada mulanya mengecam penangkapan tiga anggota penguat kuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia dekat perairan Johor, tempoh hari, akhirnya bertukar kepada tunjuk perasaan mengecam kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Tunjuk perasaan bertema ‘Panggung Merah Putih-Tegakkan Harga Diri Bangsa’ itu mendesak Malaysia supaya meminta maaf kepada seluruh rakyat Indonesia kerana perbuatan menghina kedaulatan Indonesia.

Mereka juga mahu Malaysia menghormati hak asasi manusia serta memberi perlindungan undang-undang kepada seluruh rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Penunjuk perasaan juga mendesak kerajaan Indonesia supaya bertindak tegas dan berani dalam menyelesaikan persoalan dengan Malaysia.

Mereka juga mahu kerajaan Indonesia mengambil alih semua ladang kelapa sawit milik syarikat Malaysia di seluruh Indonesia.

Pada Isnin lalu, 37 anggota Bendera mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia turut membawa bersama lima bungkus najis manusia.

Salah seorang daripada mereka sempat melemparkan bungkusan itu ke dalam pagar kedutaan manakala yang lainnya meletakkan najis tersebut di atas Jalur Gemilang dan memijaknya. – UTUSAN

hmmm... pastu kat sini kate cenggini....


haii,,,, takkan kecewe je tuan,,,,

buat ler TINDAKAN sewajarnye...

ouch!! ai bukan nk mengajar ye....

tp ini melibatkan maruah bangsa....

as i said here....

dah la datang sini keje deme merompak menyamun...

pastu nyewa umah org xnak bayar sewa...

oi ko igt bapak aku nk bg welfare kat ko 1 kuage ke hah??!!!

Jumaat, Ogos 20, 2010

mulut2 busuk yg gatal! *mode politik

terpanggil aku nk share psl perkare ni..... u know like kekdg bile bc brite cam ni ase cam semgt kenegaraan aku membuak2.... ehh tp apsal aku dpt B+ je dulu kt UPM? hihi.....
.
.
.
*mode serious membace akhbar

Sejarawan kecewa kenyataan Soi Lek
Oleh Faiza Zainudin

2010/08/20

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diminta menghentikan kenyataan atau serangan ke atas segala perkara yang membabitkan kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang buat kali ketiga.

Sejarawan negara, Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata kaum Cina terutama golongan seusianya bimbang dengan tindakan Dr Soi Lek itu dan pemimpin lain yang seolah-olah tidak faham sejarah penubuhan negara dan sanggup memberi kenyataan menghiris hati kaum lain atas alasan untuk keadilan semua pihak.
Katanya, serangan ke atas orang Melayu walaupun membabitkan isu kecil seperti pemberian ekuiti 30 peratus adalah sesuatu yang sensitif dan tidak menjamin sokongan dan kemenangan berpihak padanya pada masa akan datang.

Hentikan serangan itu, ia tidak bawa hasil positif, kalau duduk berbincang dan bertolak ansur seperti mana yang diamalkan Barisan Nasional (BN), mustahil ada konfrantasi, sebab itu BN ditubuhkan supaya parti komponen boleh duduk bersama berbincang masalah rakyat.

BN ditubuhkan selepas 13 Mei, tapi semua sudah lupa, pemimpin terus bergaduh, kalau sentiasa tumpu kepada hubungan kaum, langkah tidak diambil untuk rapatkan kaum, saya takut, bimbang berlaku rusuhan 13 Mei lagi, selepas kejadian pada 1945 dan 1969.

Oleh itu, dia kena jawab apa yang MCA mahu, supaya rakyat tidak keliru, benda ini (ekuiti 30 peratus) tidak perlu dipersoalkan lagi, kalau kita perhatikan banyak orang miskin di negara ini masih orang Melayu, mereka perlu dibantu, tak perlu menjerit-jerit untuk kurangkan hak mereka, tak guna... apa yang penting pujuk mereka (Melayu) untuk dapat sokongan, bukan cari gaduh dengan mereka, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap Dr Soi Lek yang masih mempertahankan pendiriannya terhadap cadangan untuk mengurangkan ekuiti Bumiputera 30 peratus dalam semua sektor ekonomi secara berperingkat selain kenyataannya yang melahirkan perasaan kecewa terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkannya supaya tidak membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan dan prasangka terhadap kaum lain.

Sementara itu, Pengerusi Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS), Aqil Faisal Ahmad Fadzil, melahirkan perasaan kecewa terhadap tindak tanduk Dr Soi Lek itu yang tidak mencerminkan semangat kerjasama yang diamalkan golongan usahawan pelbagai kaum di negara ini.

Kami usahawan tulen babitkan Melayu, Cina dan India memang bekerjasama, tapi bila timbul isu ini buat kami keliru. Pada pandangan kami, dasar ini (ekuiti) tidak merugikan mana-mana pihak, malah menguntungkan semua terutama kaum Cina, katanya.

sbb itu aku sgt suke dgn buku sejarah aku ms form3 dulu yg ditulis oleh khoo kay kim ni.... terus dpt A... wahhh!! motif ape ni?? hehe

*mode serious semule
terok kn? terrrrrroookkkkkkk gile deme ni!!! bkn ke kite yg beraye pon deme yg untong beso ke? bli kain bju, bli lgsir, bli alas meja, itu ini sume bli dr kedai2 kaum deme.... so wutda??? yet they still feel diorg teraniaye dan xdpt hak deme.... bg capital WUTDA kat deme!!!! eeee geramnye aku!!!!


Khamis, Julai 29, 2010

nak bayar duit kereta ngam2 mcm dlm agreement x bleh dibuat kat kaunter?? peraturan mana ni bank dari timur tengah ni guna ni???

last tuesday aku g bank cam biase la nak bayar duit kete.. and as usual aku akan bayar duit kete on or before 27th of each month kan to avoid the interest to be charged on me sbb bayar lewat while if bayar awal xkan dpt ape2 token as appreciation pun kan... so nk bg pueh ati, bayar on d dot of the day... lagi pueh ati kalo aku dpt bayar pukul 4 ptg just before pintu bank ditutop oleh mokcik guard....

yer... mokcik guard! mokcik guard itulah pemule ceritera aku hari ini... hehe

aku masuk n terus tuju ke mesin amik no... mcm biase la kan prosedur bila kite masuk bank.. terus aku diterpa oleh mokcik guard ni "cik nk bayar ape?" aku jawab "nk byr wet kete" die tanye "ade apa2 tunggakan x?" aku balas dgn bangga diri yg membuak2 =p "xde" pastu die ckp "kalo camtu cik KENE bayar kat kiosk.. bayaran yg xde tunggakan xboleh bayar kat kaunter" 

aku terus kate "wutthehell, wut do u mean by x boleh???" hoho xde la aku ckp wutthhell bagai...aku ckp "tp sy nk byr ngam2 and ade singgit dlm payment ni, kiosk xleh accept singgit so sy nk byr kat kaunter jugak" sbb aku ekceli dh tau dh helah diorang ni pastu mokcik guard tu mcm buat muke siottt... buroks gile muke yg die buat tu.. aku ase nk lempang je mokcik guard tu! pastu aku buat x pedulik dan terus ke kaunter sbb nombor aku dh dipanggil! aku ulang, dlm a blink of an eye name aku dh dipanggil sbb mase tu KAUNTER BANYAK GILE YG KOSONG sbb bank baru bukak ieitu dlm kul 9 suku am camtu... 

aku g kaunter dan bg details no kete aku n kete tu atas name sape yg diminta oleh adik kaunter yg berbudi base tu...  pastu selepas sume details yg diminta terpapar di skrin, adik tersebut terus berkate 

"oh kalau payment tetap mcm ni, cik KENE bayar kat kiosk" so aku terus jawab ayat yg same mcm aku jawab kt mokcik guard td 
"tp payment sy ade singgit, kiosk takleh accept duit singgit" and adik kaunter tu jawab 
"kalau mcm tu, cik kene bayar 645" meaning lebih 4 hengget drpd ape yg sepatutnye aku byr. so aku jawab 
"tp skarang sy datang bank bawak 641 ni je so macam mana sy nak bayar kat kiosk?" dan die pegi jawab 
"camtu cik KENE carik la lagi 4 hengget tu" ewah!!!! banyak lemak ko! dan oleh kerane aku ni semenjak azali adelah seorg yg x suke dipijak2 dan very d by-book-person, aku telah menjawab seperti berikut 
"dlm agreement sy kate sy KENE byr 641 so skarang sy nk byr 641 fullstop!" then dibalas dgn minyak yg menambahkan bara memerah 
"xboleh cik" pastu aku ckp 
"ok kalau camtu saye nk buat report! sy nk jumpe manager!" pastu dengan muke yg masih kul dan budi base yg masih ade aku kire pd adik kaunter tu, die jawab 
"oklah, KALI NI sy accept tp bulan depan cik KENE byr kat kiosk" ewahh!!! besooo lesen ko nk kate kali ni accept kali tu x accept! and system ko tu bleh lak accept payment ni kan? bukan kate aku kene bayo kat kiosk sbb system korg dh dicipta supaye reject payment ngam2 cam ni kan? pastu aku jawab 
"hah tgk lah camne nnt" SORIIII sikit aku nk byr kat kiosk bulan depan! 

aku nk je ckp "oi!!! mane circular korg yg mengatekan payment ngam2 kene byr kt kiosk? yg aku tau dlm agreement aku yg ditandatangani 4 tahun lepas, aku KENE bayo 641 on or before 27th of each month... tu je! jgn nk memandai2 nk ambik lebih duit dr customer ko ye... kang aku report kat persatuan pengguna kang.. kalo sorg cam aku ni ko ambik wpon cume 4 henget, kalo dh seribu org ko buat camtu? dah 4 riban ko untong senyap2 camtu je... cube kalo 4 riban org ni terbyr kurang dlm certain bulan tu, ko caj kitorg interest plak kan which is ko jugek yg dpt untong? ko tau keje ko nk untongggg je ek? byk lawa! ko dpt customer cam aku ni, mmg silap beso la ko nk pijak kepale aku... 

aku bukan nk berkire psl 4 hengget tu.. yelah bg sesetgh org yg bace blog aku ni, mesti korg terdetik dlm ati "apelah sgt ade pd 4 hengget tu kan?" memangggg... memanggg.... aku pon xsuke berkire bab2 mende 4 hengget ni.. and mase tu ade pon 4 hengget dlm wallet aku... cume aku x suke bile die kate KENE KENE tu.. mende tu xde dlm agreement, apekebendenye yg dikatekan sbg KENE nye??? ini adelah perkare rights kite as penggune... 

dan 1 lagi, kaunter bank mase tu tersgttt lah kosong ok! aku smp kul 9 suku, org xde, aku smp2 je nombor aku terus kene panggil, so wutda ko nk suruh aku susah2 g kiosk lak? oiii aku bukan nk bayo duit kete ni mase bank tgh tutop.. aku ase penggunaan kiosk tu boleh kalo aku dtg nk bayo after office hour ieitu bank dh tutop... and aku willing to pay more disebabkan kesalahan aku sendiri ieitu lewat kan.. ni aku dh tercongok pagi2 buta kat situ, dgn keadaan lengang nye kaunter tu, ko nk suruh aku berundur dan g lak beratur kat kiosk yg mase tu setiap mesen tu ade org tgh gune? byk canthekkk!!!

ko pk x, kalo certain org yg katekan smp on that 27th tu kan, mmg tggl 4 hengget je belen dlm poket die utk die gune as duit blanje kat opis or duit isi minyak motor katekan smp end of d month to those yg dpt gj copoi2 je at the end of d month, so adekah org itu perlu mengorbankan 4 hengget tersebut semate2 nak membayo duit kete kat kiosk td yg xnak accept duit singgit padahal org tu dah pon tercongok depan kaunter dtg bank pagi2 sbb nk bayar ngam2 payment yg x langsung pon menyalahi agreement??? tell me!!! 

eeee aku mmg bengang gile mase tu.. aku ase customer's right aku telah dicabar! dan bank ini mmg kaunter staff nye cit porah ok.. i know ini mmg arahan branch manager or superior diorg yg nk profit lebih maybe.. tp mmg bebudak kaunter bank jename ni yg ade kt klang ngn port klang ni mmg hampeh tahap cipan! 3 tahun lepas kt klang, budak tu x submit name aku utk renew roadtax dgn alasan aku dtg lepas despatch die g jpj sedangkan aku dh tggu smp kul 3pm br nk gtau despatch nk lame dhhhhh g jpj.. mase tu aku ngn abah so mmg like father like dotte la.. harusss la manager die klua nenangkan kami anak beranak.. kes setel dgn kehadiran manager... a year after that, dgn budak kaunter yg same (aku igt sesgt sbb budak kaunter tu halimah jongang so mmg aku igt gile muke die) same case happened..  aku dh dtg awal pg, die lak tertinggalkan geran aku x bg kat budak despatch tu... pastu tanpe say sorry at all, suruh aku dtg smule esok.. hoi!!! ko igt aku ni byk sgt mase nk ambik cuti ke? pas aku dh ngamuk2 termasuk mengungkit kejadian tahun lepas tu, dan aku siap ckp ko adelah budak kaunter yg same making d smae silly mistake ni, die terus bg aku geran tu so that aku bleh g renew sendiri kt post office... bleh??!! padahal sbelum tu die nk kate aku yg slh tau... aku tunjuk slip no giliran aku tu pukul berape means aku dh dtg awal pagi tp die yg lalai lembab tinggalkan geran aku tu, baru lah pastu die bg aku solution dgn bg aku geran aku tu.... cet porah!!!

aku mmg tetiap tahun pon akan ade knangan busuk giler pasal bank ni... eh korang kalo idop x nyusahkan idop org lain bleh dak?? jgn jd soh chai la oiii..... geramnye aku!!! 

Sabtu, Julai 10, 2010

Paul d Octopus sesgttt


aku jumpe artikel ni dlm fb KBSB.. dan rase sesgt2 ingin mengeshare dgn sahabat handai sekalian...

The fact : Paul adalah seekor sotong kurita spesies Octopus vulgaris yang buta warna, dan beberapa saintis berpendapat ia akan lebih kerap memilih bendera yang berjalur warna terang seperti Jerman dan Sepanyol berbanding England dan Argentina.
Penambahan : Paul hanya digunakan utk 'meramal' keputusan perlawanan pasukan Jerman sahaja. U...ntuk ramalan Spain VS Holland, ini adalah kali pertama membuat 'ramalan' keputusan perlawanan yg tdk melibatkan jerman.

Ok, sekiranya Paul memilih atas faktor warna terang yg dilihat oleh matanya, (Paul The Octopus ni buta warna), mari kita selidik perlawanan jerman dr mula2 hingga semi final

Germany VS Australia? Yang mana lagi terang warna benderanya?
Germany VS Serbia? Yang mana lagi terang warna benderanya?
Germany VS Ghana? Yang mana lagi terang warna benderanya?
Germany VS England? Yang mana lagi terang warna benderanya?
Germany VS Argentina? Yang mana lagi terang warna benderanya?
Germany VS Spain? Yang mana lagi terang warna benderanya?
Germany VS Uruguay? Yang mana lagi terang warna benderanya?

So, gua simpulkan di sini, Paul buta warna, dan dia hanya memilih warna2 yg terang. Jika dia memilih Germany dan Uruguay, pasti Germany pilihan dia. Sbb bendera Uruguay warnanya mirip Argentina.
Begitu juga kenapa dia memilih Spain, tdk memilih Belanda.

Siapa yg tertipu dan menipu skrg ni? 
hmmm kalo warne hijau terang camni mesti sotong ni leh detect jugek kann..
renung2kan... dan selamat beramalll.... =)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers