Sabtu, Mac 09, 2013

Syahid atau tidak perwira yg gugur di Lahat Datu bukan hak kita untuk mengadili...

yang penting gunakan akal dan sumber rujukan sohih untuk memahami.. jgn taksub sgt dengan parti politik kau tu (ni sambungan tajuk kat atas tu.. hehe)

_____________________________________________________________________________

Pagi pagi lagi dah berdebat dgn colleague aku... aku ekceli malas nak berdebat pagi pagi ni dgn colleague aku yg tak berapa nak faham makna mati syahid..

Katenye mati syahid bila kita fi sabilillah saja... tolong luaskan sikit pemahaman kau tentang makna fisabilillah? berjuang di jalan Allah bagi mempertahankan agama, harta benda dan negara... tu bukan fi sabilillah ke..

Susah bila org dah terlalu taksub dengan parti politik ni.. pemikiran jadi sempit dan dangkal.. balik balik dok ulang 'dengan aku kau tak yah nk ckp bab bab agama ni ye' lebih kurang mcm maksudnye 'aku bab agama ni mmg expert ye, so takyah nak ajar ajar aku' gtu la.. pls la.. ilmu digali sepanjang hayat... bukan bila dah jadi ahli pas, terus konfem ilmu agama tinggi.. pls la... pls!!

Sedangkan Nabi SAW dah bersabda :

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
“"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim(3539))

Nabi dah cakap, jika fahaman erti fi sabilillah kau macam tu, jika yg demikian, syuhada umatku sedikit.....

dan lagi sabda Nabi SAW:

Rasulullah bersabda:
“"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142))

Jadi tolonglahh.... jangan ingat bila org yg terbunuh sebab nak mempertahankan negara daripada diserang musuh yg bersenjata dah menceroboh masuk kampung kampung sampai
  • aktiviti masyarakat setempat jadi tersangkut...
  • sampai orang orang kampung sume kene klua kampung dan berkampung beramai ramai berhimpit himpit kat dewan orang ramai..
  • sampai banyak skola kene tutup dan budak budak tak dapat meneruskan sesi pembelajaran..
  • sampai bekalan ubat ubatan tak mencukupi sebabkan mendadak ramai orang dapat penyakit sebabkan berhimpit himpit kat dewan orang ramai tu..
  • sampai pejuang negara terpaksa menggadaikan nyawa menjadi barisan hadapan nak mempertahankan penduduk penduduk kampung ni...
Maka kematian orang yg mempertahankan negara untuk mengelakkan segala masalah masalah ni berlaku adelah sia sia..

Mereka syahid insyaAllah.. kenapa aku kata insyaAllah? sebab hanya Allah yg Maha Mengadili....

Jadi kalau mereka ini dimandikan dan dikafankan ke ape ke, ikut sume procedure yg biase kite buat untuk jenazah, janganlah dipertikaikan... sangat tak menahan bile ade colleague aku yg kata kalau deme ni syahid, syahid tak payah mandikan tak payah kafankan... Allah yg Maha Mengadili dan Maha Mengetahui... ape masalah kau kalau mereka ini dimandikan dan dikafankan?

Pendapat aku, menggunakan akal fikiran aku yg Alhamdulillah boleh berfungsi dengan baik ni, yg aku faham daripada hadith sohih Rasulullah ni, mereka insyaAllah golongan syahid...


 

Rabu, Mac 06, 2013

memang kau ni munafik lah ustad roslan!

kali ni aku dah tak boleh menahan amarah sabar yg teramat meluap luap ni!

aku nak dedahkan serba sedikit maklumat pasal kau supaya org lain yg kalau ade kat area klang yg nak ambik ko buat job umah diorang, kensel! aku tak nak org lain alami nasib yg sama macam aku disebabkan title ustad yg kau pegang tu membuatkan org rase nak percaye padahal kau ni memang *y****n bertopengkan ustad!

nama ustad gila ni : ROSLAN
kerja tetap dia : ustad kat salah satu sekolah rendah kat port klang
nama syarikat kontraktor dia : ni aku kena double check, sbb laki aku tak nak ckp.. either RESTU ILHAM or BERKAT ILHAM.. laki aku tak nak aku buat bende ni lah.. reveal kat blog.. tp aku dah tak boleh tahan sabar lg dah ni!
no telefon ustad gila ni : 010262****

aku tak takut nak reveal maklumat ustad gila ni sbb aku ade bukti yg dia ni mmg munafik! janji 20 kali sekali pun tak tunai!

boleh smalam laki aku call tanya bila kitorang boleh collect kunci, dia boleh jawab :

'bagi ustad lagi seminggu, kalo tak siap jugak, ustad pulangkan duit'
 
amboi! tak ke mendidih darah aku mendengarnye. woi roslan! sekarang ni dah sah sah kau takkan nak siapkan umah aku tu kan, apehal lagi nak janji janji tggu seminggu! gile tahap tertinggi betullah kau ni! kau dah la postpone sampai 2 prospect tenant aku blah camtu je, skarang lagi nak janji! ape skarang kau tengah x de duit dan x dpt nak pulangkan duit aku tu ke? ambik duit pandai, keje tak siapkan, bile nak pulangkan liat! kau jgn smp aku hamun kau berbakul bakul depan org ramai!
 
dengan janji ko nak siapkan dalam mase 2 hari pas tu mintak tangguh lepas cuti raya cine pas tu mintak tangguh sampai jumaat pas tu tangguh sampai sabtu ahad entah berape kali sabtu ahad pun aku dah tak igt! kau ni memang suke makan duit haram kan roslan!
 
aku memang takkan halalkan duit aku yg kau tipu ni! even kau pulangkan separuh pun duit aku (which aku tak yakin pun kau akan pulangkan separuh) aku tetap tak halalkan kerugian yg aku tanggung sbb kau gharar dalam urusniaga ni! aku memang marah teramat sgt dengan kau ni! kalau ada event kat skola laki aku nnt, aku memang akan jumpe kau depan depan dan aku akan cakap baguslah kau bg anak bini kau makan duit haram! aku memang takkan halalkan!
 
 

Sabtu, Mac 02, 2013

='(

menyampah dan sedih...

Khamis, Februari 28, 2013

Waffle Stick Ananaifa kini dipasaran!!

hmmm....

agak agak korang ade rase rase nak makan Stick Waffle tak?

atau pun ade terase rase nak makan Stick Waffle Comel tak??

ade pelbagai perisa yg sodap sodap belaka tau!!

weeee weeee ^___^


jom lawati blog ananaifa untuk maklumat lanjut

^_____^

^____________^

^_______________________^

kalo berminat boleh la membuat pembelian ye kawan kawan!

tehehe ^___^

Rabu, Februari 27, 2013

hectic day --- ustad gharar --- cerita lucu

hari ni memang hectic day.. pg dok bergantung dgn telefon nak carik orang JAIS nak tanya pasal halal cert application.. punyelah susah nk dapat call bersambung.. pass ke org ni pass ke org tu pass ke dept lain.. entah ape ape lah diorang ni.. memburukkan nama organisasi islam je...

but serious they are all soooo not profesional! *kalo ade org JAIS yg terbace ni, pls la improve system korang.. ikhals cakap ni*

then petang whole day plant audit.. jln2 seluruh kilang mau dekat 3km kot total perjalanan.. hehe ye ke.. lebih2 pulak aku ni.. tp sakit jugak la lutut... huhu

then meeting psl annual dinner.. i just know yg ini annual dinner yg ke3 kat kompeni ni.. huhuhu... kire b4 aku masuk tu, baru penah buat skali la.. punyelah budget punye boss mexico... kalo cantu layaknye, nak buat company trip ke oversea ala2 cam mase aku kat c*r*b*s dulu lagi jangan mimpi la kot.. biar mimpi sampai ke bintang.. hehehe

then skrg ni aku masuk opis balik jap, nak update blog... hihi...

owh ya, rumah sewa aku tu masih belum siap keje2 pembaikpulihannye... ustad gharar owh ustad gharar.. sungguh la kau ni ustad.. aku anggap muamalat ni langsung tak halal sebab the uncertainty a.k.a unsur gharar yg kau lakukan ni sungguh menyakitkan hati aku.... and u dont even try to explain the reason to me kenape yg kau drag drag sgt nak siapkan keje2 pembaikpulihan ni... why?? my 2nd prospect tenant pun dah cabut ok... mana sanggup tggu.... aku ni je yg masih bersabar.. sbb aku ade laki.. nak jage air muke laki aku.. kalo this kinda thing happened mase aku anak dara dulu, siap la berbakul2 maki hamun klua dr mulut aku yg kurang penyabar ni tau...

1 thing yg happened kat kilang ni pagi tadi, saje la aku nak share kan.. lawak sikit..
hihi

slh 1 tandas kat prod floor ni, tali flush nye tercabut.. then pintu kace nak ke shoe locker room pun pecah kat bhgn bawah...so si budak maintenance india ni dah karang 1 cerite yg boleh mengaitkan kedua2 insiden tu...

kisahnye, ade sorang budak nak berak.. tapi sembelit.. so dlm kegeraman sbb sembelit tu, dia tarik tali flush tu mase nak bangkit dr cangkung, terputus plak tali flush tu... bengang dah dia... klua toilet, mase nak masuk ke shoe locker room, dan dek kerane kegeraman yg masih bersisa sbb sembelit tu, dia sepak pintu kace tu, tu yg pecah pintu tu...

hahahahahaha tergelak2 aku dgr si budak maintenance ni buat story telling sbb mase aku buat plant audit td aku tanyelah camne boleh pecah pintu tu... so tu yg jadi 1 story telling tak berbayar tu....

Isnin, Februari 25, 2013

kontraktor yang hampeh lagi gharar itu sungguh menyakitkan hati

sedih sgt...
sampai ke arini kontraktor hampeh lagi gharar tu tak siapkan umah aku lagi...
aku ni dah sampai ke tahap tak larat nak marah dah ni..
longlai rasenye badan...
kalaulah kau bukan colleague laki aku wei, dah lama aku text kau dan maki hamun cukup cukup...
ustad konon...
piirahh!!

Khamis, Februari 21, 2013

antara puak kafir Zimmi dan puak kafir Harbi

sharing is caring.. aku ni, neutral tak neutral sgt la bab politik ni..
but I believed I fully understand makna Kafir Zimmi dan Kafir Harbi..
kat Malaysia dah jelas terang nyata mana satu puak Zimmi mana satu puak Harbi..

______________________________________________________________

Kenyataan penuh daripada Dr Hasan Ali :

SAYA terpanggil untuk memberi sedikit ulasan apabila membaca media perdana hari ini mengenai kenyataan Presiden PAS Ust Hadi Awang yang mengatakan bahawa adalah mustahil bagi DAP untuk memerintah atau menerajui pemerintahan negara ini.
Ini disebabkan dari segi perkiraan kerusi yang ditandingi, DAP dijangka hanya bertanding 50 kerusi parlimen daripada jumlah keseluruhan 220 kerusi.
Sememangnya dari segi angka DAP hanya sesuai bertanding kira-kira satu perempat kerusi parlimen. Namun perlu diingat bahawa DAP bersama dengan gabungan komponen parti-parti yang bukan Barisan Nasional termasuk di Sabah dan Sarawak dilihat tidak mustahiluntuk memenangi jumlah kerusi parlimen yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.

Tetapi saya tidak mahu menumpukan perhatian kepada opsyen itu. Yang ingin saya tekankan di sini ialah:

a. Walaupun seperti yang disebut oleh Presiden PAS, DAP akan bertanding 50 kerusi sementara PAS dan PKR mungkin masing-masing bertanding dalam lingkungan 80 kerusi setiap satu parti. Ini sama sekali tidak bererti bahawa bilangan kerusi yang banyak akan mencerminkan kemenangan yang besar. Para pemerhati politik lebih cenderung menganggarkan bahawa antara parti yang dijangka mencatat kemengangan besar ialah DAP. Kalau DAP boleh memenangi 90% daripada kerusi yang ditandingi dan PAS serta PKR dijangka memenangi jauh di bawah paras 50%, sudah tentu DAP akan terus menjadi parti peneraju dalam gagasan Pakatan Rakyat;

b. Daripada apa yang berlaku sekarang contoh seperti di Selangor, DAP menduduki tempat kedua dari segi bilangan kerusi. PKR tempat teratas dan PAS dengan 8 kerusi sahaja duduk di tempat terbawah. Seperti yang dilaporkan, DAP dilihat menerajui Kerajaan Selangor hingga dikatakan Menteri Besar Selangor sering berada di bawah telunjuk DAP. Penyertaan PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah dianggap sebagai rakan kongsi setara oleh DAP.
Di Kedah pula, DAP hanya mempunyai satu kerusi sahaja. Tetapi hampir semua isu Islam yang telah diputuskan oleh Menteri Besar dan Exco tidak dapat dijalankan kerana ditentang hebat oleh wakil tunggal DAP itu. Ini dilakukan dengan bantuan moral dan campur tangan langsung oleh pimpinan DAP pusat.

c.. Di peringkat nasional pula,sehingga ini tidak ada satu pun isu-isu besar melibatkan Islam dan Melayu yang ingin dijuarai oleh PAS dapat dilaksanakan. PAS kalah bersabung dalam isu Kalimah Allah, Negara Islam, Hudud dan isu murtad. Suara PAS hampir diketepikan langsung dalam merangka dasar dan hala tuju Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Buku Jingga dalamana isu Negara Islam, Hudud dan kemartabatan bangsa Melayu tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam buku tersebut.

Saya berpendapat tidak ada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat secara berasingan dapat menubuhkan kerajaan termasuk PAS dan PKR. Yang penting di sini bukan mana-mana parti boleh menubuhkan kerajaan, tetapi parti yang manakah yang mempunyai kekuatan dan kemampuan pimpinan, daya tahan dan daya juang memperjuangkan satu-satu isu, komitmen yang tinggi hingga ke peringkat sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan kesucian perjuangan, kebolehan dan kemampuan berhujah secara berfakta serta keutuhan kesepaduan dan kesatuan barisan kepimpinan untuk mendepani musuh-musuh politik dalaman dan luaran.

Apa yang dapat disaksikan sekarang sejak 5 tahun yang lalu PAS semakin dipinggirkan. Bukan sahaja dipinggirkan tetapi dengan bongkak dan sombong pimpinan DAP dan PKR memperkotak-katikkan PAS hingga ke peringkat menghina intitusi agong dalam struktur parti PAS iaitu Majlis Syura Ulama PAS dalam isu Kalimah Allah.

Lebih menyedihkan di negeri Musyidul Am sendiri peraturan kecil yang telah berjalan sejak 21 tahun yang lalu melibatkan pendandan dan penggunting rambut wanita yang tidak dibenarkan menggunting rambut lelaki Muslim terpaksa ditawakufkan. DAP menggunakan Karpal Singh menyelar kepimpinan PAS Kelantan dan menuntut supaya peraturan itu dimansuhkan. Akhirnya kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz tunduk dengan tuntutan DAP itu.

Begitu juga yang berlaku di Kedah. Wakil tunggal DAP berjaya membatalkan keputusan kerajaan negeri pimpinan Ust Azizan Razak seorang ulama yang berstatus senior dalam saf kepimpinan PAS dalam isu penutupan pusat hiburan dalam bulan Ramadhan dan juga isu papan iklan.

Kenyataan Presiden PAS yang dilaporkan hari ini mungkin boleh diterima oleh ahli dan penyokong parti yang hanya mendapat informasi daripada akhbar Harakah atau Harakah daily atau hanya mendengar ceramah-ceramah daripada pimpinan PAS dan Pakatan Rakayat sahaja. Andainya mereka dapat membuka ruang minda dengan cuba mendekatkan diri kepada sumber-sumber informasi samada melalui media elektronik, media cetak atau yang popular di akhir-akhir ini media sosial sudah tentu mereka dapat menilai kenyataan Presiden PAS itu dengan lebih objektif dan berpijak di bumi nyata.

Hakikatnya, DAP sejak 5 tahun yang lalu telah berjaya menggunakan seluruh kesempatan dan ruang untuk menonjolkan falsafah perjuangan parti tersebut. Dalam apa keadaan pun yang jelasnya DAP adalah pihak yang dikatakan meraih kemenangan hingga berjaya menjadi tulang belakang kepada Pakatan Rakyat. Begitu juga halnya dengan PKR. Yang tewas di gelanggang hujah dan yang tewas di gelangang perjuangan khususnya untuk mempertahankan asas-asas perjuangan parti tidak lain tidak bukan ialah PAS.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
20 Februari 2013



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20130220/po_19/DAP-mustahil-perintah-Malaysia-Kenyataan-penuh-reaksi-Dr-Hasan-Ali#ixzz2LUW1NCGQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers