MRSM yg pertame dibina di Seremban pade Februari 1972 dengan kemasukan pertame seramai 150 org pelajar (lelaki sahaje, dan abg besfren aku semasa di Convent Klang, Anis, adelah salah seorang alumni MRSM perintis ini). Pengambilan terakhir MRSM Seremban adelah untuk kemasukan 1986 dan kendian secare berperingkat dinaiktaraf menjadi Kolej Mara Seremban secara rasminye pada bulan Februari 1994.
Pelajar yg ingin memasuki MRSM perlu menduduki Peperiksaan Khas yg dipanggil Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Peperiksaan Khas ini adelah lebih susah soklan soklannye berbanding peperiksaan UPSR (bagi kemasukan ke tingkatan 1 MRSM) dan PMR (tingkatan 4 MRSM) dalam usaha mencari pelajar yg terbaik di kalangan terbaik ^_^. Pelajar yang medapat keputusan 4A UPSR atau sekurang-kurangnya 6A PMR dengan subjek Matematik dan Sains adelah wajib A, berpeluang memasuki MRSM dengan syarat mencatat keputusan cemerlang dalam UKKM.
Pelajar di MRSM dinilai mengikut sistem semester seperti di Universiti dengan menggunakan sistem pemarkahan Purata Nilaian Gred (PNG). Pada penghujung setiap semester, pelajar yg cemerlang gila babas (istilah popular semasa di MRSM Muar dulu) akan dianugerahkan Anugerah Kepujian Pengetua yg mana diekstrak daripada konsep Anugerah Kepujian Dekan seperti di Universiti. Pelajar yang mendapat Timbunan Purata Nilaian Gred (TPNG) kurang daripada 2.00 untuk 2 semester berturut turut kemungkina besar akan dipertimbangkan untuk dikeluarkan dari sistem MRSM dan kembali meneruskan persekolahan di sekolah harian. Untuk Graduasi di akhir semester 4 pula, pelajar perlu mendapat TPNG sekurang kurangnya 2.00. Kegagalan mendapat sekurang kurangnya 2.00 akan menyebabkan mereka tidak dapat bergraduasi dan akan hanya memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia sahaja.
Selain daripada subjek asas akademik, pelajar MRSM juga didedahkan dengan subjek subjek Keusahawanan, Asas Sains Komputer (C++ hehe), Senireka, dan lain lain. Contoh subjek subjek di MRSM (menengah atas) adelah seperti berikut :
Yang paling aku tunggu tunggu semasa belajar di MRSM adelah MINGGU AKTIVITI. Yeayy... boleh pakai baju biasa pegi kelas dan takde proses pembelajaran formal dalam minggu tu. Kami beraktiviti di Dewan besar (DDO di MRSM Muar) dan minggu aktiviti itu sangat menyeronokkan bagi aku ^___^
Mase aku kat MRSM Muar dulu, kemasukan tahun 1998, hanya ada 18 buah MRSM di seluruh Malaysia. Persaingan memasuki MRSM agak sengit pada ketika itu (aku kata 'agak' sebab rasenye tahun 70's and 80's yg persaingannya 'sangat' sengit kot.. tehehe)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan