Selasa, Januari 08, 2013

cerpen pendek yg dicedok buat tatapan semua yg bergelar anak

sedih.. nak nangis.. dah berair dah pun mata bila baca cerpen pendek ni...

jumpe cerpen ni mase blogwalk blogwalk td..

dicedok dari SINI dan dikreditkan kepade tuan yg post kat situ..

dicedok dan dipapar semula kat sini untuk bacaan lebih meluas..

aku pun sedar mmg mase zaman skola dulu balik skola je masuk masuk umah je mmg mulut ni terus je tanya kat sapa sapa je yg aku nampak kat hall umah 'mana mak?'

takleh dinafikan fakta tu.. apa apa hal pun akan terus tanya 'mana mak?'

bangun tido pun kalu pegi dapur pastu tak nampak mak tapi nampak abah, mulut mesti akan terus tanye abah 'mana mak, bah?'

walaupun diri ini bukan anak manja ke ape ke tp soalan 'mana mak?' tu mmg sinonim lah dgn diri ini.

mintak dijauhkan daripada menjadi seperti anak anak mak dlm cerpen ini..

semoga kita semua menjadi anak anak yg lebih menghargai jasa dan pengorbanan mak abah kite walaupun kite sume masing masing sudah berkeluarga insyaAllah amiinnnn

Sebuah cerpen pendek yang sesuai dibaca jika ada memang sayangkan ibu. Wajib baca! Cerpen ini walaupun pndek,tapi mmpu menyedarkan kita betapa seorang insan bernama ibu itu adalah insan pling sempurna dalam kehidupan kita.

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah
. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

* hargailah ibu ada jika dia masih di dunia. Doakan dia jika dia sudah menghadap yng maha esa. Bagi yang ada ibu, sudah berapa lama anda tak telefon ibu?? Apa kata ambil telefon, luangkan seminit dua bertanya khabar ibu. Pastinya ibumu akan gembira.

Isnin, Januari 07, 2013

ebook mulakan bisnes : tak mustahil anda boleh buat bun, roti dan pizza sendiri kan?

salam kawan kawan

 ^___^


 

kali ni, saya nak promote e book pembuatan roti such as bun, pau dan pizza base. tak susah.. senang sgt sgt.

mcm saya, bekerja di salah sebuah kilang makanan bertaraf antarabangsa di daerah klang ni. kalo sy ckp nama kilang tu kang, tak sedaplah pulak kan. sebab kilang tu pun, antara pembuat pizza base terbesar di dunia. walaupun sy cuma ditugaskan untuk promote e book ni, bukan sy yg tulis e book ni, tapi x bestlah kalau sy reveal tempat keje sy tu kan.

eh apa yg saya melalut ni.

sebenarnya nak bagitau yg margin keuntungan untuk perniagaan berasaskan roti ni (pau, bun dan pizza base) adelah sgt tinggi (bos sy mmg kaw kaw kira duit hari hari ^o^).

dan itu jugalah yg diakui oleh encik hairul penulis e book ni.. margin keuntungan blh cecah 3kali ganda tau!

dengan adanya ilmu dan pengetahuan tentang pembuatan pizza, pau dan bun ni, anda blh mulakan bisnes dr rumah!

yg penting, lepas ade ilmu, bertindak segera dan beli mesin mesin yg sepatutnya.. kan?

macam makcik sy kat kuala pilah, walaupun tak bisnes besar besaran (ambik tempahan buat doorgift je), tapi dia buat jugak roti untuk makan sendiri, dan uwan sedara sy yg dah bertahun tahun tak makan roti, akhirnya dpt juga rasa makan roti (sbb mak mertua kepada makcik sy tu tak nak makan roti yg dibuat dek kilang kilang roti ternama tu.. tak taulah kenapa... pernah terjumpa apa apa kot dlm bungkusan roti tu, so terus jd fobia nak makan roti ^__^)

kan ke dah dpt pahala buat fardhu kifayah tu...

so kawan kawan, apa tunggu lagi! klik je sini ha : Pakej Lengkap Video Bun, Pau Dan Pizza Style Hotel"

mulakan 'klik' pertama anda!!

^___^

Ahad, Januari 06, 2013

promosi tudung bawal sofwah, bawal sarah, bawal shakeela

-frens sume yg view post ni, jom share link.. tinggalkan link frens kat ruangan comment ye, boleh saye singgah balik blog frens ^_^-

salam and hai kawan kawan ^_^

ada antara kawan kawan yg nak menambah koleksi tudung tak?

mempersembahkan.................



kwang kwang kwang....

walaupun hari raya aidilfitri adelah lagi 7 bulan, tapi tak salah kan kalo kawan kawan beli siap siap? selain daripada bergaye di hari lebaran, tudung bawal dengan rekaan terbaru ni jugak boleh kawan kawan gayekan sempena :

1) company dinner.. awal awal tahun ni rasenye banyak jugak company yg nak buat annual dinner kan

2) kenduri kahwin.. sekarang ni bukan time cuti skolah je ade kenduri kahwin, bila bila masa pun ada

3) nak bergaye p koje.. lagi lagi kalo yg kerja bidang yg memerlukan korang bergaye sakans... ^__^



macam macam pilihan ade...

so kawan kawan ape tunggu lagi, kalo berminat rembat lah selai dua.. kalo beli online kat sini, ade diskaun 10% lagi...

klik klik je kat banner bawah ni k ^__^

Sabtu, Januari 05, 2013

promosi DVD belajar hukum Tajwid ^_^

salam and hai kawan kawan ^__^

kali ni, saya nak bawakan ke pangkuan laptop kawan kawan,

1 DVD yg boleh membantu kawan kawan dalam memantopkan lagi bacaan tajwid kawan kawan.

inilah dia DVD nye ^___^

DVD ini dihasilkan oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz yg berpengalaman dalam mengajar membaca Al Quran dengan tajwid yg betul di samping masih lagi berlagu merdu.


 


Bukan nak merdu sgt sampai org yg mendengar tu jd khayal pulak kan, tapi bila kita membace Al Quran dgn merdu ni, kite sendiri yg akan rasa seronok nak baca dan baca dan baca lagi. Macam ketagih ^__^

yg penting, Tajwid nye kena betul tau kawan kawan ^___^

kalau salah Tajwid nanti, lari pulak maknanya. kalau lari yg terus jd opposite maknanya, kan ke dah membahayakan iman kite tu kawan kawan ^__^

saya tau ramai di antara kite yg nak belajar hukum Tajwid dengan betul tapi kekangan masa lah pulak kan kalo nak attend kelas. nak belajar sendiri sendiri melalui buku (baca dan cuba sebut tajwid tu ikut ejaan) takut jd lain pulak nnt kan. lagipun orang kata nak belajar ilmu agama ni seeloknya berguru ^__^

jadi disebabkan kekangan kekangan itu, niat tu dipendam dan pendam dan pendam.

lama lama lupa!


saya pun penah alaminya kawan kawan oi... hehe

so skarang ni dengan takdir Allah, menemukan saya dengan DVD Bacaan Tajwid yg dihasilkan oleh Ustaz Asraff ni, dan sekarang sy promote kan pada kawan kawan pulak, mana lah tau kan, dapat memberi manfaat kepade kawan kawan dengan izin Allah...

jadi kalau kawan kawan berminat, jgn segan jgn silu, dapat DVD ini tau!

selamat bertajwid secara berguru!! ^____^
 

si pengadu domba

Korang tau tak apa maksud mengadu domba?
Di dalam kamus dewan pelajar yg aku jumpa linknya dari laman web DBP, mengadu domba membawa maksud melaga lagakan dua atau lebih pihak supaya bermusuhan antara satu sama lain.
boleh klik klik sini untuk maklumat lanjut ^__^
Iyeitulah, orang yg suka mewujudkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat sesebuah organisasi. Kalau kat kampong kampong, mungkin tujuan pihak yg membuat onar dengan mengadu domba ni adelah untuk mendapatkan kuasa menjadi ketua JKKK misalnya.

Kalau kat sekolah, mungkin tujuan pihak yg membuat onar dengan mengadu domba ni adelah untuk mendapatkan kuasa menjadi ketua geng yg glemer misalnye (hehe)

Kalau kat tempat koje, mungkin tujuan pihak yg membuat onar dengan mengadu domba ni adelah untuk meraih simpati supaye kalo die kena tarok pasal hal koje dengan pihak atasan, maka orang akan igt dia tak buat salah sebaliknye pihak yg diadudombakannye tu yg buat salah, dan pihak atasan yg buat keputusan kata dia salah tu sebagai sebenarnye yg bersalah? Hehe pening tak baca ayat aku?

Ada sesetengah orang suka untuk tidak mahu mengaku kesilapannya. Mungkin faktor usia dan pengalaman kerja berbelas tahun dalam bidang yg sama tapi masih melakukan kesilapan akan membuatkan manusia menjadi sebegitu, tidak mahu mengaku kesilapannya. Dia akan mencuba dan terus mencuba mencari jalan untuk menampakkan yg dia tidak bersalah dalam sesuatu hal, walaupun ternyata dia memang bersalah. Dia akan mencuba dan terus mencuba menampakkan yg pihak yg ingin diadudombakannya itu sebagai seorang yg bersalah walaupun ternyata si polan itu tidak bersalah (dan si polan itulah yg pun telah terdetect kesalahan si pengadudomba ini). Dia akan terus mencanang ke sana ke mari dan mengatekan yg dia tak salah, bende tu boleh dicover, kenapa nak kecoh kecoh, si polan tu memang suka kipas bos dan sebagainya. Dan lebih sadis bila mana, ada ketika ketikanya, si pengadu domba ini boleh mintak tolong si polan yg dikutuknya tadi tu jadi cable untuk urusan peribadi pulak.

Owhh.. sungguh berhati botol plastik cap polyethylene terephthalate yg harus digunakan sekali sahaja dan kendian jangan di recycle recycle… =c
Sikap sebegini, yg suka ulang dan ulang dan ulang kesilapan, dan kendian cover (dan mintak pulak org lain pun turut tolong coverkan dia), kendian tak mengaku silap tu adelah satu kesilapan (sebab dan dimanjakan dengan sikap orang tolong coverkan dia), dan lepas tu mengadu domba si polan yg taknak tolong cover dia, dan siap listkan lagi few other names yg katenye dengan orang orang ni pun kite kene hati hati semata mata sebab orang orang tu obviously geng-makan-tengahari dengan si polan tadi tu, adelah satu sikap yg tidak baik ye kawan kawan….. ^#^

Adakah maknanya, bila aku pun bergelak ketawa bertepuk tampar dengan si polan itu atau dengan geng-makan-tengahari si polan tu, atau bila mana aku lepak lepak kejap kat meja si polan tu atau meja geng-makan-tengahari si polan itu, maka, aku juga termasuk dalam golongan yg korang kene hati hati jugak?

Kalau kau tak suka si polan, tolong jangan mencuba mempengaruhi aku supaya tak suka si polan juga. Biar aku buat kerja aku dan kalau aku akhirnya nanti akan alami sendiri perasaan kurang senang atau tidak suka dengan si polan itu, biar aku alaminya sendiri. Jangan asyik ulang dan ulang dan ulang kata kau tak salah dan si polan tu suka kipas bos.
Mengikut kajian (maaf, takde sumber rujukan), bende tak benar tapi kalau asyik diulang dan ulang dan ulang, pihak yg tak tau apa apa yg mendengarnye mungkin akan termakan kata kata itu dan akhirnya benda tak benar tu diterima pakai umumnya sebagai benar. Sebab dah disogok hari hari akan kata kata itu, maka otak kita akan tune that kata kata sebagai benar. Jadi adalah sangat penting untuk kita mempergunakan akal fikiran kita sebaik baiknya dalam mengekstrak, menilai dan menerima  sesuatu kata kata itu ye kawan kawan.. ^#^
i am a full time muslim and i dont have time to listen to ur aduan domba ^_^
One thing yg aku always believed, kalau seseorang  tu boleh kutuk si A depan kita, tak mustahil dia boleh kutuk kita depan si A pulak nnt…

Assalamualaikum!

Jumaat, Januari 04, 2013

ebook mulakan bisnes : bisnes cetak t shirt yang menguntungkan!!!




salam kawan kawan ^_^ hari ni mcm mana keadaan kawan kawan? harap harap sampai ke petang ok lah kan.. kali ni saya nak promote 1 ebook ni, yg kalau kawan kawan nak mulakan bisnes secara kecil kecilan, saya rasa kawan kawan blh try ni. bisnes CETAK T SHIRT!

especially kalau kawan kawan tinggal di area yg berpotensi untuk mendapat tempahan t shirt such as :

1) dekat ngn IPTA. budak U salu je nak buat t shirt fakulti la, t shirt kosmet la, t shirt dormmate la, t shirt grupmate pun ada... (saya la tu slh sorg yg mase kat U dulu suke sgt cadang kat presiden apa apa kelab yg saya masuk 'jom buat t shirt rasmi jom!' hehe)



2) dekat ngn skolah. ni ada 2 potential grup, 1 budak2.. 1 lg mak budak.. cikgu la tu maksudnye.. hehe mcm husband sy, seorang guru, dan dlm setahun, sy tgk die dpt t shirt kelab guru la (beli, bukan dpt free huhu), t shirt kejohanan sukan la, t shirt main bowling la.. macam macam lg la..
kalo bebudak pulak, kekadang ada yg dah ada peel macam bebudak U, macam nak buat t shirt kelas la (pastu kat belakang t shirt tu cetak nama sorang sorang ^_^) dan ade jugak member sy yg buat t shirt gengmate diorang...

3) tak dekat dgn apa apa institusi pun.. tapi kalo kawan kawan dah ade ilmu, kendian ade alatan yg betul, dan dgn promosi yg betul, (dan dah tentulah dgn penawaran harga yg betul juge ^___^), org yg jauh dr kawan kawan pun insyaAllah akan tempah t shirt dr korang..

so jomm..... klik je salah satu daripada dua banner kat atas tu untuk maklumat lanjut... ^___^

Khamis, Januari 03, 2013

cara cara membeli rumah subsale - part II

-frens sume yg view post ni, jom share link.. tinggalkan link frens kat ruangan comment ye, boleh saye singgah balik blog frens ^_^-


Ok, jom kite sambung part II of cara cara membeli rumah subsale ^__^


Financing (atau di Conventional Bank dipanggil Loan) Application

ok. dalam episod yg lalu (macam drama pulak), aku ade senaraikan list of docs yg bank required yg mana contoh yg aku bagi tu adelah untuk kes aku. lain bank lain peelnye kan.

at the time yg bank ni in-progress of processing my financing application aku tu, bank islam officer tu juga ada mendapatkan title rumah yg aku nak beli ni dan title tu hanya boleh diperoleh di Pejabat Tanah sahaja. tajuk dokumen tu 'Catatan Carian Persendirian' yg ade mencatatkan maklumat rumah yg aku nak beli tu mengikut spesifikasi Pejabat Tanah (nombor plot, kawasan, etc etc) yg aku tak faham sgt hehehe cuma yg aku tau, dokumen tu kena ada. mesti ada mase nak apply financing. caj yg dikenakan oleh pihak Pejabat Tanah untuk carian tu adalah RM60 tapi bijaknye bank islam officer ni, dia caj aku RM150 dan bila aku mintak resit atas nilai tu sbb aku nak claim balik kat lawyer, dia kata 'ni takde resit sbb ni personal'. mase tu aku macam 'ape ke bendenye personal? tak faham...' tp pas dah tengok nilai wang kena bayar yg tertera kat bawah dokumen tu, barulah aku faham... inilah dia bank islam officer...... tapi yelah, takkan sebab nila setitik kita nak rosakkan susu sebelanga kan. so aku cuba menganggap yg lagi RM90 tu upah dan duit minyak motor dia nak ke Pejabat Tanah tu walaupun balik umah tu aku nyumpah nyumpah kat laki aku sbb kene ketuk RM90 tak memasal. hoho.
lepas dah buat financing application dan bila mana aku dah berjaye mendapatkan financing daripada bank berkenaan, aku diberi 1 surat yg diberi nama Letter of Offer (salu orang panggil LO). Jadi dengan LO ini, membolehkan aku dengan yakinnye untuk proceed for the next agenda dalam urusan pembelian rumah subsale yg aku idam idamkan tu hehe.
LO tu kene ditandatangani oleh pemohon dan dipulangkan semula kepade pihak bank tak silap aku dlm mase seminggu cam tu la. then branch bank tu akan hantar ke HQ dia pulak. financing application aku lulus di kala aku sedang bergelut dgn chicken pox.. sadis sgt kan.. so abg la yg tolong p jumpe bank islam officer tu sbb aku habaq kat dia 'sy kene chicken pox ni, encik ok ke kalo sy p office encik? sy tak kisah' dan dia terus terketar ketar ketakutan sbb takut terjangkit chicken pox tu kata 'takpelah.. mintak husband u act on behalf'. hehe. so abg pun p la maghrib maghrib tu anta ke bank islam klang sebab aku ckp kat bank officer tu laki aku abis skola kul 6.35pm, so by 7pm kot baru sampai klang, tu pun kalo atas jambatan kota tu tak jem la. dia kata takpe sbb nak kene submit ari tu jugak. hoho.
mase submit LO yg aku dah sign tu, aku kena sertakan sekali wang yuran untuk pendaftaran wasiat rumah tu. nilai kena bayar tu was RM350. Takaful Malaysia yg buat dan mase tu barulah aku tau Takaful Malaysia tu is one of Bank Islam's subsidiary.
 

 *tutoran percuma ^_^* : kalau kat conventional bank, ie dipanggil loan. macam aku ambik Islamic bank, ie dipanggil financing. tau tak ape beza loan dgn financing? bezanya, loan bermaksud  korang pinjam duit dgn bank (loan=pinjam), dan rumah yg korang nak beli tu akan dicagarkan kepade bank. while financing = pembiayaan, di mana pihak bank membeli dulu rumah tu drpd pemilik lame (utk kes rumah subsale la, kalo rumah baru bank beli dulu drpd pemaju perumahan) dan kendian bank jual pulak rumah tu pd korang pd harga jual yg bank telah tetapkan yg bermaksud bank akan ambik untung daripada beza harga belian dan harga jualan tu. bukan macam conventional bank yg ambik untung drpd riba yg dijana melalui tempoh peminjaman wang. means, dlm Islamic financing, akan ade extra agreement yg kite kene sign, yg mana ikut pemahaman aku, sbb tu lah Islamic financing ni sedikit mahal berbanding conventional loan. tapi takpe.. yg penting halalan toyyiban ^__^


so ok! tu selingan sahaja ^__^


oh ya. lupa nak nyelitkan jugak bahawe, mase aku p kat bank utk financing application tu, bank islam officer tu ade buatkan satu rough calculation sekiranya aku berjaye buat financing dgn diorang. dalam calculation tu, dia akan masukkan current loan/ financing yg aku ade tanpa mengambil kira tanggungan tanggungan yg lain. hasilnya, jumlah hutang nanti mesti tak cecah 50 to 60% of total basic salary. igt igt lupa pulak berapa percent dia ckp aritu, sebab aku kan koje swasta, so bank officer tu pun tak cite detail sgt la. cuma dia just bagi reminder pasal bende ni akan direview oleh HQ dia. CCRIS dan CTOS pun akan review jugak. aku tak risau sgt bab rekod penghutangan aku ni direview oleh pihak yg berkenaan sbb hutang yg tinggal skarang ni cuma financing kereta je. Jadi aku rase dah patut sgt aku mulakan pembayaran hutang baru…..

 
lepas dah dapat LO, kite akan chase lawyer yg kita dah assigned utk buat Sale and Purchase Agreement (ada orang panggil shortform as S & P, ada yg panggil SPA). macam aku, lawyer yg buatkan S & P aku adelah lawyer yg dicadangkan oleh agent bengong tu yg based kat shah alam. Mase aku p buat discussion dgn pihak bank islam, deme cadangkan supaye aku gune lawyer bank je utk buat S & P tu, supaye :

1) memudahkan dan mempercepatkan urusan sbb kedua dua perjanjian (S & P dan Loan Agreement) diuruskan oleh lawyer yg sama.

2) most likely dapat diskaun sikit kot. yg tu aku tak sure sbb pasal duit ni, susah nak jangka.

3) sure sure lawyer bagi pihak aku dan lawyer bagi pihak vendor (tuan punya rumah yg aku nak beli ni) adalah 2 entiti yg tidak sama hehe maka memudahkan urusan tuntutan, ketidakpuasan hati dan sebagainya. macam kes aku skarang ni, lawyer aku dan lawyer vendor adalah orang yg sama, jadi ada conflict of interest kat situ. kejap kang macam dia bela aku, kejap kang macam dia bela vendor. jadi hak kita sebagai pembeli tak terpelihara sepenuhnya.


lepas dah diberi rough explanation by the bank officer dan after googling some info, aku and abg memang dah decided nak guna lawyer bank untuk buat S & P, dan lawyer bank tu pun dah siap call aku tanye nak tak diorang ambik kes aku. aku mintak diorang bagi sebutharga dulu tapi malangnya sampai ke sudah tak dihantarnye.

at the same time, aku bgtau jugak pada agent bengong tu yg aku nak guna lawyer yg bank recommend instead of lawyer yg dia recommend. punyelah hangin dia, macam satu kemestian pulak aku kene guna khidmat lawyer yg dia suggest tu. dia boleh kata ‘ala tau kenapa bank tu suggest lawyer diorang? diorang dpt portion la tu’. boleh? so what? ade aku kesah ke? macam lah ko tu suggestkan lawyer tu, ko tak dpt portion... dalam pade aku menyampah menyampah tu, aku akur jugak la sebab harap bile aku tak berkeras nak guna lawyer lain, cepatlah sikit progress penyiapan S & P tu nanti. tapi nan ado jugak la...

so end up, S & P aku dibuat oleh lawyer yg berinitialkan RNA ni.

aku tak pukul rata mengatakan sume lawyer adelah tidak boleh dipercayai ye kawan kawan ^_^ adik ipar aku sendiri seorang lawyer.. tapi, based on my experience ini, kalau aku boleh lakukan sesuatu tanpa khidmat lawyer, akan ku ikhtiarkan hoho

nama penuh dia korang boleh cube google la, boleh jumpe kot. dan baik buruk lawyer ni akan aku ceritekan di kendian ari hehe.

Property Valuation Report


dlm mase yg sama, pihak bank telah mencarikan property valuer utk anggarkan value umah tu. kirenye, kalo katekan pihak valuer kata nilai rumah tu sebenarnye tak cecah 134K, katekan dia kate nilai rumah tu sebenarnye cuma 124K sahaja, so financing aku yg bakal diluluskan adelah 90% daripada 124K sahaja la. diorang akan revise balik LO tu berdasarkan report yg dikeluarkan oleh pihak property valuer. tapi kata bank islam officer tu, salunye nilai yg property valuer tu bg takkan lari dari nilai yg tertulis dalam Letter of Offer to Sell Property yg kite signed mula mula skali mase decided nak beli rumah (yg aku signed dgn vendor aka tuan rumah lama tu). dia kata tu semacam satu syarat bile kite nak beli subsale property kat Malaysia ni. SOP deme dah letak macam tu, so ikutkan saje la.
no such thing as free valuation ye kawan kawan ^__^


macam kes aku, actually harga bukak yg vendor tu letak was 145K, then aku mintak kurang through agent  bengong tu dan dia kata vendor kasi 135K je. actually aku tak expect pun kurang 10K mungkin sbb aku first timer kan, jadi aku expect dpt kurang 4K 5K camtu. so bile die bagi kurang 10K, aku jadi semakin berani untuk mintak lagi kurang. hehe. bukan nak jadi ibarat diberi betis nakkan paha, tapi yelah, kalau ada ruang dan peluang nak berjimat, kenapa tidak kan? selepas beberapa jam kendian, sms aku dibalas oleh agent bengong tu (seolah olah dia takes time nak berbincang la konon dengan vendor tu) dan dia kata 'vendor kata last 134K je, sbb ni groundfloor' hoho. yo lah yo lah. sebab bila aku calculate balik nilai 135K tu bahagi kaki persegi rumah tu, kire standard la kot utk apartment value. so bila dapat 134K tu, alhamdulillah la.


jadi, aku pun tak sure kalo misalkata aku tak pandai nak nego pricing, dan aku terima je bulat bulat nilai 145K tu, mungkin property valuer tu akan buat report dia dengan nilai 145K jugak kot... hehe

untuk valuation process tu, aku kene tarok RM640. mintak diskaun, tak dapat walau sesen pun. hampeh sgt valuer company yg bername Transasia ni, untuk nama penuh korang boleh klik klik google hehe. pastu pulak, bila aku kata nak bayar through money transfer, ade ke patut staff dia yg handle kes aku tu bagi nombor akaun personal dia? aku mintak no akaun syarikat dia kata takda, so aku kata takpelah, jumpe kat bank islam klang la nnt sebab ofkoz la aku sgt tidak percaya. pastu budak valuer tu macam bengang kot, so dia kata dia tak free at the time yg aku suggest utk jumpe kat bank islam klang tu. so dia passkan report tu pada bank islam officer tu, tapi meletakkan syarat ‘report tu takkan release selagi puan tak bayar ye’, boleh? macamlah aku ni ade ruang dan peluang nak buat cam tu. aku pun tau mestilah kene bayar dulu baru dapat report. apapepun, terima kasih banyak banyaklah Transasia wei, tolong valuekan rumah tu sama dengan nilai yg aku submit kat bank.
ok penat taip panjang panjang. untuk kisah selanjutnya, nanti aku story kat part III plak eh (entah bila tak tau huhu)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers