Khamis, April 25, 2013

Kerja dan Peningkatan Tahap Kerjaya


Hari tu aku sembang sembang dengan slh sorang staff aku. Bende yg jarang jarang aku buat. Bukan menyombong tapi aku memang berat mulut kalo tak bersebab. Kalau kena dengan kawan yg sekepale yg maksud aku memang kategori se-geng dengan aku, barulah aku jadi becok. Kalau tak caya boleh tanya Yah Lani and Yan, bestfrens aku kat UPM dulu yg becok tak becoknye aku ni. Cuma kat tempat keje ni, aku memilih untuk lebih menjadi pendengar. Bukan kat sini je, mase kat f*b dgn mase kat c*r*b*s pun aku camni.. mase kat b*st* dulu je aku masih banyak ckp dengan staff.. mungkin sebab mase tu aku baru masuk ke  alam pekerjaan kot…

Menceceh plak hehehe ^_^

Aku tanye staff aku ni whether dia ade pegi mana mana interview ke recently. Terkejut la budak tu kan, yelah dia mesti igt aku ni nak korek rahsia dia ade pegi interview ke tak sebab recently die kerap mc dan ambik cuti, dan aritu bos aku ade la interview die tanye die ade problem ke ape ke kan sbb kerap cuti. Mula mula dia kata takde then lepas tu sikit sikit barulah dia bukak mulut bagitau yg dia adelah jugak pegi interview barang sekali dua…

Aku tak kisah pun kalo bebudak ni nak pegi interview sbb diorang sume grad U. so aku memang tak expect lah diorang keje sebagai QC Asst untuk lebih dari 2 tahun. Lagipun diorang sume bujang dan anak dara lagi, ke mana campak pun tak susah lah sebab boleh gamble je survive. Tak payah risau nak pk komitmen pada keluarga.

Tahun lepas, ade sorg QC Asst aku ni, grad dlm bidang microbiology dr IPTA. Die dh keje kat kilang ni ade dlm 7 8 bulan camtu la. Dpt post Microbiologist untuk 1 kilang ubat kat Sepang sana.. So dia pun tender lah resignation letter sebaik sahaja org sana offer die kerja pada hari die pegi interview. Bagaimanapun, oleh kerane masalah ketidakcukupan staff pada ketika budak QC Asst tu nak resign tu, maka bos aku pun telah memujuk rayu dan mengeluarkan ayat dengan bunyi begini : “akak suke Limah (bukan nama sebenar) keje sini, Limah ade potensi, kalau sebab dapat higher post kat sana yg Limah nak berenti, akak rase tak perlu, sebab tak lama lg kite memang nak set up lab microbe kite sendiri. We have planned about it. Akak memang nak naikkan Limah untuk post tu nanti”

Ape yg aku rase mase dengar bos aku ckp mase tu adelah, tidak baik, tidak baik dan tidak baik!

Kenape nak sekat peluang orang lain maju dlm karier diorang, semata mata sebab kau takut kau sendiri susah sbb nak cari org baru yg tak sure lg boleh buat keje ke tak? Bagilah budak budak yg ade degree ni rasa kerjaya yg setimpal dengan kelulusan diorang. Lainlah kalau diorang sendiri yg willingly nak stay kat sini sebab memikirkan faktor tempat tinggal, pengangkutan dan sebagainya kalo diorang pindah tempat keje baru. Tapi kalo diorang takde masalah dengan benda benda tu, dan even diorang menunjukkan betape diorang insist nak tinggalkan tempat ni tingkatkan kemajuan kerjaye diorang, kenapa nak sekat kann??

Yg lagi aku tak faham adelah, bos aku tu sendiri pernah keluar parti dari kilang ni dan bekerja dengan kilang lain sekejap, then balik semula ke kilang ni, which she mentioned about die klua sbb nak mencapai target dlm kerjaya dia yg die dah set to get at certain certain of age, yg mana dia tak dapat capai mase die kat position lame die kat kilang ni. So that is why lah die resigned and keje kat tempat baru tu dan x sampai stgh tahun, kembali semula ke sini. Dia dipanggil pulang ke sini atas sebab x jumpe kendidet yg sesuai utk jawatan bos kat department aku ni. Tapi samada dia pulang ke kilang ni semula sebab dia ‘tak berapa nak boleh’ keje kat tempat baru tu ke, atau dia memang sayangkan kompeni ni yg penah x nak naikkan pangkat dia ke level yg dia target tu, tak taulah aku kan… tu different stori....

Tapi yg aku nak tekankan kat sini, dia penah klua dr kilang ni, resigned, sbb katenye nak capai target dlm laluan kerjaya dia…. So as to that girl, takkan nak jadi QC Asst bertahun tahun walaupun ade peluang depan mata utk upgrade karier dia kan? Janganlah menjanjikan kerjaye atau kenaikan tahap kerjaye yg belum pun wujud dan sampai skrg ni, selepas hampir setahun budak tu resign, masih lagi tak wujud wujud jawatan Microbiologist yg dia penah ckp kat budak tu. Teruk kan? Unless kalo macam ade seorang staff aku ni yg ade degree tp masih dgn post supervisor dia, dia ade sebab sendiri sbb dia dah kahwin dan beranak pinak kat sini.. laki dia pun org sini so aku faham kesukaran yg dia akan hadapi kalo dia pegi interview dan dapat keje baru yg tak tau lagi kat mana lokasinye….
 
Sekadar luahan rase aku yg memerhatikan ni... aku? Aku memang takde target nak naik ke level bos aku ni.. aku ade target sendiri in life.. manage my own food business is 1 of it.. but to be a manager of other people's food business, soooo not me ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers