Jumaat, Ogos 21, 2009

Selasa, Ogos 18, 2009

al kisah ustaz dgn si poyo... terjun dgn labu2 nye... =p

OH MY!!!!

aku mmg tak suke die ni.. sejak mule2 die nyanyi lagi aku dah rase cam die ni poyo.. and so die suke bercakap cam peguam.. soooo meluat one!!!

my 1st impression mase bace paper pasal deme 2 ni dah kawin was.. so yuckks!!! nafi2 then kawin.. then bagi alasan ini sume jodoh kuase Allah.. padahal dari dulu lagi mmg dah dok gatal2 ngendeng kat laki org.. eee yuckss!!

and do you guyz know ape yg paling menjelekkan antare sume yg menjelekkan dlm stetmen minah poyos ni?

ini die.... :

"Orang di luar sana boleh terus membuat andaian. Kalau mereka masih ada masalah dengan kami, teruskan dan selesaikan apa yang patut. Kalau tidak ia akan terus menjadi isu di sini. Saya sendiri tidak mampu memuaskan hati mereka. Tetapi kalau kami meninggal dunia sekalipun bukan mereka yang akan uruskan jenazah.

source : sini ler...

cakap BESARRRRR... satgi mati nanti, takde org nak uruskan jenazah baru padan muke....

eeeeeee aku cukup benci org yg kawin ngn laki org ni... or org yg curik pakwe org.. same la tu 2 2 kategori tu... so yuckkssss!!!!

Jumaat, Ogos 14, 2009

apebile tuanku suda murka.....

dah bace latest news on bharian arini? tengku mahkota pahang (bukan negeri aku ok =p) suda maraaaa beb sebab peningkatan fatality case of H1N1 tetapi langkah yg diambil oleh kerajaan tidak agresif..

tuanku murke beb.. sbb langkah pencegahan yg slow melow ni.. dan baginde nak tau laaa ni malaysia dah di tahap ape..? macam kes banjir, kerajaan pandai bagi tahap.. takkan wabak berbahaye macam ni, buat tak tau saja?? kann...

tapi as far as I know (me org biase sahaja) kes kematian wabak ni di negare yg mule2 detected fatality case was 1 death in 1000 positive case... tapi tak tau la sohih ke tak fakta ni... kann....

oklah.. tuanku juge berkateee 'bukan sebab family beta dah kene jangkit ni baru beta nak melatah eeeey... beta mmg risaukan keadaan kesihatan hamba2 rakyat sekalian tau..' =) + =p

we'll see... lepas tuanku dah berkate2 gini ni, ape tindakan drastik yg akan diambil oleh pihak dengan tagline 'saya yang menurut perintah'... =p

kikikiki =p

p/s : from this post of mine, izit shows that I am pro to any politician party?

Selasa, Ogos 11, 2009

muke same = ade jodoh? =)))

this is my first tyme pegi dinner dengan abg.. ieitu dinner yg melibatkan rakan sekerja.. ohohoh... memule aku volkswagon gak tp lelame ok la.. kesegananku mula menghilang.. =p

masuk2 pintu je, jumpe ex-bos abg.. pompuan.. namenye puan ajma.. and her 1st word to us mase tu was 'same laaa muke 2 org ni.. macam adik beradik' heheheheh... =p

pastu tiap kali jumpe je, puan ajma tu mesti cakap camtu.. ade dlm 3 4 kali kot.. and this is not the 1st tyme org kate muke kami same.. sejak mule kawan lagi org dah ramai ckp yg muke kami sameee... kalau tak muke same pun, org kate cara kami senyum same.. 2 2 suke tayang gigi heheheh =p

sedare aku yg 1st detect kesamaan muke kami was acik nasir.. mase kenduri bertunang.. at that tyme ramai sedare mare aku yg nak tau which is my bakal fiancee sbb aku memang tak penah tunjuk gamba abg pade sesape even pade along and angah.. acik2 pun ade yg tanye nape along and angah tak penah tengok? nape aku tak tunjuk kat deme gamba abg?

sebabnyeee... aku mmg tak nak tunjuk selagi tak pasti.. tu je.. so bile acik2 aku tanye mane satu orgnye, deme pon tak dapat nak tunjuk sbb deme pon tak kenal.. dan abg pun tak dibenarkan masuk ke dalam rumah mase tu.. pantang org tua2 kot.. abg just dibenarkan berlegar2 di bawah khemah sahaja..

pastu teke punye teke, one of my aunt, cik ijan, tunjuk & kate 'yg tu kot?' =p

so betul la org yg ditunjukkan tu...

and terus acik nasir ckp 'same laaa mukee...'

make tersenyum simpul lah aku dibuatnye mase tu.. heeeeeeee~ =p

dan ramailah kezen2 aku pun berkate 'aa'aa la m*na, muke same. ade jodoh ni.'

dan aku terus tersenyum simpul sensorang aku... even sampey skarang bileorg ckp muke kami same, aku akan terus dgn senyum simpulku... hihihii =ppp


same tak muke kami?? =p

Isnin, Ogos 10, 2009

27 dah mati... i am scared..

semakin ari semakin takut rasenye dgn kematian akibat bala akhir zaman ni.. entahla.. tp takut2 pun maghin sempat lagi aku n abg g jenjalan kat Mahkota Parade dengan tak pakai mask nye.. huhuhu =p tapi apekan daye.. aku terpakse pegi gak MP tu.. nak cari baju kurung utk dinner opiz lame abg tu.. sebaek sahaje jumpe baju yg berkenan di jiwe [i love the baju coz i love the wrist style, mekacih abg! mmmuahhhh!!! =)], aku n abg terus bergegas keluar dr crowded area tu..

kat MP maghin ramai gak yg ade awareness nak pakai mask.. ca ya nun alif pun ramai gak yg pakey.. berbeze dgn ca ya nun alif kat opiz aku ni.. pekerja kedey pon ramai yg pakai tapi ape yg aku perhatikan, deme pakai-bukak la.. letak kat dagu.. pastu bile communicate dgn kasteme, deme bukak.. bukan ke bile communicate terutame dengan org yg tak dikenali dlm jarak kurang dr 1 m @ 3 kaki, lagi la kite kene pakai mask?

minah kedey tempat aku beli tudung yuna =p tu pun, bile communicate dgn aku, die bukak plak mask yg awalnye die pakai.. ohohoh.. mungkin die rase communicate dgn malay takpe kot instead of dgn ca ya nun alif.. hmmm...

kat bawah ni aku paparkan kronologi 10 kematian pertame akibat H1N1 yang mane telah mengorbankan 27 nyawa as to this morning (sumber sini)..

Kes Kematian pertama (22 Julai 2009)
Kuala Lumpur
Pesakit warga Indonesia berusia 30 tahun mati di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur jam 11.50 pagi. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata punca sebenar kematian pesakit terbabit yang juga seorang pelajar masih belum diketahui tetapi siasatan awal mendapati ia disebabkan kadar denyutan jantung tidak terkawal.

Kes Kematian kedua (26 Julai 2009)
Kuala Lumpur

Seorang lelaki warga Malaysia berumur 46 tahun yang bekerja di Belgium mati akibat Influenza A(H1N1) tengah hari Ahad, 26 Julai 2009. Mangsa dilaporkan mati akibat “pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut” selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Mohd Ismail Merican, lelaki itu telah berada di Malaysia pada 4 Julai lepas.
“Pada mulanya beliau sihat sehingga beliau bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai 2009 dan telah mula mengalami demam serta batuk. “Sekembali dari Langkawi, beliau telah mendapat rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai 2009. Pemeriksaan x-ray dada telah menunjukkan beliau mengalami pneumonia,” katanya dalam satu kenyataan. Dr Mohd Ismail berkata, kes lelaki itu kemudian dirujuk ke hospital swasta di Subang Jaya pada 19 Julai dan beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi. Beliau berkata ujian sampel tekak telah dibuat pada 22 Julai dan Institut Penyelidikan Perubatan mengesahkan lelaki itu positif influenza A(H1N1) sehari selepas itu. “Kes tersebut yang telah mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 26 Julai 2009 jam 12.35 tengah hari, dan penyebab kematian dicatatkan sebagai pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut setelah tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi hospital swasta berkenaan,” katanya.

Kes Kematian ketiga (27 Julai 2009)
Kuala Lumpur

Seorang lelaki berumur 42 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1)
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mangsa disahkan menghidap Influenza A pada Khamis lalu,23 Julai 2009. “Mangsa yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang disebabkan radang paru-paru serius termasuk kegagalan fungsi beberapa organ selepas 10 hari dirawat,” katanya.
Menurutnya, mangsa dilaporkan tidak sihat sejak 6 Julai lalu dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar di beberapa klinik dan hospital swasta. “Lelaki itu dimasukkan wad di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu kerana kritikal dan kemudian hasil diagnosi menunjukkan mangsa menghidap radang paru-paru. Mangsa juga dikesan menghidap Diabetes Mellitus. “Pada 19 Julai lalu, mangsa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator). Ujian sampel tekak diambil pada 22 Julai lalu dan mangsa disahkan positif H1N1 sehari selepas itu,” katanya.

Kes Kematian keempat (28 Julai 2009)
Putrajaya

Seorang wanita rakyat tempatan berusia 20 tahun meninggal dunia pagi Selasa akibat jangkitan Influenza A (H1N1), menjadikan angka kematian di negara ini meningkat kepada empat orang dan disifatkan oleh pihak berkuasa kesihatan sebagai membimbangkan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata wanita yang berbadan besar itu meninggal dunia di Hospital Melaka disebabkan oleh pneumonia teruk yang dijangkiti daripada persekitaran, dan sampel tekak yang diambil pada hari yang sama mengesahkan beliau dijangkiti Influenza A (H1N1). “Pesakit telah mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai lalu, dan walaupun gejala demam dan batuk bertambah teruk, beliau hanya pergi mendapat rawatan selepas sakit semalam di Hospital Melaka di mana x-ray dada menunjukkan beliau mengalami pneumonia.
“Pada 8.30 malam hari yang sama kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru sebelum meninggal dunia jam 9.40 pagi semalam,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Kes Kematian kelima (31 Julai 2009)
Bagan Serai, Perak

Kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Kerian, Perak. Ujian daripada sampel kahak yang diambil semasa bedah siasat, yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur mendapati positif untuk virus influenza A(H1N1). Mengikut maklumat yang diperolehi, kanak-kanak ini telah mula sakit pada 27 Julai 2009 tetapi tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan pernafasan. Beliau telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik swasta pada hari tersebut. Pada malam 28 Julai 2009, beliau telah mengadu sesak nafas dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Perak pada pagi keesokannya iaitu 29 Julai 2009. Pemeriksaan yang dibuat menunjukkan bahawa keadaan beliau adalah stabil, tidak sesak nafas, tiada cyanosis dan beliau telah diberikan rawatan pesakit luar dengan antibiotik dan ubat batuk. Pada 31 Julai 2009, jam 3.00 pagi, beliau telah mengalami sesak nafas dan batuk secara tiba-tiba. Pada jam 5.00 pagi semasa pemeriksaan di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Perak, didapati pesakit demam dengan suhu 39○C, cyanosis dan mengalami kesukaran bernafas. Semasa pemeriksaan, pesakit secara tiba-tiba tidak sedar diri dan diberikan bantuan kecemasan serta resusitasi tetapi gagal diselamatkan. Pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 pagi di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Perak. Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Alor Star pada 31 Julai 2009 dan mendapati terdapat tanda-tanda radang paruparu teruk (severe pneumonic changes).

Kes Kematian keenam (2 Ogos 2009)
Johor

Budak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai 2009 dengan symptom demam selama 1 hari. Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pada 30 Julai 2009. Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009. Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30pagi 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi.

Kes Kematian ketujuh (3 Ogos 2009)
Miri, Sarawak

Wanita berusia 23 tahun yang telah disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) sejak 23 Julai 2009 dan disebabkan komplikasi pada paru-paru beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Miri sejak 22 Julai 2009 sehingga hari kematian pada 4 pagi 3 Ogos 2009. Sejarah asalnya, pesakit ini telah bersalin di Hospital Miri pada 21 Julai 2009. Selepas bersalin, beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk dan disahkan menghidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 23 Julai 2009. Simptom utama beliau adalah demam dan batuk yang telah bermula sejak 4 hari sebelum bersalin. Bayi pesakit didapati selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan influenza A(H1N1). Akibat komplikasi jangkitan yang teruk pada paru¬paru, pesakit telah berada di Unit Rawatan Rapi hospital sehinggalah kematiannya pada jam 4.00 pagi, 3 Ogos 2009. Penyebab kematian direkodkan sebagai pneumonia due to influenza A(H1N1) infection.

Kes Kematian kelapan (3 Ogos 2009)
Selangor

Penyakit Influenza A (H1N1) meragut korban lapan, membabitkan seorang guru yang berusia 51 tahun dari Kuala Selangor.Guru berkenaan meninggal dunia semalam. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai lalu. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mangsa yang mengalami radang paru-paru yang teruk akibat H1N1, meninggalkan dunia jam 11 malam tadi. Mangsa pada mulanya mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 27 Julai dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 30 Julai.
Mangsa semakin teruk dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Seremban malam sebelumnya.

Kes Kematian kesembilan (3 Ogos 2009)
Melaka

Kes adalah seorang budak perempuan berumur 3 tahun yang mempunyai sejarah jangkitan saluran pernafasan kronik. Kes dimasukkan ke Hospital Melaka pada 31 Julai 2009 dengan gejala demam dan batuk pada 25 Julai 2009. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 6.19 petang 2 Ogos 2009 dan meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 4.30 petang dengan diagnosa jangkitan virus influenza A(H1N1) dengan severe pneumonia. Sebelum dimasukkan ke Hospital Melaka, kes telah mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik swasta dan dimasukkan ke hospital swasta pada 30 Julai 2009, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka sehari kemudian kerana mengalami jangkitan radang paru-paru teruk (severe pneumonia).

Kes Kematian kesepuluh (3 Ogos 2009)
Malaka

Kes adalah seorang budak lelaki berumur 12 tahun dengan kegagalan buah pinggang kronik dan sedang menjalani rawatan dialisis. Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 3 Ogos 2009 dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 1 Ogos 2009. Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 2 petang disebabkan jangkitan pneumonia teruk. Kes disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam 5.50 petang.

dan arini ade lagi satu makhluk yg tak aware kat opis aku ni..
tadi sorang amoi ni yg juge seorang pregnant woman telah dtg ke opis aku utk gune scanner.. and below was our conversation :

dia : eh apesal moi? (sambil membuat gaya org pakai mask) u kena virus ke?
aku : tak la. i tak kena tapi i takut la.
dia : apesal? (muke sgt pelik, pelik sgt2, sgt2 pelik tahap gaban)
aku : (diam je..)

aku pulak yg jadi lagi pelik ni.. dia pun pregnant jugak.. dah nak masuk 8 bulan lagi.. boleh plak die tanye aku nape aku pakai mask.. sedangkan ini kan normal prevention utk low immunity grup..

aduhaiii... tak faham teman....

='''c

Jumaat, Ogos 07, 2009

cantik ke? canteekkkkkkk..... =p

i've already own 1..

salu tgk kat kete2 org len..

skarang aku dah ade 1 in my car..

taraa...
.
.
.
.
.
flip flap!! =)))))



heheh...

mekacih abggg,,,,,,
sbb belikan & sbb tolong fixkan electromagnet die yg dah terkeluar dr tempatnye tu..
u r soooo tere one in kemahiran hidup!!! hiduppp abg!!!! =pp
i am so proud of the way u insist to fix it..
malahan godaanku ketika itu jatuh di tangga kedua!! uhuhu =p

ske sgt tgk bende ni gerak2 mase driving...

Khamis, Ogos 06, 2009

wear face mask at work..



semalam adelah hari pertame aku memakai face mask semase melakukan kerja2 di meja berkomputer ini.. dan ini adelah feedback dr ofismet aku yg sgt tidak aware dengan keadaan semase..

i) seorang pembantu pentadbiran
dia : "eh, apesal u pakai mask?"
aku : i kan pregnant ma.. low immunity la.. i tak berani la sekarang ni, dah ramai sgt yg mati..
dia : ooo ya la ya la.. u kena pakai la..
aku : u taknak pegi check ke? u flu sudah lama la..
dia : i suda cek. konfem mmg tak kena itu n1h1 =p
aku : u cek kat private clinic ke? pegi gov la.. private diorang dah tak kesah dah h1n1 ni..
dia : i pegi company panel ma..
aku : (company panel tu private clinic la.. aduhaiii...) u kena pegi gov clinic la.. private kalau check pun, dia akan kata u flu biasa saja.. diorang tak nak bear the risk sbb kalau diorang kata u +ve nanti diorang kena makesure u pegi dapatkan treatment kat gov.. tu yg diorang malas tu..
dia : iya ka..
lepas tu, petangnye die kate sister die (sama2 dengan die ke oversea hari tu) still tak hilang2 lagi soar throat nye.. haihh...

ii) seorang eksekutif kanan bahagian gudang
dia : (bayangkan dia membuat gaya org memakai mask, kelima-lima jari ditekup ke muka)
aku : hak alla. apehal u?
dia : u sakit ka?
aku : kalau i ni dah sakit nak mampos, i tak pakai dah benda ni. pakai mask sebelum u kena penyakit la..
dia : (terdiam dengan kata2 aku)

iii) seorang jurutera kanan
dia : waaa, u skarang pun sudah takut eh..
aku : ye la, i kan pregnant. kena jaga diri sendiri lebih la..
dia : oh ya la betul2.

iv) seorang eksekutif khidmat pelanggan kanan
dia : hey! u sudah kena itu h1n1 ka?
aku : tak la.. i takut orang lain yg ada h1n1.. orang2 macam u la.. (dia baru balik dr bangkok utk saja2 gatal2 jalan2 cari pasal)
dia : eh, i mana ada h1n1.. i sudah 10 hari back maa..
aku : i tak kata u ada ma.. i cuma jaga diri i saja..

v) seorang pengurus pengeluaran
dia : m*na, are u ok? how are u?
aku : fine, tq.
dia : so, ur mask is ok aa?? enough or not using that kind of mask?
aku : (u want to buy for me the thicker mask ke?) ok la sikit, daripada takde..
dia : ok aa.. take care of yourself aa..
aku : ok..

hmmm... macam2 speku yg aku dpt on my 1st day of wearing mask.. ade yg ok.. tapi ramai lg yg tak ok dan langsung takde awareness.. macam la aku ni tetibe je pakai sorang2 dalam malaysia ni.. aku pakai sbb selsema babiii ni dah menular dan membarah la... sebab orang2 macam korang ni la...

yg aku peliknye hr dept. ni..


memang dah pandemik ponnn....

mase mule2 h1n1 keluar, bukan main concern lagi.. siap beli special hand sanitizer utk special caution lagi.. emel berjela2 pasal h1n1 reminder.. tapi bile dah ramai yg mati ni, dah senyap plak deme..
poyo je..
ini yg patut kita panggil : hangat-hangat tahi ayam.. =p

Isnin, Ogos 03, 2009

2 kisah berbeze dlm mase 24 jam..

from my personal opinion..

i am not a current-issue analyst.. tapi aku saje je nak tepek ape yg aku pikio terhadap 2 isu semase ni kat sini..

kes 1 :
seorang penyanyi utame anggote kumpulan indi yg sudah agak tidak indi telah bergado dengan isterinye (isterinye insists utk menjadi 'bekas' isteri kepade penyanyi berkenaan). dalam pergadohan di tengahari yg rembang itu, si suami claimed that isterinye telah mengaku, bersumpah dengan name Allah, yg dia telah tidur dengan seorang lelaki lain dan si suami claimed that lelaki itulah yg telah menjadi punce pergadohan mereke hingge membawak ke mahkamah. akan tetapi si isteri pula berkate yg die bersumpah dengan name Allah pade mulenye kerane 'hendak melepaskan diri daripade genggaman si suami kerane si suami kate akan menceraikannye jika die mengaku sebegitu'. dalam erti kate lain, die dah tade hati dekat suaminye. so die 'bersumpah demi Allah' yg die ade hubungan dengan lelaki lain dan pernah tidur dengan lelaki tersebut semate2 kerane nak suaminye melepaskannye.
akan tetapi, si suami tidaklah pule mahu melepaskannye. dan si suami telah mengheret para wartawan & jurugambar ke dalam drama mereke dan meminte @ memakse si isteri supaya mengulangi sekali lagi sumpah yg telah dibuat sebelum itu, kali ini di khalayak wartawan & jurugambar. dan kali ini dalam keadaan muke berubah, suare sedikit tersekat2, si isteri mengulangi sumpahnye tetapi sumpah si isteri kali ini berbunyi 'ok, i sumpah demi Allah, tadi i tipu u. i pernah tidur dengan die tapi i tak melakukan hubungan sulit'. dan si suami pun berkate 'u senang2 macam tu je bersumpah dengan name Allah ye. u tak takut dengan Allah ke? u igt Allah tu b*tu?' and that's it!!
si isteri claimed pulak yg si suami cube to twist the story dan cube menunjukkan pade khalayak yg sume yg tak betul adelah die ieitu si isteri, dan yg betul2 belake adelah si suami. dan juge mengeluarkan kenyataan yg berbunyi 'kalau dah aku ni jahat sgt, ko lepaskanlah aku'. tetapi, die tidak pula meminta si suami untuk 'bersumpah laknat' juge bahawesenye si suami itu juge ade melakukan kesilapan hingge menyebabkan die sudah tidak ingin lagi bersuamikan suaminye itu.
dan inilah yg menjadikan 1 point lebih kepade si suami ieitu : suami ade bukti @saksi yg mengatekan si isteri nusyuz, dan minta si isteri melakukan sumpah laknat, tapi isteri takde bukti @ saksi untuk menuduh suaminye telah tidak layak bergelar suami kepadenye.
si suami ade hak utk tidak mahu menceraikannye (sebagaimane yg dinyatakan secara lisan oleh si suami tersebut bahawe 'aku takkan senang2 macam tu je nak ceraikan ko lepas ko sekse aku setahun ni'. dan isteri tidak dapat menuntut fasakh (dan mungkin sukar nak tuntut custody) sbb syarat isteri yg layak mendapat fasakh itu tidak ade padenye........... (this is based on drama yg aku & hasben tgk dlm melodi semalam...)

kes 2 :
seorang pengarah tersohor telah meninggal dunia. sejurus selepas kematiannye, dengan tanah kubur yg bak kate orang2 tue, 'masih merah2 gitu', die telah 'difitnah' dengan laporan yg berbunyi lebih kurang 'die adelah seorang lelaki yg melakukan transgender semase hayatnye'. ibu dan bapenye sgt sedih dengan artikel yg keluar dr akhbar tabloid tersebut. ibunye berkate yg die akan menyaman penulis artikel tersebut dan 'penyamanan' ini bukan berunsur duitan tetapi lebih kepade hendak membersihkan name 'allahyarhamah'. tetapi, tidak dilakukan pula penafian bahawesenye ape yg tercatat dalam laporan akhbar tersebut adelah tidak betul belake. si ibu tue tersebut cume berkate yg die sedih kenape org hendak 'memfitnah allahyarhamah'. bukankah lebih rigid alangkan manisnye jikalau dikatekan 'saye mengandungkan anak perempuan dan die memang anak perempuan saye dr rahim saye hinggelah ke akhir hayatnye' (hehe, sekadar contoh ayat, bukan bermaksud hendak mengajar si ibu tua bagaimane care2 hendak bercakap dengan wartawan).

aku pun tak taulah kenape aku rajin sgt nak taip dengan panjang lebarnye tentang 2 kes ni..

cume aku rase 2 kes yg aku bace & tgk kat tv dlm selang mase tak sampai 24jam ni lebih kepade cerite kanak2 zaman aku darjah 6 dulu..


kelakar..... =p
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers