Jumaat, November 30, 2012

7 sub-kategori dalam Kitaran Perancangan Kewangan


Hari tu aku ade kongsikan pasal 5 sub-kategori dlm kitaran perancangan kewangan kan.. pastu tak semena mena jumpa pulak 7 sub-kategori ni... eheheh.. whichever necessary, kita praktikkan saje kan... enjoy reading... ^__^

head of the family sedang berfikir tentang kaedah terbaik perancangan keluarga kewangan heheheh -_-
  1. PENDAPATAN (Income); Sumber kewangan adalah PENDAPATAN. Sumber PENDAPATAN adalah daripada pekerjaan seharian kita. Daripada kerja kita itu, barulah kita memperoleh gaji atau PENDAPATAN. Hanya orang yang mempunyai PENDAPATAN perlu untuk menguruskan wang mereka. Jika seseorang itu tidak ada PENDAPATAN, bagaimanakah dia ingin mengurus kewangan?
  2. SIMPANAN (Saving);
    Ia menjadi teras kepada pengurusan kewangan. Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan SIMPANANnya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain. SIMPANAN menjadi faktor utama untuk peringkat-peringkat pengurusan kewangan seterusnya.
  3. PERBELANJAAN (Expenses);
    Ia merujuk kepada perbelanjaan harian seperti rumah, makan, minum, kenderaan, dan sebagainya. Selalunya ia menjadi perkara utama selepas setiap orang menerima gaji, iaitu;
    PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN
    Tetapi, yang sepatutnya ialah;
    PENDAPAAN – SIMPANAN = PERBELANJAAN
    Seharusnya kita perlu MENYIMPAN terlebih dahulu sebelum BERBELANJA.
  4. PERLINDUNGAN (Protection);
    Dalam kita bekerja untuk memperoleh PENDAPATAN, dan membuat SIMPANAN, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi PERLINDUNGAN, iaitu untuk memberi perlindungan kepada PENDAPATAN dan SIMPANAN kita apabila berlaku musibah. Dengan adanya PERLINDUNGAN, kita dapat mengekalkan kedua-dua PENDAPATAN dan SIMPANAN. Instrumennya ialah takaful dan insurans.
  5. PELABURAN (Investment);
    Inflasi akan menurunkan nilai SIMPANAN kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat PELABURAN sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi. Lebih jauh lagi, fungsi PELABURAN adalah untuk meningkatkan PENDAPATAN dan SIMPANAN. Apabila bercakap tentang PELABURAN, ia akan berkait rapat dengan risiko.
  6. PENYUCIAN (Purification);
    Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Ada sebahagian harta yang kita cari adalah hak dan milik orang lain yang kurang berkemampuan. Jadi, di sinilah fungsi PENYUCIAN bagi membersihkan harta benda kita. Malah, di dalam undang-undang negara pun ada mewajibkan cukai ke atas rakyat jelata. Selain itu, sedekah dan amal jariah juga di bawah langkah PENYUCIAN.
  7. PEMBAHAGIAN (Distribution);
    Harta benda yang kita cari dan simpan, tidak akan dibawa ke kubur. Selepas kematian kita, ia menjadi milik orang lain pula. Jadi di sinilah fungsi wasiat, dan faraid untuk memastikan PEMBAHAGIAN harta kita berjalan lancar. Ia kadang-kadang dilupakan oleh kebanyakan orang kerana menganggap faraid sudah ada. Ya, betul faraid itu hak, tetapi perlu ada elemen penyediaan wasiat supaya proses PEMBAHAGIAN mengikut faraid berjalan lancar

Isnin, November 26, 2012

taksub kepada pemimpin



post yg ditujukan khas buat ahli pas....

aku dah lama tak tulis pasal politik.. dulu masa b4 kawin and even mase awal awal kawin pun, aku still suke lagi tulis pasal politik. mase tu aku rase politik is part of us all la. sembang ngn abg pun aku suke gak layan sembang topik politik. tu dulu la.. cite 4 tahun lepas..

pastu bile dah beranak (pinak), aku makin kureng nak tulis bab politik. sembang ok lagi la, nak tulis, review dan digest tu, memang dah malas. sebab kan after 2008 kan, politics environment negara kite yg tercinta ni semakin kucar kacir. so aku jd semakin malaslah nak tulis pasal bende yg kucar kacir ni.

tp aritu, aku ade terbace 1 artikel pasal nik aziz.. hahha.. terus rase nak blog sikit pasal pokcik nik ajih ni.

dulu aku ade sorang roomate mase sewa rumah kat selayang dulu, dia kate die siap nangis nangis lagi kat depan pintu wad mase nik aziz masuk wad sebab sakit ape tah aku lupe dah. tp yg aku nak bagitau ni, betapa kawan aku yg takde kaitan persaudaraan kekeluargaan dgn nik aziz tu pun blh menangis nangis bile nik aziz masuk wad! aduhai... tak kuasa aku... bace kisah Nabi SAW tak nangis pulak, nik aziz masuk wad (which is 1 perkara biase ekceli sbb kan dah tua, memang lah salu masuk wad) dia nangis nangis

huh!!!

ramai org yg memang taksub dgn nik aziz ni. entah ilmu ape yg dia pakai. sorry to say, sejak nik aziz kata umno murtad, aku memang tak blh la tgk muka dia dah. lagi pulak adik nik aziz tu pegi buat doa 'mengk.o.kan' umno. ish ish ish. sgt tak blh terima aku. 

rasa diorang ni sesat sgt sgt! sorry to say again la, semua yg mengaminkan doa tu pun sesat sesat belaka.

Nabi SAW kene baling batu ngn puak musyrikin, takde pulak Nabi SAW berdoa supaya Allah 'mengk.o.kan' musyrikin... mintak supaye mereka diberikan hidayah dan petunjuk ade la..

memanglah kalau ada antare korang yg akan kate 'itu Nabi.... memanglah... hati nye suci dan bersih... 

tapi, kate parti berlandaskan ajaran Islam. kenape tak ikut sunnah Nabi SAW? kalau sunnah macam tu tak nak ikut, tp bab sunnah supaye bini dapat payung emas, ikut pulak.... ape cer?

ni aku jumpe few links from page Utusan online.. pasal nik aziz. kalo ade antare korang yg nk bace, silekan la.. blh menambah pengetahuan jugak... ehheheheh

roughly, isu yg aku igt even before aku bace link link kat bawah ni, pasal nik aziz kata nak resign kalo mahathir resign (sampai laaa tak resign jugak)... sebab mase yg dia kata kalo mahathir resign arini, esok die akan resign tu, aku tgk dgn mata kepala aku sendiri kat tv....





Jumaat, November 23, 2012

Perancangan Harta dalam Islam

kalo ada yg perasan, aku ade letak link few blogs yg berkonsepkan perancangan kewangan.. few months back aku suke jugak ikuti perkembangan kewangan ni.. dan serba sedikit aplikasikannye dlm kehidupan aku.. so ni aku dpt dr salah 1 link tu tp lupe nak salin link dia.. kalo tak, blh bg kredit kan...

sekadar 1 perkongsian ilmu berkenaan perancangan kewangan mengikut lunas lunas Islam.. ^__^

Dalam Islam mengurus dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah. Ia adalah satu keperluan yang bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan memastikan seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan di akhirat menerusi hartanya. Harta mempunyai kedudukan yang sangat mulia di sisi Islam. Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana.

Dari kaca mata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa. Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau sebaliknya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Munafiqun ayat 9. Di samping mengajar manusia agar mempunyai perspektif yang jelas terhadap harta, Islam juga mengajar manusia agar mempunyai pandangan yang betul terhadap kehidupan. Hal ini penting bagi memastikan kehidupan mereka bermatlamat dan arah tuju yang jelas.

Islam juga menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat”. Di dalam ajaran Islam, dunia adalah tempat sementara yang hanya sebagai jambatan untuk ke akhirat, dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan akhiratlah tempat untuk menuainya. Walaupun dunia bersifat sementara, Islam dengan pelbagai kaedah dan pendekatan mengajar umat manusia supaya mempunyai status sosial dan ekonomi yang baik. Oleh itu, Islam memerintahkan supaya harta dan kehidupan diuruskan dengan baik dan bijaksana. Jika sebaliknya ia akan menjadi faktor keruntuhan manusia dan kemurkaan Allah seperti dalam surah Saba’ ayat 15 – 16 dan surah al-Nisaa’ ayat 10 dan 161.

Secara umumnya ada lima aspek atau elemen utama pengurusan harta secara Islam.

Pertama, Penghasilan Harta (Wealth Creation). Sebagai seorang Muslim yang sejati, Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan tidak hanya pasrah pada qada’ dan qadar seperti di dalam surah al-Juma’ah ayat 10. Kedua, Pengumpulan Harta (Wealth Accumulation) atau dengan erti yang lain bermaksud pengembangan harta. Adalah tidak wajar jika harta yang kita ada disimpan begitu saja tanpa mengembangkannya. Pengembangan harta boleh dilakukan melalui simpanan dan pelaburan di institusi kewangan. Malah Islam menggalakkan umatnya untuk membuat simpanan serta melaburkannya sebagaimana dalam surah Yussuf ayat 47-48. Ketiga, Perlindungan Harta (Wealth Protection). Setiap manusia harus mempunyai matlamat dalam kehidupan dan pasti salah satu daripadanya ialah untuk dapat kehidupan yang selesa dan terjamin dari segi kewangan sepanjang hidup. Sebagai jaminan hidup di dunia ini selain mempunyai simpanan dan harta yang mencukupi, diri kita dan harta kita juga harus dijaga daripada sebarang musibah dan perkara-perkara yang tidak diingini. Keempat, Pengagihan Harta (Wealth Distribution). Islam memperuntukan beberapa cara atau kaedah untuk pengagihan harta sebelum atau selepas mati. Antara instrumen perancangan harta adalah wakaf, wasiat, hibah dan sebagainya. Kelima, Penyucian Harta (Wealth Cleansing). Sebagai seorang Muslim kita tidak sewenang-wenang membelanjakan atau mempergunakan mengikut kehendak dan hawa nafsu. Ini kerana setiap harta ada hak-hak yang tertentu untuk dibahagikan seperti berzakat dan amal jariah kita seperti sedekah. Ini terbukti dalam surah al-Baqarah ayat 195.

Pengurusan kewangan yang bijak itu adalah yang dapat mengimbangi perbelanjaan dan pengurusan hutang, pelaburan yang mengikut syariah dan pendapatan yang mendapat keberkatan. Perlu diingatkan bahawa merancang dan mengurus ini merupakan sunnah. Secara lebih mendalam, perancangan kewangan itu merujuk kepada ‘Perancang Kewangan’ sebagai “seseorang yang membuat analisis kedudukan kewangan individu lain dan mencadangkan perancangan pelan kewangan agar individu berkenaan mencapai matlamat dan objektif kewangannya.”

Secara ringkas, perancangan kewangan Islam itu ialah “satu proses di mana matlamat kewangan keseluruhan individu digunakan untuk membangun dan melaksanakan pelan yang holistik untuk mencapai matlamatnya yang mematuhi syariah dan akhirnya mendapat keberkatan daripada Allah” (Mahadzir Ahmad, majalah VISI, Bilangan 95) Perancangan kewangan yang didasarkan kepada Islam matlamat akhirnya menjadikan aspek kewangan sebagai satu wasilah mencapai hasanah di dunia dan di akhirat. Justeru, untuk memastikan matlamat ini dapat dicapai maka pelan perancangan perlu mengambil kira perbelanjaan untuk kemaslahatan sendiri seperti keperluan jasmani dan rohani, perbelanjaan untuk kemaslahatan orang lain seperti nafkah, sedekah dan juga perbelanjaan untuk kemaslahatan umum seperti membina masjid, hospital dan sebagainya. Secara yang lebih sistematik perancangan kewangan dari perspektif Islam perlu mengambil kira komponen-komponen berikut; pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan takaful, perancangan pelaburan Islam, perancangan zakat dan cukai , perancangan persaraan dan perancangan harta pusaka dan wakaf.

Secara umumnya, ada dua aspek utama yang dititikberatkan oleh Islam dalam hal-hal yang bersangkutan dengan pengurusan harta, iaitu bagaimana harta itu diperoleh. Ia mestilah menerusi kaedah pemilikan yang sah dan jual beli, pelaburan secara Islam, hadiah dan sebagainya. Aspek kedua adalah bagaimana harta itu dibelanjakan, sama ada untuk kebaikan ataupun untuk perkara-perkara yang dilarang Allah. Perkara ini dapat dilihat menerusi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan berganjak kedua-dua kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya pada apa ia dihabiskan, tentang usia mudanya pada apa digunakan dan tentang hartanya dari mana ia diperoleh dan bagaimana ia dibelanjakan dan tentang ilmunya pada apa ia diamalkan?”

Oleh itu, aspek utama yang perlu diambil kira di dalam perancangan kewangan Islam adalah memperoleh keberkatan. Harta yang melimpah ruah tidak membawa apa-apa erti jika tidak ada padanya keberkatan, malah harta boleh menjadi fitnah, boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak cukup sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuklah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.  Sebaliknya, harta yang berkat walaupun sedikit akan membawa ketenangan dan memberikan kesan yang baik dalam segenap kehidupan.

Keberkatan bermaksud mendapat restu, keredaan atau rahmat dari Allah SWT. Bagi mendapat keberkatan dan rahmat tersebut, sewajarnya kita mematuhi serta mentaati setiap perintah Allah. Namun keberkatan boleh hilang jika melakukan perkara yang menyalahi apa yang digariskan oleh Allah SWT seperti terlibat dengan riba dan melakukan dosa serta mengabaikan solat.

Kesimpulannya, untuk menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia kita perlulah mempunyai perancangan kewangan yang sempurna.

Selasa, November 13, 2012

home organizing = 5S

-frens sume yg view post ni, jom share link.. tinggalkan link frens kat ruangan comment ye, boleh saye singgah balik blog frens ^_^-

Skarang ni aku tgh gila ngn projek projek home organizing. Ahaha. Aritu gile blogwalk tgk deko rumah org. konon konon dah berjiwa interior design la pulak kan. Tapi satu hari tu masa aku blogwalk blogwalk kat home deco blogs tu, terserempak 1 blog ni pasal home organizing. Which for me ‘kepriorityannye’ *rosak bahasa belayu, marah Osman baku* is more than home deco deco bersama eric ni.. so aku pun start minat membaca dan terus membaca blog tersebut sampailah aku terpanggil nak blogkan jugak ape yg aku organize kan kat rumah ni pulak. Sharing is caring kan.. mana tau nnt ada yg dpt idea dan innovate idea tu untuk disesuaikan dgn keadaan rumah diorang pulak.. 

Home organizing ni kalau kena pada gayenye, tak payah kluarkan 1 sen duit pun. Just recycle segala mak nenek yg ada dlm umah korang tu. Kalau home deco salunye la, bukan semestinye ye, salunye, kene mengeluarkan sejumlah wang untuk merealisasikan impian deco tersebut *unless dpt free deco deco bersama eric la*

Ok. So sebagai permulaan,aku nk tulis apa yg aku fhm tentang maksud home organizing.

Home Organizing is 5S. ahaha. As simple as that but yet rather difficult to be implement. Macam 5S lah.
Kat kilang tu, bukannye senang nak implement 5S. nak ‘seiri’ aka sisihkan barang barang yg nak guna dengan barang yg tak guna punya org bukan blh buat mcm tu je. Nak kena consult dgn bos dulu, walaupun katekan bende ni dan tak blh timbang berat dgn betul, dah tak blh capture suhu dgn betul, tapi jgn sekali kali ko buang begitu sahaja. There are procedures to be adhered. Justification and review by dept head, fill in write off form and forward to operations manager for approval dan final approval by VP. Tah pape. Padahal nak buang bende yg dah sah sah rosak!

Lepas ‘seiri’, nak ‘seiton’ pulak. Susun bende bende yg ko dah pilih sbg bende baik dan tak kan dibuang tu. Susun ni nak kenelah pulak bertagging, bersempadanan, kalau tarik klua satu file, blh detect kalau file tu hilang, macam macam lah. Bende ni nak buat mula mula memang macam fed up dan menyampah jugak. Dan bila dah dibuat, nak maintain pun 1 perkara senang. Tapi biaselah, bende bende berdisiplin macam ni, sapa yg suka ye tak?

Last skali utk the 1st three steps yg salunye kite akan enforcedkan pd operator adalah ‘seiso’. Ieitu bersihkan. Lepas dah pilih mana nak guna mana nak buang, susun baik baik bagi sedap mata memandang, so kenalah bersihkan, as and when necessary. Dan berdasarkan pengalaman aku, S ke-3 nilah S yg paling senang nak suruh operator kilang buat, macam, “acik *kilang yg aku keje mase aku handle 5S dulu operatornye ramai makcik makcik*, ni kotor la cik. Kene bersihkan ni. Kang j*y*nth* lalu sini kang dia bising kang tgk kotor ni” aha macam tu lah serba sedikit dialognye. Ehe.

Antother 2 remaining S which is seiketsu and shitsuke tu ielah about standardization (jadikan ketiga  tiga S di atas tadi sbg sesuatu yg standard, ada step by step yg sama setiap kali nak buat, senang cite SOP la) and discipline ieitu sentiase amalkan ketiga tiga S tu.

Okeyh! Panjang sudah cite psl sejarah 5S yg mana aku anggap itu adelah slh 1 kunci kejayaan home organizing ni. As and when aku free, dan ada mood nak update psl my continuous home organizing project ni, aku akan update lah ye.

Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian yg sedikit ini.  =)

Ahad, November 11, 2012

karma! = padan muka...


Hari tu update blog pun terkocoh kocoh sbb mcm nak jugak update semasa hari birthday mengambil tempat kan. Tah pape.

So arini nak update blog dlm keadaan santai dan lebih relax sikit. Aku nak tulis pasal KARMA.

Ehehe.

Mase zaman U dulu, aku suke 1 indon band ni, nama band tu Cokelat. Suke sbb aku rase mase tu la, byk lagu lagu dia yg terkena kat batang hidung aku. Yelah zaman bercintan cintun ngn abg dulu la. Penuh ranjau katekan.. so salah 1 lagu dia mase tu yg aku suke jugak walaupun tak berapa nak best is KARMA.
Korang tau ape itu karma? Kalau tu ikut pemahaman aku yg sejak dah habis sekolah malas nak bukak kamus ni, adelah, balasan pada perbuatan ko, setimpal dan serves you right. Hehe. Mcm ‘buat baik di balas baik, buat jahat dibalas jahat  jangan sekali la’

Aku cuma nak bagi pendapat aku yg tak seberapa ni la.setinggi mana pun duduk letaknya kita dalam sesuatu organisasi, janganlah kita lupa pada rumput di Bumi. Cewah. Tapi yelah, sebab kekadang, langit yg tinggi tu tak selalunya cerah. Kalau kena bulan Oktober November Disember macam sekarang ni, memang selalu hujan turun. Walaupun kekadang renyai renyai je, tapi kalau renyai renyai tu berlarutan sampai 3 hari berturut turut dan kawasan kediaman ko tu pulak perparitan dan salirannye yang tak berapa nak dalam tu dipenuhi rumput, maka banjirlah jawabnya.

Kekadang kita macam sedih kalau superior kita tak memahami keadaan kita. Kita nak jadi wanita berkerjaya yg dalam masa yg sama tak mengabaikan tanggungjawab dan keperluan keluarga, tak kiralah samada keperluan anak anak atau keperluan suami sekalipun. Sekalipun suami kita tu seorang yg sememangnya sangat sangat boleh berdiri di atas kaki sendiri, tetapi sudah lumrahnya diorang ni kekadang nak kan perhatian dan diberi tumpuan dalam hal hal tertentu contoh demam. Memanglah dia boleh sendiri apply mc dan berehat di rumah, makan ubat sendiri ikut time, dan nak makan senduk sendiri apa yg kita dah masakkan untuk dia before kita pegi keje. Tapi bila kita empati dengan keadaan diroang, dan take the effort untuk ambik cuti dan jaga dia walaupun semua bende tu die boleh handle sendiri, mestilah dia sgt happy dan mungkin akan sembuh lebih cepat kan?

 Tapi kalau superior tak faham dan bila kita bagitau dia yg kita nak EL tp dia mcm seems to be tak suka dgn tindakan kita nak EL tu, kita akan rasa takut sedih kan? Kita text dia tapi dia tak reply… mesti kita cam ‘alamak, esok nak g keje, mcm mana nak hadap muka dia?’ kan.. dah la appraisal form review session dah nak dekat ni…. Huhu.

Susah. Sebab tak difahami.    

Jadi kalau taknak karma berlaku pada diri anda, janganlah buat kat orang bende yg anda rasa anda tak nak ienye terjadi pada anda ye..

Karma itu sgtlah pedih bila ko teringat yg apa yg ko alami tu ko penah buat pada orang lain. Unless ko tak terigt yg ko penah buat bende tu pd org lain so ko memang takkan rasa apape la… ehe.

Sabtu, November 03, 2012

3-series sudah

alhamdulillah arini genap usia aku 30 tahun... 30 tahun lepas, time2 camni jugak la dlm lepas asar camtu, mak aku bertarung nyawa meneran nak melahirkan aku. sedih bile terkenang. bukan sedih apa, sedih sbb kekadang aku mungkin dlm tak sedar masih ade membuat mak terkecik ati ngn sikap aku. sedangkan sakit melahirkan tu bukan calang calang punye sakit. aku dah merasa 2 kali. tu pun berbius. last last contract punye contract, bedah jugak akhirnye. tapi merase la sakit contraction tu sampai 10 jam for both delivery. mak dulu mana ada bius bius ni. huhu. tu cite 30 tahun lepas.

arini, aku dah pun menjadi mak beranak 2. 2 org anak dara yg comel comel yg beza umur selang setahun. dgn suami yg sentiasa ada di sisi aku ketika aku memerlukan. thanks abg for being the 1st person to wish me a birthday wish for these past 7 years. dan sentiase menjadikan aku seorang wanita yg berasa dirinya dihargai hari demi hari. sampai arini. genap usia aku 30 tahun.

=)

alhamdulillah aku dpt capai mostly apa yg aku targetkan untuk aku capai by umur aku 30. macam macam. tak perlulah aku list down kat sini sbb most of the targets are material things target. nanti korang baca menyampah pulak, macam nak takbur riak pulak. cukuplah aku je yg tau. dan aku bersyukur dan bangga dgn pencapaian diri aku ini, berkat izin Allah, dan doa suami, mak, abah dan orang orang sekeliling yg sayangkan aku. cuma 1 je lagi yg belum tercapai yg aku boleh reveal kat blog ni which is aku target nak pegi umrah before age 30. takpelah, teruskan berusaha dan dgn izin Allah, aku dapat capai target yg tu.