Memaparkan catatan dengan label subjek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label subjek. Papar semua catatan

Rabu, Julai 03, 2013

Maktab Rendah Sains Mara

Maktab Rendah Sains MARA adelah jenis sekolah berasrama penuh yg ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat. Institusi ini menyediakan kemudahan pembelajaran untuk pelajar pelajar cemerlang di sekolah sekolah harian seluruh Malaysia.




MRSM yg pertame dibina di Seremban pade Februari 1972 dengan kemasukan pertame seramai 150 org pelajar (lelaki sahaje, dan abg besfren aku semasa di Convent Klang, Anis, adelah salah seorang alumni MRSM perintis ini). Pengambilan terakhir MRSM Seremban adelah untuk kemasukan 1986 dan kendian secare berperingkat dinaiktaraf menjadi Kolej Mara Seremban secara rasminye pada bulan Februari 1994.

Pelajar yg ingin memasuki MRSM perlu menduduki Peperiksaan Khas yg dipanggil Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Peperiksaan Khas ini adelah lebih susah soklan soklannye berbanding peperiksaan UPSR (bagi kemasukan ke tingkatan 1 MRSM) dan PMR (tingkatan 4 MRSM) dalam usaha mencari pelajar yg terbaik di kalangan terbaik ^_^. Pelajar yang medapat keputusan 4A UPSR atau sekurang-kurangnya 6A PMR dengan subjek Matematik dan Sains adelah wajib A, berpeluang memasuki MRSM dengan syarat mencatat keputusan cemerlang dalam UKKM. 

Pelajar di MRSM dinilai mengikut sistem semester seperti di Universiti dengan menggunakan sistem pemarkahan Purata Nilaian Gred (PNG). Pada penghujung setiap semester, pelajar yg cemerlang gila babas (istilah popular semasa di MRSM Muar dulu) akan dianugerahkan Anugerah Kepujian Pengetua yg mana diekstrak daripada konsep Anugerah Kepujian Dekan seperti di Universiti. Pelajar yang mendapat Timbunan Purata Nilaian Gred (TPNG)  kurang daripada 2.00 untuk 2 semester berturut turut kemungkina besar akan dipertimbangkan untuk dikeluarkan dari sistem MRSM dan kembali meneruskan persekolahan di sekolah harian. Untuk Graduasi di akhir semester 4 pula, pelajar perlu mendapat TPNG sekurang kurangnya 2.00. Kegagalan mendapat sekurang kurangnya 2.00 akan menyebabkan mereka tidak dapat bergraduasi dan akan hanya memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia sahaja.

Selain daripada subjek asas akademik, pelajar MRSM juga didedahkan dengan subjek subjek Keusahawanan, Asas Sains Komputer (C++ hehe), Senireka, dan lain lain. Contoh subjek subjek di MRSM (menengah atas) adelah seperti berikut :
Yang paling aku tunggu tunggu semasa belajar di MRSM adelah MINGGU AKTIVITI. Yeayy... boleh pakai baju biasa pegi kelas dan takde proses pembelajaran formal dalam minggu tu. Kami beraktiviti di Dewan besar (DDO di MRSM Muar) dan minggu aktiviti itu sangat menyeronokkan bagi aku  ^___^

Mase aku kat MRSM Muar dulu, kemasukan tahun 1998, hanya ada 18 buah MRSM di seluruh Malaysia. Persaingan memasuki MRSM agak sengit pada ketika itu (aku kata 'agak' sebab rasenye tahun 70's and 80's yg persaingannya 'sangat' sengit kot.. tehehe)

Selepas tahun 1998, bertambah lagi 30 MRSM seluruh Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 48 buah MRSM. Kali ni barulah tertubuhnya MRSM pertama di Selangor iaitu di Kuala Kubu Bharu itu pun hanya pada tahun 2002. Knape eh?


Kemasukan ke MRSM dari sekolah aku adelah amat sangat terhad, walaupun Convent Klang pada tahun 90's adelah sekolah harian terbaik di daerah Klang, tetapi mungkin kuota untuk sekolah bandar tak banyak kot untuk kemasukan ke MRSM. Sekolah aku, Convent Klang, adelah pusat UKKM bagi daerah Klang. Ingat lagi, mase aku ambik exam tu, aku duduk di dewan besar yg dikongsi sekolah rendah dan menengah Convent (mase tu dewan sekolah menengah tak siap lagi) dan beratus pelajar dari sekolah sekolah lain di daerah Klang juga menduduki peperiksaan di pusat UKKM tersebut. Ada yg sama dewan dengan aku dan ada yg duduk di kelas kelas sekolah rendah yang dijadikan pusat peperiksaan. 

Ironinya, walaupun Convent Klang menjadi pusat UKKM, yang terpilih dari Convent Klang sangatlah sikit. PMR batch aku, cuma 4 orang di antara kami yg dapat ke MRSM ; aku ke Muar, Farah ke KT, Nana ke Taiping, Effa ke Jasin. PMR junior aku pulak, cuma seorang sahaja budak di Convent Klang tahun tu yg dapat masuk MRSM ieitu Zilla ke MRSM PC. Di antara kami berempat, aku sorang sahaja yg tidak mendapat straight A's huhu.. Alhamdulillah rezeki yg Allah bagi sebab mak abah aku memang amat sangat berharap aku dapat ke boarding school, terutamanye mak aku... biasalah perasaan seorang mak kan... rasa bangga bila anak dapat masuk boarding school. Sementelah mase tu di kalangan sedare mare aku, sibuk membandingkan anak siapa yg dapat masuk asrama (okeyh, maknenye, tak kisahlah asrama penuh atau asrama sekolah teknik atau asrama rumah jauh dari sekolah.. janji asrama huhuhu).

Dan aku sangat gembira dapat menunaikan hajat mak untuk tengok aku masuk boarding school =')

Sekian karangan saye tentang saye dan MRSM... eh!!! tehehehe ^______^


Sabtu, Mac 09, 2013

Syahid atau tidak perwira yg gugur di Lahat Datu bukan hak kita untuk mengadili...

yang penting gunakan akal dan sumber rujukan sohih untuk memahami.. jgn taksub sgt dengan parti politik kau tu (ni sambungan tajuk kat atas tu.. hehe)

_____________________________________________________________________________

Pagi pagi lagi dah berdebat dgn colleague aku... aku ekceli malas nak berdebat pagi pagi ni dgn colleague aku yg tak berapa nak faham makna mati syahid..

Katenye mati syahid bila kita fi sabilillah saja... tolong luaskan sikit pemahaman kau tentang makna fisabilillah? berjuang di jalan Allah bagi mempertahankan agama, harta benda dan negara... tu bukan fi sabilillah ke..

Susah bila org dah terlalu taksub dengan parti politik ni.. pemikiran jadi sempit dan dangkal.. balik balik dok ulang 'dengan aku kau tak yah nk ckp bab bab agama ni ye' lebih kurang mcm maksudnye 'aku bab agama ni mmg expert ye, so takyah nak ajar ajar aku' gtu la.. pls la.. ilmu digali sepanjang hayat... bukan bila dah jadi ahli pas, terus konfem ilmu agama tinggi.. pls la... pls!!

Sedangkan Nabi SAW dah bersabda :

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim(3539))

Nabi dah cakap, jika fahaman erti fi sabilillah kau macam tu, jika yg demikian, syuhada umatku sedikit.....

dan lagi sabda Nabi SAW:

Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142))

Jadi tolonglahh.... jangan ingat bila org yg terbunuh sebab nak mempertahankan negara daripada diserang musuh yg bersenjata dah menceroboh masuk kampung kampung sampai
  • aktiviti masyarakat setempat jadi tersangkut...
  • sampai orang orang kampung sume kene klua kampung dan berkampung beramai ramai berhimpit himpit kat dewan orang ramai..
  • sampai banyak skola kene tutup dan budak budak tak dapat meneruskan sesi pembelajaran..
  • sampai bekalan ubat ubatan tak mencukupi sebabkan mendadak ramai orang dapat penyakit sebabkan berhimpit himpit kat dewan orang ramai tu..
  • sampai pejuang negara terpaksa menggadaikan nyawa menjadi barisan hadapan nak mempertahankan penduduk penduduk kampung ni...
Maka kematian orang yg mempertahankan negara untuk mengelakkan segala masalah masalah ni berlaku adelah sia sia..

Mereka syahid insyaAllah.. kenapa aku kata insyaAllah? sebab hanya Allah yg Maha Mengadili....

Jadi kalau mereka ini dimandikan dan dikafankan ke ape ke, ikut sume procedure yg biase kite buat untuk jenazah, janganlah dipertikaikan... sangat tak menahan bile ade colleague aku yg kata kalau deme ni syahid, syahid tak payah mandikan tak payah kafankan... Allah yg Maha Mengadili dan Maha Mengetahui... ape masalah kau kalau mereka ini dimandikan dan dikafankan?

Pendapat aku, menggunakan akal fikiran aku yg Alhamdulillah boleh berfungsi dengan baik ni, yg aku faham daripada hadith sohih Rasulullah ni, mereka insyaAllah golongan syahid...


 

Rabu, Februari 20, 2013

syukurlah mempunyai suami yg mencintai kita

terbaca artikel ni kat Utusan online arini...

terus terdetik dlm ati.. whoa!! akulah tu.. tehehe ^__^

- Dia sentiasa memikirkan apa yang anda dapat dalam setiap perancangan masa depannya - Alhamdulillah...

- Dia tidak memaksa anda melakukan seks dengannya sekira memberitahunya anda terasa penat - *wink*

-Dia tidak kisah anda menggunakan komputer atau telefon miliknya kerana tiada apa yang dia mahu sorokan daripada anda - always

- Dia menggalakkan anda melakukan apa yang anda rasa suka dan selalu memeluk anda

- Sekiranya anda merasa tidak selamat dia akan mengambil langkah berjaga-jaga dan sekiranya anda berhadapan dengan insan yang mengkritik dia akan mempertahankan anda - always

- Dia merasakan rasa bersalah sekiranya terpaksa meninggalkan anda dan menelefon anda selalu - huhu

- Dia memikirkan anda tetap cantik baginya biarpun anda dalam keadaan kusut-masai dan membelikan makanan yang anda gemari - especially weekend.. kalo tak klua umah.. mcm mak lampir.. hihi

- Dia akan memegang tangan anda di khalayak ramai dan sanggup pula memegang beg tangan anda tanpa rasa malu - hihi

-Tidak pernah ambil kisah mengenai berat badan anda yang naik dan sentiasa mahu menghabiskan masakan yang anda masak biarpun tidak berapa sedap - WHOA!!! hihi

- Dalam permainan dia akan sentiasa memberikan kemenangan kepada anda dan akan sentiasa berkata baik biarpun ketika anda dan suami sedang berbalah - huhu

- Sentiasa meminta pandangan dan pendapat anda dalam beberapa perkara bersama - Alhamdulillah

Sekiranya, suami anda mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan, anda adalah tergolong dalam kalangan mereka yang bernasib baik kerana lelaki yang baik sebenarnya sukar untuk dicari.

bersyukurlah punya rumahtangga yg walaupun kekadang beronak ranjau tapi Alhamdulillah masih boleh dimanage.. sedangkan lidah lagi tergigit kan.. kalau tak berselisih faham langsung pun tak bagus.. macam tak normal pulak.. pada aku la... bukan dengki dengan orang orang kat luar sana yg langsung tak pernah berselisih faham dengan suami memasing (ade ke?) tapi.. rasenye kalau smooth je mcm lagi bahaya kot.. bak kata peribahasa air yg tenang jangan disangka takdak buaya, takut takut nanti laki hang yg jadi buaya.. eh! hehe *wink*

bila berselisih faham ni, kita akan jadi lebih faham perangai dan keinginan suami kita.. again, ni pada aku la.. kan... yg penting, minta maaf dan rendahkan diri... redha Allah pada wanita yg telah berkahwin kan terletak pada redha suaminya... redha Allah pada anak anak dara terletak pada redha ibubapanya... jadi pandai pandailah mainkan peranan sebagai hamba di muka bumi Allah ni...

renung renungkan dan selamat beramalllll ^____^

Ahad, Februari 03, 2013

cara cara membeli rumah subsale - part IV

-frens sume yg view post ni, jom share link.. tinggalkan link frens kat ruangan comment ye, boleh saye singgah balik blog frens ^_^-

Minggu ni rasa hectic sgt…

Letihhh… weekdays aritu rasa mcm…. cepatttttlah datang jumaat.. ade bende lain tgh planned to do on weekend dalam kepala otak ni.. bende yg lebih best yg bakal merobah nasib anak bangse hehehe lebih lebih pulak..

Nasib baik ade budak berdua ni yg boleh menghibur duka ^____^



Ok. Aku nak sambung part III of progress membeli rumah subsale aku hari tu. Sesiapa yg berminat bolehlah meneruskan pembacaan anda ye ^_^

Hari tu aku ade ckp yg progress of property valuation daripada valuer tu berlaku serentak dengan proses penyiapan S & P.

Kronologi penyiapan S & P adelah seperti berikut :

27.4.12 – lawyer anta 1st draf

28.4.12 - aku reply kata ade kesilapan here and there

30.4.12 – deme anta 2nd draf, say sorry and bla bla bla la kan… hmm

2.5.12 – aku reply kata still ada error on certain clause, dan seperti hendak berkata ‘aiyooo’ pada lawyer tu. Tolonglah cek betul2 before submitting any agreement draft to your client. Lawyer reply emel aku on the same day together with the 3rd draf, again say sorry dan betulkan.. hmmmm

Finally on 8.5.12, lawyer tu datang opis aku, jumpe kat lobi dan sesi menandatangani perjanjian S & P itu pun berlaku. Aku habaq kat boss kecik aku yg lawyer rumah datang nak jumpe jap, yelah kan sbb waktu kerja kan. Takut dia tak selesa pulak aku guna mase kerja utk urusan peribadi, mcm blogging ni dia mana tau aku guna waktu kerja utk urusan peribadi hehehe. Lagi 1 aku takut kalo boss besar aku si omputih mexico tu nampak kang, kalut pulak dia ingat aku jumpe supplier. Dia tu tak suke kalo kitorang kitorang kat QA dept ni jumpa jumpa supplier ke ape ke, dia mesti kene ‘diawarekan’ kalau ade nak jumpe supplier. So kalo at any time dia nampak kitorang jumpe orang luar kat lobi tu, dia akan saspek yg bukan bukan la.. konon macam ade perbincangan dengan supplier dalam keadaan mengetepikan dia.. huh! menyampah sgt ok..

Ok jadi selepas 8.5.12 tu, officially aku dah terikat dengan kontrak perjanjian S & P tu. Secara ganasnye kasarnya, kalo aku ade buat silap yg menyebabkan kelewatan dan kerugian pihak penjual, aku akan dikenakan caj 8percent per annum calculated daily daripada harga jual rumah tu. Macam mana perkiraannye, aku pun tak mahir sgt, lawyer tu pun tak terangkan in details mase aku jumpe die aritu.

Lawyer ni memang, diorang kalo kite tak tanye, dia tak akan cerite details. TAK AKAN OK! Jadi kalo korang betul betul rasa nak tau dan perlu tau sesuatu content dalam S & P agreement tu, atau kalo korang saja saja je nak menambah pengetahuan regarding anything yg terkandung dalam S & P agreement tu, pls ask dear! Nanti tak memasal kena bayar 8percent per annum calculated daily pulak… huhu. Dan penjual juga terikat dengan term 8percent per annum calculated daily tu jugak kalo dia ade membuat sesuatu yang akan menyebabkan kelewatan dan kerugian pihak pembeli.. kire macam ala ala win win situation yg tak berapa nak win win sangat la.. ^_^

Lepas aku dah sign, lawyer tu bawak S & P tu p jumpa owner rumah tu pulak dan mintak dia sign. Communication lawyer dgn penjual tu aku tak tau la, cuma sekali je dia ada anta emel kat penjual tu dan cc pada aku. Lepas kedua dua pihak dah sign, lawyer tu p bawak S & P tu untuk disetemkanhasilkan oleh pihak LHDN dan proceed untuk kurierkan S & P tu kat aku dan si owner rumah tu. On 10.5.12, lawyer tu mintak alamat opis untuk anta kurier tu, tapi lepas aku tunggu tunggu tak jugak sampai kurier tu, aku pun emel kat lawyer tu tanya status penghantaran S & P tu on 16.5.12. aku rase lawyer tu pun tak berapa suka aku ni asyik nak emel tanya mana S & P tu tak sampai sampai lagi kan. Tapi ofkos la aku nak tau status penghantaran S & P tu sebab aku nak proceed dgn macam macam perkara lagi. Bila kurier tu sampai, aku tengok ada 2 copy, satu copy dengan cop ‘Original’ dan satu copy lagi dengan cop ‘Salinan’. Actually mase tu aku pun tak faham kenapa diorang anta 2 copy tu kat aku. Tapi aku tak cakap apa apa lah, sebab kurier kan, nak cakap macam mana hehe.

Lepas dah ada completed S & P yg dah duly stamped, rupa rupanya 1 copy hendaklah diberi kepade pihak bank. Macam kes aku, memula kata lawyer ni, dia nak bagi sendiri kat bank, then tetiba macam ‘eh saya dah terkurier 2 2 copy (original and duplicate) kat puan la, boleh tak puan passkan pada pihak bank’ gtu kaedahnya kan. Because at first dia nak kurier kat aku copy yg untuk simpanan aku, entah macam mana kan nak dijadikan cite die terrrrrkurier 2 2 copy pulak.. so terpakselah aku bagi sendiri copy utk bank tu. Copy yg ada cop ‘duplicate’ tu aku simpan untuk urusan urusan permohonan yg berkaitan seperti KWSP, TNB dan pendaftaran dengan pihak Persatuan Penduduk kawasan apartment tu.Kali ni aku nak cite pasal cara memohon untuk pengeluaran wang KWSP akaun 2 untuk Pengeluaran Membeli Rumah Kali Pertama.  Yg lain lain tu akan aku ceritakan dalam post akan lain lain ^_^

Urusan dengan Pihak KWSP

Urusan aku dengan pihak KWSP boleh dikatekan agak mudah la. kesilapan cuma kesilapan kecil yg berlaku masa 1st time aku p KWSP cawangan Klang kat BBT One Tower on 21.5.12. kesilapan on 2nd time aku p tu tak memerlukan aku p semula ke pejabat KWSP tu so ok la.. on 21.5.12 tu, aku p pejabat KWSP cawangan Klang kat BBT One Tower dengan membawe segala mak nenek dokumen untuk permohonan pengeluaran wang KWSP akaun 2 untuk Pengeluaran Membeli Rumah Kali Pertama tu. Senarai mak nenek dokumennye adelah seperti table kat bawah ni. Disebabkan kategori rumah aku tu rumah yg dah ade geran atau dalam bahasa standardnye rumah dengan suratan hakmilik telah dikeluarkan, aku punye required mak nenek dokumen adelah dalam kategori Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan  ^__^

Kategori kategori lain korang boleh refer kat sini. 

Cuma silap aku mase p 1st time tu, aku p bawak S & P lama antara owner rumah dgn pemaju perumahan danaku tak bawak aku punye S & P. bijak kan hihi. So permohonan aku direject di kaunter oleh pompuan kaunter KWSP itu. Selain tu, pompuan itu juge mereject bank statement yg aku bagi walaupun bank pilihan rakyat aku untuk pihak KWSP bank-in kan duit permohonan tu nanti adelah bank yg ade dlm senarai bank panel KWSP, tapi sebab bila aku print online bank statement tu, kat bahagian bawah kertas tu takde klua mcm link page yg aku print tu, so pompuan kaunter KWSP tu kata ‘nampak macam tak original, kalau saya nak kata puan buat sendiri statement ni kat Microsoft word pun boleh…’ boleh??? 

Tapi takpelah, kekadang kite kene belajar bersabar untuk mendapatkan kemudahan di hari muka kan.. so aku bersabar saja dengan kata kata pompuan kaunter KWSP tu dan aku pun balik rumah print bank statement dari bank lain pulak.. selamat lah aku ade active accounts kat few banks yg listed dalam senarai bank panel KWSP tu. Boleh refer sini    ^_^

Tapi kan, maybe, if aku tak lupa nak bawak S & P yg betul ieitu S & P antare aku dengan owner baru, mungkin aku akan hangin jugak kot dengan ketidakterimaan pompuan kaunter KWSP tu terhadap bank statement aku tu hihihi

Kirenye, lepas 1st time yg spoil tu, aku p kali kedua ke KWSP cawangan Klang kat BBT One Tower tu on 1.6.12 pulak disebabkan kesukaran untuk mencilok keluar pada waktu kerja dan kesukaran memohon cuti exec cabuk macam aku ni pun susah nak approve , submit everything dan ingatkan dah OK dah sebab mase aku p 1st time tu, pompuan kaunter KWSP tu cuma cakap aku silap tang S & P ngan bank statement je. 

Kali kedua p tu, orang kaunter tu kata dokumen sokongan aku ie: Developer Confirmation Letter dan Title dari Pejabat Tanah tu takde Certified True Copy aka CTC stamp yg original (contoh cam CTC dengan stamp pad warna biru). So aku ckp lah kat budak lelaki kaunter KWSP tu yg bende alah ni sent from my lawyer through email, CTC tu ade tapi warna hitam la sebab aku print doc tu dgn printer hitam putih.  So dia bawak mak nenek dokumen aku tu p jumpe boss dia named Puan Samson dan akhirnye Puan Samson yg baik hati tu kate ok, aku forwardkan je emel yg lawyer aku anta tu ke dia untuk dia verify. Aku suke cara kerja bos dia tu sebab memudahkan customer, sebab dia nak verify je pun kan, so cukuplah dengan she herself sight the evidence of email tu.

So on 8.6.12, aku cek i-akaun KWSP aku dan nah!! Permohonan Pengeluaran Beli / Bina Rumah Pertama anda telah diluluskan.. hehehe

OK next episode aku cite hal hal seterusnya terhadap previous progress of buying this subsale haouse of mine ni ye... jumpe nanti dalam part IV ^_____^

Sabtu, Januari 19, 2013

worth to read : apa yg suami-isteri perlu tahu tentang NAFKAH


artikel ini dicedok dari sini dan aku susun balik bahasa asalnya yg sangat berstruktur kepada bahasa yg sedikit santai untuk memudahkan korang faham hehe happy reading everyone!! ^__^
 
Takrif nafkah, ia adalah suatu bahagian daripada hartanya yg halal yang dibelanjakan kepada orang-orang yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Adapun nafkah, ia terbahagi kepada 3 bahagian. Iaitu i) kepada isteri, ii) kepada anak dan iii) kepada keturunan.
Nafkah kepada isteri, mestilah isteri yang sah atau isteri dalam ‘Iddah raj’i atau ‘Iddah yang boleh dirujuk kembali, ertinya ialah ‘Iddah dari talak satu atau dari talak dua. Tetapi ‘Iddah talak
tiga tidak berhak diberi nafkah kerana ia adalah talak yang tidak boleh dirujuk kembali.

Nafkah yang diberi kepada anak, mestilah bagi anak yang sah. Anak yang di luar nikah atau anak zina, tidak wajib diberi nafkah. Takrif wajib nafkah kepada anak juga ialah anak yang belum akil baligh. Bagi anak yang sudah akil baligh, tidak wajib lagi bagi ayah untuk memberi nafkah kecuali anak itu tidak boleh mencari nafkahnya sendiri. Katalah seorang anak itu akil baligh ketika umurnya 15 tahun sedangkan masa itu dia masih belajar di sekolah. Ertinya, anak itu belum berupaya lagi mencari rezeki. Makna, ayahnya wajib memberi nafkah kepada anaknya.

Nafkah keturunan ialah contohnya anak memberi nafkah kepada ibu bapanya. Syaratnya mestilah ibu bapa itu tadi adalah terlalu susah hingga tidak mampu menyara hidupnya. Ibu bapa yang sudah tidak mampu mencari nafkahnya sendiri, adalah jatuh hukum wajib bagi anak-anaknya memberi ibu bapa nafkah. Ertinya, seorang anak yang memberi belanja hidup kepada orang tuanya yg tidak mampu mencari wang bukan dibuat suka-suka hati atau dipanggil berbaik hati. Ia adalah satu tangggungjawab yang wajib.

Seorang suami perlulah mengetahui syarat-syarat yang wajib dan berhak diberi nafkah kepada isteri, Syarat i) isteri yang taat kepada suami. Taat dalam ertikata menyerah diri bulat-bulat kepada suami samada jiwa raganya, tenaga dan akal fikirannya. Begitu juga, menyerah diri kepada suami bererti menyerah zahir dan batinnya pada suami dengan syarat suaminya itu tidak menyuruhnya melakukan perkara yg dilarang Allah dan Rasul. Isteri yang demikian saja yang wajib diberi nafkah. Isteri yang tidak taat 100% kepada suami atau sentiasa berbalah dengan suami, tidak wajib diberi nafkah.

Syarat ii) isteri yang tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Seorang isteri itu memang dilarang oleh syariat keluar rumah tanpa izin dari suami. Hari ini begitu ramai sekali isteri yang tidak sedar perintah ini. Mereka bebas keluar rumah sesuka hati padahal yang dia lakukan itu adalah satu dosa.Ada setengahnya sampai berani membentak suami kalau dia ditanya tentang kepergiannya itu.

Isteri yang keluar tanpa keizinan suami bererti dia tidak taat dan melanggar syariat. Ketaatan pada suami bererti taat di dalam agama. Apa saja yang dilarang dan diharamkan oleh Allah dan Rasul dalam rumahtangga dan di dalam perhubungan suami isteri, isteri hendaklah taat.

Gugur nafkah bagi isteri-isteri yang tidak taat. Cuma gugur nafkah seorang isteri yang tidak taat itu sabitnya adalah dengan syarat-syarat yang tertentu. Ertinya, ada beberapa syarat yang mensabitkan gugurnya nafkah isteri apabila dia tidak berlaku taat.

Adapun suami-suami yang wajib memberi nafkah kepada isteri juga terdiri dari tiga golongan. I) suami yang kaya, ii) suami yang sederhana dan iii) suami yang miskin atau papa. Ketiga-tiga golongan ini ada peringkat nafkah masing-masing terhadap isteri.

Seorang suami yang kaya lain ukuran nafkahnya dan suami yang sederhana lain ukuran nafkahnya, dan seorang suami yang miskin papa lain pula ukuran nafkahnya.

Kewajipan nafkah bagi suami yang kaya menurut yang diterangkan dalam pengertian syariat ialah, memiliki harta yang boleh dibelanjakan sehingga umur lazimnya dia boleh hidup dan kalau sekiranya dia mati, masih ada baki harta itu. Itulah yang dikatakan kaya.

.

Bagi suami yg kaya, ada kaedah-kaedah nafkah yang mesti diberikannya kepada isterinya. i) suami mesti menyediakan sebuah rumah untuk anak isterinya, sama seperti rumah isterinya semasa dia tinggal bersama ibu bapanya dahulu. Ertinya, nafkah orang kaya terhadap isterinya adalah berat. Kalau suami tidak menyediakannya, belumlah selesai tanggungjawab nafkahnya terhadap isterinya.

ii) makan dan minum yang mesti disediakan untuk isterinya pula, mestilah jenis makan dan minum yang pernah isterinya terima semasa dia hidup bersama dengan ibu bapanya dahulu. Katalah semasa dia hidup bersama ibu dan bapanya dahulu, dia makan nasi yang berasnya bernilai beras terbaik. Maka, suami mestilah menyediakan makan untuk isterinya dengan beras yang terbaik juga. Begitu juga dengan lauk pauknya yang mana kalau sekiranya semasa berada bersama ayah dan ibunya dahulu dia makan lauk yang baik-baik, maka suami mestilah memberi isterinya lauk pauk yang baik-baik juga, seperti daging, ayam dan sebagainya.

iii) begitu juga bagi lain-lain peralatan rumah serta dapur, semuanya mesti disediakan mengikut keadaan yang baik-baik seperti dapur gas, alat-alat perabot dan lain-lainnya, mesti juga dari barang yang baik-baik.

iv) sekiranya dahulunya isterinya biasa dibantu oleh orang-orang gaji, maka hendaklah suami mengadakan orang gaji untuk isterinya.

Dan begitulah seterusnya dalam hal-hal yang lain di dalam rumahtangga suami itu, setiap apa yang pernah ada pada isterinya dahulu, mestilah disediakan untuk isterinya.

Tentulah berat tanggungjawab bagi seorang suami yang kaya apabila diukur dan ditinjau di sudut fekah. Apabila kita tinjau di sudut tasawuf iaitu di sudut hendak mendapatkan kewarakan dalam beramal ibadah, perkara-perkara yang demikian bergantung kepada keredhaan isteri. Seandainya isteri redha, tidak mahu segala kesenangan dan kenikmatan dunia kerana takut akan hisabnya terlalu berat di akhirat nanti, isteri boleh menolak semua itu dan memilih kehidupan zuhud.

Tetapi harus pula seorang suami itu ingat, suami tidak boleh memaksa isterinya yg biasa hidup senang itu untuk zuhud. Tanggungjawabnya ialah untuk menyediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian untuk isterinya. Ini adalah tuntutan wajib ke atasnya.

Daripada pengertian tentang memberi nafkah kepada isteri bagi suami-suami yang termasuk dalam golongan kaya, dapatlah dijadikan ukuran tentang bagaimana pula tanggungjawab suami-suami yang termasuk dalam golongan sederhana dan golongan miskin. Perlulah diingat bahawa dalam persoalan memberi nafkah kepada isteri ini, Rasulullah saw pernah bersabda:

“Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan, sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan telah dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimat Allah dan diwajibkan atas kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang
sebaik-baiknya.”


Kemudian Allah swt juga ada berfirman yang maksudnya:

“Hak (nafkah) isteri yang diterimanya dari suaminya seimbang dengan kewajipan terhadap suaminya itu dengan baik.”

Dan di dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang maksudnya:

“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuan dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.”

Daripada pertanyaan-pertanyaan di atas jelaslah kepada kita ukuran pemberian nafkah bagi seorang suami itu terhadap isterinya. Kalau suami-suami yang termasuk dalam katagori yang kaya tadi, telah digariskan kaedah-kaedah nafkah yang wajib diberikannya kepada isterinya, maka bagi suami-suami yang sederhana dan miskin, bolehlah kita gariskan tentang banyak mana nafkah yang wajib suami berikan kepada isterinya. Iaitu berdasarkan daripada hadis Rasulullah saw dan dari pertanyaan Allah di atas, suami-suami wajib memberi nafkah kepada isteri-isterinya mengikut kemampuannya serta menurut keadaan dan tempat.

Begitulah tuntutan nafkah zahir kepada para isteri yang wajib bagi suami-suami melaksanakannya. Seandainya para isteri bagi suami yang miskin atau sederhana meminta lebih dari yang mampu disediakan oleh suami, sabda Nabi saw.:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.”

Mengenai nafkah pasangan suami isteri yang sama-sama bekerja yg mencapurkan hartanya, persoalan ini adalah amat berat kerana ia melibatkan harta pusaka yang tidak dapat ditentukan siapa punya. Seandainya, dalam soal kedua-dua mencari nafkah ini ditakdirkan suami meninggal atau ditakdirkan isteri meninggal, bagaimana pula status harta yang ditinggalkan?

Dalam hal ini, jika meninggal salah seorang di antara keduanya, harta yang tinggal tidak boleh dipusakakan kerana harta yang tinggal itu tidak tentu siapa yang punya kerana sudah bercampur. Syariat hanya menganggap hasil pencarian suami sahaja yang dijadikan harta pusaka untuk anak isteri tetapi isteri tidak boleh mencari nafkah untuk menjadikannya harta. Setiap wanita hanya boleh memiliki harta melalui peninggalan ayah ibu atau pun adik beradik atau peninggalan suami.

Sekiranya pasangan itu bekerja untuk menambahkan pendapatan keluarga, satu pejanjian antara isteri dan suami mesti ada untuk mengikrarkan harta sama sepencarian itu. Di antara perjanjian yang boleh dibuat ialah seperti misalnya, suami mengatakan kepada isteri bahawa seluruh harta yang mereka cari bersama itu adalah hak suami, walaupun bahagian isteri yang mencari ada di dalamnya. Sekiranya suami meninggal, seluruh yang ada pada harta itu, adalah menjadi harta pusaka yang boleh dibahagi-bahagiakan. Begitu juga, suami boleh mengikrarkan kepada isteri tentang harta yang sama-sama dicari itu dengan mengatakan bahawa semuanya adalah hak isterinya. Sekiranya suami meninggal, seluruh harta yang tinggal itu adalah hak isterinya.

Boleh juga jika suami isteri yang sama-sama mencari nafkah mengasingkan harta masing-masing. Misalnya, kalau isteri membeli peralatan rumah hasil pencariannya, isteri boleh menyatakan kepada suaminya bahawa pinggan mangkuk itu adalah hartanya. Dalam soal ini mesti ada perjanjian bertulis, supaya ia tidak menjadi perbalahan apabila meninggal salah seorang antara keduanya nanti. Dan yang selebih baiknya ialah dengan memanggil ahli-ahli keluarga waris untuk menjadi saksi. Ini adalah amat mustahak sekali kerana ia melibatkan soal faraid atau pembahagian harta.

Soal suami isteri yang sama-sama bekerja mencari nafkah sudah menjadi perkara biasa hari ini. Kalau sama-sama tidak jelas tentang harta dan faraid harta, takut-takut nanti seluruh isi keluarga memakan harta yang haram. Sedangkan isteri yang pergi bekerja itu pun mesti berhati-hati kerana takut-takut isteri membawa balik harta yang haram. Hal ini mudah sangat berlaku. Andainya isteri pergi bekerja itu tanpa lafaz izin dari suami atau tidak menutup aurat, bermakna isteri keluar rumah secara haram. Jadi, suami kenalah melafazkan izin setiap hari kepada isteri serta mensyaratkan kepada isteri setiap kali pergi bekerja hendaklah menutup aurat. Kemudian harta yang menjadi harta sepencarian itu pula hendaklah dinyatakan oleh isteri apakah boleh ia dimakan bersama. Kalau tidak, takut-takut nanti suami memakan harta haram.

 

Selasa, Januari 08, 2013

cerpen pendek yg dicedok buat tatapan semua yg bergelar anak

sedih.. nak nangis.. dah berair dah pun mata bila baca cerpen pendek ni...

jumpe cerpen ni mase blogwalk blogwalk td..

dicedok dari SINI dan dikreditkan kepade tuan yg post kat situ..

dicedok dan dipapar semula kat sini untuk bacaan lebih meluas..

aku pun sedar mmg mase zaman skola dulu balik skola je masuk masuk umah je mmg mulut ni terus je tanya kat sapa sapa je yg aku nampak kat hall umah 'mana mak?'

takleh dinafikan fakta tu.. apa apa hal pun akan terus tanya 'mana mak?'

bangun tido pun kalu pegi dapur pastu tak nampak mak tapi nampak abah, mulut mesti akan terus tanye abah 'mana mak, bah?'

walaupun diri ini bukan anak manja ke ape ke tp soalan 'mana mak?' tu mmg sinonim lah dgn diri ini.

mintak dijauhkan daripada menjadi seperti anak anak mak dlm cerpen ini..

semoga kita semua menjadi anak anak yg lebih menghargai jasa dan pengorbanan mak abah kite walaupun kite sume masing masing sudah berkeluarga insyaAllah amiinnnn

Sebuah cerpen pendek yang sesuai dibaca jika ada memang sayangkan ibu. Wajib baca! Cerpen ini walaupun pndek,tapi mmpu menyedarkan kita betapa seorang insan bernama ibu itu adalah insan pling sempurna dalam kehidupan kita.

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah
. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

* hargailah ibu ada jika dia masih di dunia. Doakan dia jika dia sudah menghadap yng maha esa. Bagi yang ada ibu, sudah berapa lama anda tak telefon ibu?? Apa kata ambil telefon, luangkan seminit dua bertanya khabar ibu. Pastinya ibumu akan gembira.

Sabtu, Januari 05, 2013

si pengadu domba

Korang tau tak apa maksud mengadu domba?
Di dalam kamus dewan pelajar yg aku jumpa linknya dari laman web DBP, mengadu domba membawa maksud melaga lagakan dua atau lebih pihak supaya bermusuhan antara satu sama lain.
boleh klik klik sini untuk maklumat lanjut ^__^
Iyeitulah, orang yg suka mewujudkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat sesebuah organisasi. Kalau kat kampong kampong, mungkin tujuan pihak yg membuat onar dengan mengadu domba ni adelah untuk mendapatkan kuasa menjadi ketua JKKK misalnya.

Kalau kat sekolah, mungkin tujuan pihak yg membuat onar dengan mengadu domba ni adelah untuk mendapatkan kuasa menjadi ketua geng yg glemer misalnye (hehe)

Kalau kat tempat koje, mungkin tujuan pihak yg membuat onar dengan mengadu domba ni adelah untuk meraih simpati supaye kalo die kena tarok pasal hal koje dengan pihak atasan, maka orang akan igt dia tak buat salah sebaliknye pihak yg diadudombakannye tu yg buat salah, dan pihak atasan yg buat keputusan kata dia salah tu sebagai sebenarnye yg bersalah? Hehe pening tak baca ayat aku?

Ada sesetengah orang suka untuk tidak mahu mengaku kesilapannya. Mungkin faktor usia dan pengalaman kerja berbelas tahun dalam bidang yg sama tapi masih melakukan kesilapan akan membuatkan manusia menjadi sebegitu, tidak mahu mengaku kesilapannya. Dia akan mencuba dan terus mencuba mencari jalan untuk menampakkan yg dia tidak bersalah dalam sesuatu hal, walaupun ternyata dia memang bersalah. Dia akan mencuba dan terus mencuba menampakkan yg pihak yg ingin diadudombakannya itu sebagai seorang yg bersalah walaupun ternyata si polan itu tidak bersalah (dan si polan itulah yg pun telah terdetect kesalahan si pengadudomba ini). Dia akan terus mencanang ke sana ke mari dan mengatekan yg dia tak salah, bende tu boleh dicover, kenapa nak kecoh kecoh, si polan tu memang suka kipas bos dan sebagainya. Dan lebih sadis bila mana, ada ketika ketikanya, si pengadu domba ini boleh mintak tolong si polan yg dikutuknya tadi tu jadi cable untuk urusan peribadi pulak.

Owhh.. sungguh berhati botol plastik cap polyethylene terephthalate yg harus digunakan sekali sahaja dan kendian jangan di recycle recycle… =c
Sikap sebegini, yg suka ulang dan ulang dan ulang kesilapan, dan kendian cover (dan mintak pulak org lain pun turut tolong coverkan dia), kendian tak mengaku silap tu adelah satu kesilapan (sebab dan dimanjakan dengan sikap orang tolong coverkan dia), dan lepas tu mengadu domba si polan yg taknak tolong cover dia, dan siap listkan lagi few other names yg katenye dengan orang orang ni pun kite kene hati hati semata mata sebab orang orang tu obviously geng-makan-tengahari dengan si polan tadi tu, adelah satu sikap yg tidak baik ye kawan kawan….. ^#^

Adakah maknanya, bila aku pun bergelak ketawa bertepuk tampar dengan si polan itu atau dengan geng-makan-tengahari si polan tu, atau bila mana aku lepak lepak kejap kat meja si polan tu atau meja geng-makan-tengahari si polan itu, maka, aku juga termasuk dalam golongan yg korang kene hati hati jugak?

Kalau kau tak suka si polan, tolong jangan mencuba mempengaruhi aku supaya tak suka si polan juga. Biar aku buat kerja aku dan kalau aku akhirnya nanti akan alami sendiri perasaan kurang senang atau tidak suka dengan si polan itu, biar aku alaminya sendiri. Jangan asyik ulang dan ulang dan ulang kata kau tak salah dan si polan tu suka kipas bos.
Mengikut kajian (maaf, takde sumber rujukan), bende tak benar tapi kalau asyik diulang dan ulang dan ulang, pihak yg tak tau apa apa yg mendengarnye mungkin akan termakan kata kata itu dan akhirnya benda tak benar tu diterima pakai umumnya sebagai benar. Sebab dah disogok hari hari akan kata kata itu, maka otak kita akan tune that kata kata sebagai benar. Jadi adalah sangat penting untuk kita mempergunakan akal fikiran kita sebaik baiknya dalam mengekstrak, menilai dan menerima  sesuatu kata kata itu ye kawan kawan.. ^#^
i am a full time muslim and i dont have time to listen to ur aduan domba ^_^
One thing yg aku always believed, kalau seseorang  tu boleh kutuk si A depan kita, tak mustahil dia boleh kutuk kita depan si A pulak nnt…

Assalamualaikum!

Khamis, Januari 03, 2013

cara cara membeli rumah subsale - part II

-frens sume yg view post ni, jom share link.. tinggalkan link frens kat ruangan comment ye, boleh saye singgah balik blog frens ^_^-


Ok, jom kite sambung part II of cara cara membeli rumah subsale ^__^


Financing (atau di Conventional Bank dipanggil Loan) Application

ok. dalam episod yg lalu (macam drama pulak), aku ade senaraikan list of docs yg bank required yg mana contoh yg aku bagi tu adelah untuk kes aku. lain bank lain peelnye kan.

at the time yg bank ni in-progress of processing my financing application aku tu, bank islam officer tu juga ada mendapatkan title rumah yg aku nak beli ni dan title tu hanya boleh diperoleh di Pejabat Tanah sahaja. tajuk dokumen tu 'Catatan Carian Persendirian' yg ade mencatatkan maklumat rumah yg aku nak beli tu mengikut spesifikasi Pejabat Tanah (nombor plot, kawasan, etc etc) yg aku tak faham sgt hehehe cuma yg aku tau, dokumen tu kena ada. mesti ada mase nak apply financing. caj yg dikenakan oleh pihak Pejabat Tanah untuk carian tu adalah RM60 tapi bijaknye bank islam officer ni, dia caj aku RM150 dan bila aku mintak resit atas nilai tu sbb aku nak claim balik kat lawyer, dia kata 'ni takde resit sbb ni personal'. mase tu aku macam 'ape ke bendenye personal? tak faham...' tp pas dah tengok nilai wang kena bayar yg tertera kat bawah dokumen tu, barulah aku faham... inilah dia bank islam officer...... tapi yelah, takkan sebab nila setitik kita nak rosakkan susu sebelanga kan. so aku cuba menganggap yg lagi RM90 tu upah dan duit minyak motor dia nak ke Pejabat Tanah tu walaupun balik umah tu aku nyumpah nyumpah kat laki aku sbb kene ketuk RM90 tak memasal. hoho.
lepas dah buat financing application dan bila mana aku dah berjaye mendapatkan financing daripada bank berkenaan, aku diberi 1 surat yg diberi nama Letter of Offer (salu orang panggil LO). Jadi dengan LO ini, membolehkan aku dengan yakinnye untuk proceed for the next agenda dalam urusan pembelian rumah subsale yg aku idam idamkan tu hehe.
LO tu kene ditandatangani oleh pemohon dan dipulangkan semula kepade pihak bank tak silap aku dlm mase seminggu cam tu la. then branch bank tu akan hantar ke HQ dia pulak. financing application aku lulus di kala aku sedang bergelut dgn chicken pox.. sadis sgt kan.. so abg la yg tolong p jumpe bank islam officer tu sbb aku habaq kat dia 'sy kene chicken pox ni, encik ok ke kalo sy p office encik? sy tak kisah' dan dia terus terketar ketar ketakutan sbb takut terjangkit chicken pox tu kata 'takpelah.. mintak husband u act on behalf'. hehe. so abg pun p la maghrib maghrib tu anta ke bank islam klang sebab aku ckp kat bank officer tu laki aku abis skola kul 6.35pm, so by 7pm kot baru sampai klang, tu pun kalo atas jambatan kota tu tak jem la. dia kata takpe sbb nak kene submit ari tu jugak. hoho.
mase submit LO yg aku dah sign tu, aku kena sertakan sekali wang yuran untuk pendaftaran wasiat rumah tu. nilai kena bayar tu was RM350. Takaful Malaysia yg buat dan mase tu barulah aku tau Takaful Malaysia tu is one of Bank Islam's subsidiary.
 

 *tutoran percuma ^_^* : kalau kat conventional bank, ie dipanggil loan. macam aku ambik Islamic bank, ie dipanggil financing. tau tak ape beza loan dgn financing? bezanya, loan bermaksud  korang pinjam duit dgn bank (loan=pinjam), dan rumah yg korang nak beli tu akan dicagarkan kepade bank. while financing = pembiayaan, di mana pihak bank membeli dulu rumah tu drpd pemilik lame (utk kes rumah subsale la, kalo rumah baru bank beli dulu drpd pemaju perumahan) dan kendian bank jual pulak rumah tu pd korang pd harga jual yg bank telah tetapkan yg bermaksud bank akan ambik untung daripada beza harga belian dan harga jualan tu. bukan macam conventional bank yg ambik untung drpd riba yg dijana melalui tempoh peminjaman wang. means, dlm Islamic financing, akan ade extra agreement yg kite kene sign, yg mana ikut pemahaman aku, sbb tu lah Islamic financing ni sedikit mahal berbanding conventional loan. tapi takpe.. yg penting halalan toyyiban ^__^


so ok! tu selingan sahaja ^__^


oh ya. lupa nak nyelitkan jugak bahawe, mase aku p kat bank utk financing application tu, bank islam officer tu ade buatkan satu rough calculation sekiranya aku berjaye buat financing dgn diorang. dalam calculation tu, dia akan masukkan current loan/ financing yg aku ade tanpa mengambil kira tanggungan tanggungan yg lain. hasilnya, jumlah hutang nanti mesti tak cecah 50 to 60% of total basic salary. igt igt lupa pulak berapa percent dia ckp aritu, sebab aku kan koje swasta, so bank officer tu pun tak cite detail sgt la. cuma dia just bagi reminder pasal bende ni akan direview oleh HQ dia. CCRIS dan CTOS pun akan review jugak. aku tak risau sgt bab rekod penghutangan aku ni direview oleh pihak yg berkenaan sbb hutang yg tinggal skarang ni cuma financing kereta je. Jadi aku rase dah patut sgt aku mulakan pembayaran hutang baru…..

 
lepas dah dapat LO, kite akan chase lawyer yg kita dah assigned utk buat Sale and Purchase Agreement (ada orang panggil shortform as S & P, ada yg panggil SPA). macam aku, lawyer yg buatkan S & P aku adelah lawyer yg dicadangkan oleh agent bengong tu yg based kat shah alam. Mase aku p buat discussion dgn pihak bank islam, deme cadangkan supaye aku gune lawyer bank je utk buat S & P tu, supaye :

1) memudahkan dan mempercepatkan urusan sbb kedua dua perjanjian (S & P dan Loan Agreement) diuruskan oleh lawyer yg sama.

2) most likely dapat diskaun sikit kot. yg tu aku tak sure sbb pasal duit ni, susah nak jangka.

3) sure sure lawyer bagi pihak aku dan lawyer bagi pihak vendor (tuan punya rumah yg aku nak beli ni) adalah 2 entiti yg tidak sama hehe maka memudahkan urusan tuntutan, ketidakpuasan hati dan sebagainya. macam kes aku skarang ni, lawyer aku dan lawyer vendor adalah orang yg sama, jadi ada conflict of interest kat situ. kejap kang macam dia bela aku, kejap kang macam dia bela vendor. jadi hak kita sebagai pembeli tak terpelihara sepenuhnya.


lepas dah diberi rough explanation by the bank officer dan after googling some info, aku and abg memang dah decided nak guna lawyer bank untuk buat S & P, dan lawyer bank tu pun dah siap call aku tanye nak tak diorang ambik kes aku. aku mintak diorang bagi sebutharga dulu tapi malangnya sampai ke sudah tak dihantarnye.

at the same time, aku bgtau jugak pada agent bengong tu yg aku nak guna lawyer yg bank recommend instead of lawyer yg dia recommend. punyelah hangin dia, macam satu kemestian pulak aku kene guna khidmat lawyer yg dia suggest tu. dia boleh kata ‘ala tau kenapa bank tu suggest lawyer diorang? diorang dpt portion la tu’. boleh? so what? ade aku kesah ke? macam lah ko tu suggestkan lawyer tu, ko tak dpt portion... dalam pade aku menyampah menyampah tu, aku akur jugak la sebab harap bile aku tak berkeras nak guna lawyer lain, cepatlah sikit progress penyiapan S & P tu nanti. tapi nan ado jugak la...

so end up, S & P aku dibuat oleh lawyer yg berinitialkan RNA ni.

aku tak pukul rata mengatakan sume lawyer adelah tidak boleh dipercayai ye kawan kawan ^_^ adik ipar aku sendiri seorang lawyer.. tapi, based on my experience ini, kalau aku boleh lakukan sesuatu tanpa khidmat lawyer, akan ku ikhtiarkan hoho

nama penuh dia korang boleh cube google la, boleh jumpe kot. dan baik buruk lawyer ni akan aku ceritekan di kendian ari hehe.

Property Valuation Report


dlm mase yg sama, pihak bank telah mencarikan property valuer utk anggarkan value umah tu. kirenye, kalo katekan pihak valuer kata nilai rumah tu sebenarnye tak cecah 134K, katekan dia kate nilai rumah tu sebenarnye cuma 124K sahaja, so financing aku yg bakal diluluskan adelah 90% daripada 124K sahaja la. diorang akan revise balik LO tu berdasarkan report yg dikeluarkan oleh pihak property valuer. tapi kata bank islam officer tu, salunye nilai yg property valuer tu bg takkan lari dari nilai yg tertulis dalam Letter of Offer to Sell Property yg kite signed mula mula skali mase decided nak beli rumah (yg aku signed dgn vendor aka tuan rumah lama tu). dia kata tu semacam satu syarat bile kite nak beli subsale property kat Malaysia ni. SOP deme dah letak macam tu, so ikutkan saje la.
no such thing as free valuation ye kawan kawan ^__^


macam kes aku, actually harga bukak yg vendor tu letak was 145K, then aku mintak kurang through agent  bengong tu dan dia kata vendor kasi 135K je. actually aku tak expect pun kurang 10K mungkin sbb aku first timer kan, jadi aku expect dpt kurang 4K 5K camtu. so bile die bagi kurang 10K, aku jadi semakin berani untuk mintak lagi kurang. hehe. bukan nak jadi ibarat diberi betis nakkan paha, tapi yelah, kalau ada ruang dan peluang nak berjimat, kenapa tidak kan? selepas beberapa jam kendian, sms aku dibalas oleh agent bengong tu (seolah olah dia takes time nak berbincang la konon dengan vendor tu) dan dia kata 'vendor kata last 134K je, sbb ni groundfloor' hoho. yo lah yo lah. sebab bila aku calculate balik nilai 135K tu bahagi kaki persegi rumah tu, kire standard la kot utk apartment value. so bila dapat 134K tu, alhamdulillah la.


jadi, aku pun tak sure kalo misalkata aku tak pandai nak nego pricing, dan aku terima je bulat bulat nilai 145K tu, mungkin property valuer tu akan buat report dia dengan nilai 145K jugak kot... hehe

untuk valuation process tu, aku kene tarok RM640. mintak diskaun, tak dapat walau sesen pun. hampeh sgt valuer company yg bername Transasia ni, untuk nama penuh korang boleh klik klik google hehe. pastu pulak, bila aku kata nak bayar through money transfer, ade ke patut staff dia yg handle kes aku tu bagi nombor akaun personal dia? aku mintak no akaun syarikat dia kata takda, so aku kata takpelah, jumpe kat bank islam klang la nnt sebab ofkoz la aku sgt tidak percaya. pastu budak valuer tu macam bengang kot, so dia kata dia tak free at the time yg aku suggest utk jumpe kat bank islam klang tu. so dia passkan report tu pada bank islam officer tu, tapi meletakkan syarat ‘report tu takkan release selagi puan tak bayar ye’, boleh? macamlah aku ni ade ruang dan peluang nak buat cam tu. aku pun tau mestilah kene bayar dulu baru dapat report. apapepun, terima kasih banyak banyaklah Transasia wei, tolong valuekan rumah tu sama dengan nilai yg aku submit kat bank.
ok penat taip panjang panjang. untuk kisah selanjutnya, nanti aku story kat part III plak eh (entah bila tak tau huhu)

Isnin, Disember 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013 ^__^


Salam tahun baru to frenz sume ^_^

Esok kite akan masuk ke fasa baru tahun Masehi 2013. Kalo mase kecik kecik dulu, suka sgt nak ada azam tahun baru bila masuk je tahun baru. Macam satu kewajipan pulak, dan boleh dikatekan mesti azam tu bertukar ganti dan berubah tetiap tahun. Sebab budak budak lagi kot mase tu.

Tapi, bila dah makin menginjak dewase, kita lebih memikirkan kepade practicality of sesuatu azam or resolution tu.  Kita nak bende yg kite azamkan tu, lebih practical dan lebih membawak pekdah secara berterusan kepade kite khususnya dan kepade orang orang sekeliling kite amnya.

Kalo before year 2008 dulu, azam aku sebagai seorang anak dara pada masa tu is ofkozlah, nak kahwin kan (sbb mase tu tertunggu tunggu bila la abg nak ajak kahwin hoho), pastu year 2009 nak ada anak pulak kan, year 2010 nak jadi mak yg mithali la sgt, year 2011 nak improve kerjaya, year 2012 nak ade multiple income stream, bla bla bla bla bla bla la kan. Boleh dikatekan semuanya lebih specific kepade status diri ini cewah.

Untuk year 2013, resolution aku, hmm..

1.       Nak mencuba bidang affiliates dan semoga berjaya hendaknye. Effective Jan 2013 nnt, aku akan letak link link e-book yg korang boleh dapatkan. Kalau ada info yg korang nak tu ada dlm link e-book tu, boleh la korang beli e-book yg aku promote tu. Kalo aku tak promote e-book tu lagi, korang boleh named kan e-book apa yg korang nak tu, aku cuba carikan ^__^

2.       Nak jadi pekerja yg lebih berdedikasi supaye rezeki lebih barakah dan bos sayang

3.       Nak-balik-keje-on-time-supaye-ada-masa-untuk-bersenam-atau-boleh-start-masak-awal-dan-boleh-makan-malam-awal-supaye-boleh-turunkan-berat-badan (sadis sgt part ni)

Ok. Cukup 3 je. 3 sahaja tapi perlu dilakukan throughout the year. No limitation date.

Semoga berjaye hendaknye resolusi resolusi aku ni dan jugak untuk resolusi resolusi korang jugak ^_^

Sabtu, Disember 22, 2012

cara cara membeli rumah subsale - part I

-frens sume yg view post ni, jom share link.. tinggalkan link frens kat ruangan comment ye, boleh saye singgah balik blog frens ^_^-

Alhamdulillah aku and abg skrg dah akan ade dlm mase in few days ni 1 aset tetap yg dipanggil …
BAITI aka RUMAH ^__^

Walaubagaimanapun, byk ranjau berliku problem yg kitorang kena tempuh untuk merealisasikan impian membeli rumah ni. Hehe macam sadis sgt je pengalaman. Tp agak sadis jugak la sbb ada pihak pihak yg sepatutnya membantu, taknak membantu. Takpe, yg tu akan aku blacklistkan diorang dari kamus hidupku dan akan aku promote nama diorang ni sbg tidak bagus utk digunapakai perkhidmatannye. Siap la korang, aku promote kaw kaw nanti kat forum forum dan blog blog. Gerammm!!

Review and view

So ok! Kisahnye, aku memang salu buka laman web olx.com dan cari cari rumah second hand yg org nak jual (aku prefer this site compared to mudah.my). Aku start buat aktiviti ni dlm mid of year 2010 lagi mase tgh pregnantkan Haifa, memang mase tu semangat membuak buak nak ade asset tetap berbentuk rumah. Tp tulah, usha dan usha tp x buat sebarang action kan tidak bagus kan. Salunye aku usha dan akan salin kalo ade rase sedikit berminat terhadap rumah tu, whether it is a terrace house ke, apartment ke, flat ke. Sbb target aku memang nak jadikan rumah baru kami tu yg tak baru bagi org lain sbb rumah tu rumah second hand aka subsale house sbg 1 bentuk investment saje. Mak tak bagi aku klua dr rumah yg abah bg kami duduk skrg ni, so memandangkan lokasi rumah skrg pun amat sgt dekat ngn kilang aku dan skola abg, so most likely kami akan stay kat rumah ni sampailah ke waktu abg dpt transfer balik kg abg (tp bukan waktu terdekat ye bang, syg still nak keje lagi hehe). So dlm pade aku salin salin tu, aku akan sms la tanye tanye dan kalo yg tak bls sms aku tu, mmg aku pun tak hingin la nak sms lg. maklumlah keadaan tak terdesak sgt hehe lagipun pada hemat aku yg tak berapa mahir bab bab hartanah ni tapi kalo seller nak tipu pun x berjaye jugak kot hehe, kalau seller/agent tu betul betul nak buat sale, mesti la dia akan layan setiap pertanyaan kite yg merupakan potential buyer ni kan? (wpun soklan bodoh kan) hehe

Setelah beberape tahun bulan menyalin dan menyalin, dari saat Haifa masih dalam rahim sampai lah Haifa dah lahir, here it comes!! On early feb 2012, ketike Haifa dah berumur setahun, aku tertarik utk view onsite 1 rumah ni kat area klang. Aku pilih klang/shah alam as preferred area utk beli rumah memandangkan pada hemat aku yg tak mahir macam pakar pakar hartanah yg menggelar diri mereka otai hartanah ni, nilai hartanah di kawasan klang/shah alam memang akan amat sgt mencanak in future. Baik utk disewakan mahupun dijual jika perlu, aku yakin harganya akan meningkat naik. Dan aku masih berpegang pd prinsip pemahaman hartanah aku sejak aku mula mula ade perasaan nak mempunyai asset tetap berbentuk rumah ni, ieitu, lebih baik aku beli rumah kecik atau sederhana tp kat Bandar (ie: klang) daripada rumah besar gedabak tp kat kawasan luar Bandar (yg mana rumah tu nanti bukan aku plan nak duduk pun) dgn nilai harga sama macam rumah kecik tp kat bandar td tu. Eh panjang plak menceceh.

So ok! Aku view rumah tu dan terus rs berminat....

inilah dia rumahnye punye kejiranan.. kolam renang ni antare yg membuatkan aku tertarik.. sbb blh menarik penyewa kot.. walaupun rasenye xde sape nak mandi kat sini.. tp blh la letak dlm iklan.. hehe
yg ni kalo dpt penyewa yg ade anak kecik.. blh la die bawak anak die take an evening walk kan... sambil sambil makan waffle...  ^_^

........tapi..... tak ckp lagi kat si agent bengong tu yg aku dah berminat benar ngn umah tu cuma ckp aku akan call dia balik la shortly. actually mase view rumah tu, aku ade gaye gaye macam dah berminat benar ngn rumah tu, tp aku pasan abg bg signs mcm suh aku jgn reveal sgt ‘keeageran’ aku nak beli rumah tu sbb takut pd sebarang kemungkinan kene tipu dan sebagainye. huhu


Booking and Housing Loan Application

Few days after that aku call agent bengong tu dan ckp aku jd nak proceed dan nak byr booking. Dia kata nak jumpa kat 1 kedai makan kat Tesco tak jauh dr rumah tu. Aku ok je sbb aku mmg malas nak mencari cari rumah org (in case dia nak jumpa kat rumah aka pejabat dia). Tapi bile aku ceritekan pada abah, abah memang tak advice aku jumpa jumpa org kat kedai makan camtu, takut anaknye ni kena tipu. Kata abah, apa apa hal yg membabitkan pembayaran duit dlm amount besar mcm tu (3% drpd 134K), kene buat kat pejabat. In case kalau apape hal, kite tau mana nak cari dia sbb alamat dah ade dan kite dah penah sampai pun tempat tu. Tapi waktu aku cite kata abah tu, aku n abg dah pegi pun jumpe agent bongok tu kat Tesco tu. Alhamdulillah takde apape kes penipuan berlaku.
Cuma yg tak syoknye, agent bongok tu punye cara, dia tak kire duit tu on the spot (ok faham, takut org attack dia sbb yelah, takkan nak kire duit ribu riban kat kedai makan secare publicnye kan). tapi at least, kire la dlm kereta dia sebelum berambus dr car park tu, dan ajak aku masuk skali kete tu ke, sbg witness die kire duit. Ni tak, slambe je cakap ‘ni akak tak kire lg ye, akak kire kat rumah, tp kalau tak cukup akak akan mintak tau’ ewahhh. Abis tu mcm mana aku nak pertahankan yg aku memang bagi with correct amount if it happened to be dia tersalah kire kan? Cara dia tu yg aku tak berkenan dgn kata kata ‘kalau tak cukup akak akan mintak tau’ tu. Cara, yes, cara. Attitude seseorang terhadap transaksi kewangan.


Alhamdulillah tak berlaku sebarang deviation.

Lepas dah bayar booking, aku pun meround cari bank utk apply loan. Aku pegi 3 bank which aku dah usha usha jugak dlm blog blog dan laman web that bank itself. 3 bank yg aku pegi tu adelah maybank, cimb dan bank islam. Aku pegi jugak muamalat tp tak submit borang sbb muamalat tak provide loan utk rumah value below 150K huhu. Tarak untung kot..

Karenah bank memang macam macam. Docs yg diperlukan pun sedikit berbeza dr 1 bank ke 1 bank yg lain. Aku view kat website bank bank tu apa docs yg diorg required. Kat bawah ni aku senaraikan senarai docs yg aku bwk ke hulur hilir dlm folder macam fresh grad nak mintak keje g walk-in interview aritu :

1.     salinan ic (ofkos la hehe. kalo tak tgk ni kang, ramai pulak PR and PATI yg beli rumah senang senang camtu je),

2.     salinan slip gaji 3 bulan terakhir (mcm mase deal dgn bank islam, aku kene tunjuk jugak slip gaji yg ori sbb diorang nak counter check dek kerane ‘kebluran’ slip gaji fotostate itu ),

3.      penyata bank di mana gaji kita dimasukkan utk 3 bulan terakhir,

4.      pengesahan bekerja oleh majikan aka confirmation letter (mcm kes aku, sbb mase kejadian tu, aku betul betul dlm bulan ke6 keje kat kilang ni ieitu ngam ngam tgh tunggu surat tu siap, while HR yg ngok tu pulak ke oversea, so aku mintak Finance Mgr buat 1 surat perakuan yg aku keje kat sini dan verify dlm surat tu yg gaji aku mmg sekian sekian amount. Alhamdulillah pihak HQ bank islam accept surat tu (diorang call HR aku utk double confirm). aku try try je buat surat camtu even officer bank islam klang tu pun just kata ‘kita cuba la, sy pun x sure’. Alhamdulillah.. kalau Allah nk bagi jalan, insyaAllah ada jalannye =)

5.      epf statement,

6.      salinan ea form (mcm maybank nak yg current year and previous year),

7.      booking receipt (membuktikan yg kite memang dh byr pun ke agent / vendor that amount of 3% from the property value), dan last but not least

8.   Sale & Purchase Agreement lama mase owner lama nak beli rumah tu daripada developer.

9.      letter of offer to sell property (mcm bank islam, aku bg surat ni yg agent bengong tu bg via email, tp bukan scanned copy, dia ambik gambar dan upload. Officer bank islam klang tak nak accept dan dia nak bende tu in a proper form, means either aku dpt dlm bentuk it has been scanned properly (ie: in pdf format), then aku print out pun properly, or aku dptkan secara hardcopy which is ofkoz la docs tu lebih proper kan. Sbb bile aku print dr format jpeg or jpg, kan ade tulisan kat atas gambar tu kan.. so itu officer taknak so terpakselah aku jumpe agent tu dan mintak die bg hardcopy sbb die claimed ‘scanner akak baru je rosak’ citt porah!! Anyway, maybank dgn cimb accept je yg aku print dr format jpeg tu. Bende ni terpulang pd officer bank sebenarnye. Kalau officer tu rs malas nak explain apa apa kat org atasan die yg akan review docs tu, die akan mintak kite bg those docs in the most proper way la kan.. memudahkan keje dia. Huhu. Anyway, untuk menyenangkan application kite gak, so ikutkan saje la. Cuma aku kureng suke bile agent bongok tu kata ‘ala, akak bg kat buyer lain utk bank lain, bank lain tak ckp apa apa pun’ so what? Ade aku kisah? Maybank ngn cimb pun x ckp apa apa. Tp dah officer bank islam klang tu nak macam tu, ko sbg agent ikutkan saje la. aku rs die bengang sbb nak kene jumpe jumpe aku bagai utk hand over docs tu by hand (sbb katenye scanner rosak kot). Aii.. dh dpt 3% tu igt x payah buat keje dh? Byk lemak tersembunyi ko…..


So ok! Step seterusnya akan aku citekan nnt ye dlm part II hehe. Panjang sgt dh aku menaip ni. Penat.. hihi. layan waffle pon ok gak... jom!! hoho ^0^
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers