Rabu, Mei 08, 2013

ade orang dah label aku sebagai ultra Malay.. salah ke nak jadi ultra Malay?

Selagi saya hidup, selagi itu saya akan bercakap mengenai bangsa saya, orang Melayu, walaupun ada yang akan menuduh saya sebagai assabiyah, rasis dan ultra.

Saya amat kasihan melihat orang Melayu. Satu bangsa yang cukup layu dari segi pemikiran mereka. Satu bangsa yang cukup beremosi dari segi perasaan mereka. Satu bangsa yang cukup merendah diri dari segi pergaulan mereka. Satu bangsa yang cukup apologetik (satu istilah yang cukup popular sekarang ini) terhadap orang lain.

Jadi apa penyelesaiannya? Kita bukan mahu menghukum orang Cina, kerana mereka bijak dan cerdik dalam membuat percaturan politik untuk kepentingan bangsa mereka sendiri. Kita tahu mereka kiasu, pentingkan diri sendiri, tamak. Itu adalah ciri-ciri mereka. Dan ia tidak salah.

Masalahnya ialah kita sendiri, orang Melayu. Tanpa pertolongan Allah SWT saya percaya tsunami Cina itu akan menjahanamkan keseluruhan sistem Melayu di negara ini.

Alhamdulillah orang Melayu di Malaysia ini masih dilindungi oleh Yang Maha Esa. Kita harus percaya itu. Orang Pas dan Anwar harus redha dengan ketentuan Illahi itu. Bukan tembok batu yang menyekat kemaraan tsunami Cina itu, tetapi hasil pertolongan Allah, divine intervension kepada umat-Nya di bumi bertuah ini.

Tetapi sampai bila Allah mahu melindungi umatnya yang lemah ini. Selagi mereka tidak berusaha mengubah diri mereka sendiri, maka Allah tidak akan mengubah nasib mereka. PRU-14 sekiranya mereka masih alpa begini, tunggulah akibatnya. PRU-13 adalah peringatan yang cukup bernilai.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20130508/re_03/Pasca-PRU-13-Ke-mana-Melayu-selepas-ini#ixzz2SfNB01tQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

_________________________________________________________________________________

Usah gentar dilabel ultra Melayu, kerana mereka yang terlebih dahulu yang memainkan emosi perkauman. Usah bimbang dianggap jaguh Melayu, kerana mereka terlebih dahulu belot dengan semangat setiakawan kita.

Kita perlu terlebih dahulu menjadi juara kepada bangsa kita sebelum kita boleh menjadi ihsan kepada kaum lain. Hanya apabila keadaan agama dan bangsa kita selesa, barulah fikiran kita tenteram untuk meluaskan khidmat kepada masyarakat berbilang kaum.

Kita mesti buktikan kepada penyokong DAP bahawa kita bukanlah sampah seperti yang disorak setiap kali perhimpunan mereka, tetapi kita adalah bangsa Melayu yang bermaruah! Kepada Allah kita berserah!


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20130508/re_01/Peringatan-untuk-Melayu#ixzz2SfOAqIPb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan