Skarang ni aku tgh gila ngn projek projek
home organizing. Ahaha. Aritu gile blogwalk tgk deko rumah org. konon konon dah
berjiwa interior design la pulak kan. Tapi satu hari tu masa aku blogwalk
blogwalk kat home deco blogs tu, terserempak 1 blog ni pasal home organizing.
Which for me ‘kepriorityannye’ *rosak bahasa belayu, marah Osman baku* is more
than home deco deco bersama eric ni.. so aku pun start minat membaca dan
terus membaca blog tersebut sampailah aku terpanggil nak blogkan jugak ape yg
aku organize kan kat rumah ni pulak. Sharing is caring kan.. mana tau nnt ada
yg dpt idea dan innovate idea tu untuk disesuaikan dgn keadaan rumah diorang
pulak..
Home organizing ni kalau kena pada gayenye,
tak payah kluarkan 1 sen duit pun. Just recycle segala mak nenek yg ada dlm
umah korang tu. Kalau home deco salunye la, bukan semestinye ye, salunye, kene
mengeluarkan sejumlah wang untuk merealisasikan impian deco tersebut *unless
dpt free deco deco bersama eric la*
Ok. So sebagai permulaan,aku nk tulis apa
yg aku fhm tentang maksud home organizing.
Home Organizing is 5S. ahaha. As simple as
that but yet rather difficult to be implement. Macam 5S lah.
Kat kilang tu, bukannye senang nak
implement 5S. nak ‘seiri’ aka
sisihkan barang barang yg nak guna dengan barang yg tak guna punya org
bukan blh buat mcm tu je. Nak kena consult dgn bos dulu, walaupun katekan bende
ni dan tak blh timbang berat dgn betul, dah tak blh capture suhu dgn betul,
tapi jgn sekali kali ko buang begitu sahaja. There are procedures to be
adhered. Justification and review by dept head, fill in write off form and
forward to operations manager for approval dan final approval by VP. Tah pape.
Padahal nak buang bende yg dah sah sah rosak!
Lepas ‘seiri’, nak ‘seiton’ pulak. Susun bende bende yg ko dah pilih sbg bende baik dan
tak kan dibuang tu. Susun ni nak kenelah pulak bertagging, bersempadanan, kalau
tarik klua satu file, blh detect kalau file tu hilang, macam macam lah. Bende
ni nak buat mula mula memang macam fed up dan menyampah jugak. Dan bila dah
dibuat, nak maintain pun 1 perkara senang. Tapi biaselah, bende bende
berdisiplin macam ni, sapa yg suka ye tak?
Last skali utk the 1st three
steps yg salunye kite akan enforcedkan pd operator adalah ‘seiso’. Ieitu bersihkan. Lepas dah pilih mana nak guna mana nak
buang, susun baik baik bagi sedap mata memandang, so kenalah bersihkan, as and
when necessary. Dan berdasarkan pengalaman aku, S ke-3 nilah S
yg paling senang nak suruh operator kilang buat, macam, “acik *kilang yg aku
keje mase aku handle 5S dulu operatornye ramai makcik makcik*, ni kotor la cik.
Kene bersihkan ni. Kang j*y*nth* lalu sini kang dia bising kang tgk kotor ni”
aha macam tu lah serba sedikit dialognye. Ehe.
Antother 2 remaining S which is seiketsu
and shitsuke tu ielah about standardization (jadikan ketiga tiga S di atas tadi sbg sesuatu yg standard,
ada step by step yg sama setiap kali nak buat, senang cite SOP la) and
discipline ieitu sentiase amalkan ketiga tiga S tu.
Okeyh! Panjang sudah cite psl sejarah 5S yg
mana aku anggap itu adelah slh 1 kunci kejayaan home organizing ni. As and when
aku free, dan ada mood nak update psl my continuous home organizing project ni,
aku akan update lah ye.
Semoga mendapat manfaat daripada
perkongsian yg sedikit ini. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan