Hari tu update blog pun terkocoh kocoh sbb
mcm nak jugak update semasa hari birthday mengambil tempat kan. Tah pape.
So arini nak update blog dlm keadaan santai
dan lebih relax sikit. Aku nak tulis pasal KARMA.
Ehehe.
Mase zaman U dulu, aku suke 1 indon band
ni, nama band tu Cokelat. Suke sbb aku rase mase tu la, byk lagu lagu dia yg
terkena kat batang hidung aku. Yelah zaman bercintan cintun ngn abg dulu la.
Penuh ranjau katekan.. so salah 1 lagu dia mase tu yg aku suke jugak walaupun
tak berapa nak best is KARMA.
Korang tau ape itu karma? Kalau tu ikut pemahaman aku yg sejak dah habis sekolah malas
nak bukak kamus ni, adelah, balasan pada
perbuatan ko, setimpal dan serves you right. Hehe. Mcm ‘buat baik di balas
baik, buat jahat dibalas jahat
jangan sekali la’
Aku cuma nak bagi pendapat aku yg tak
seberapa ni la.setinggi mana pun duduk letaknya kita dalam sesuatu organisasi,
janganlah kita lupa pada rumput di Bumi. Cewah. Tapi yelah, sebab kekadang,
langit yg tinggi tu tak selalunya cerah. Kalau kena bulan Oktober November
Disember macam sekarang ni, memang selalu hujan turun. Walaupun kekadang renyai
renyai je, tapi kalau renyai renyai tu berlarutan sampai 3 hari berturut turut
dan kawasan kediaman ko tu pulak perparitan dan salirannye yang tak berapa nak
dalam tu dipenuhi rumput, maka banjirlah jawabnya.
Kekadang kita macam sedih kalau superior
kita tak memahami keadaan kita. Kita nak jadi wanita berkerjaya yg dalam masa
yg sama tak mengabaikan tanggungjawab dan keperluan keluarga, tak kiralah
samada keperluan anak anak atau keperluan suami sekalipun. Sekalipun suami kita
tu seorang yg sememangnya sangat sangat boleh berdiri di atas kaki sendiri,
tetapi sudah lumrahnya diorang ni kekadang nak kan perhatian dan diberi tumpuan
dalam hal hal tertentu contoh demam. Memanglah dia boleh sendiri apply mc dan
berehat di rumah, makan ubat sendiri ikut time, dan nak makan senduk sendiri
apa yg kita dah masakkan untuk dia before kita pegi keje. Tapi bila kita empati
dengan keadaan diroang, dan take the effort untuk ambik cuti dan jaga dia
walaupun semua bende tu die boleh handle sendiri, mestilah dia sgt happy dan
mungkin akan sembuh lebih cepat kan?
Tapi
kalau superior tak faham dan bila kita bagitau dia yg kita nak EL tp dia mcm
seems to be tak suka dgn tindakan kita nak EL tu, kita akan rasa takut
sedih kan? Kita text dia tapi dia tak reply… mesti kita cam ‘alamak, esok nak g
keje, mcm mana nak hadap muka dia?’ kan.. dah la appraisal form review session
dah nak dekat ni…. Huhu.
Susah. Sebab tak
difahami.
Jadi kalau taknak karma berlaku pada diri
anda, janganlah buat kat orang bende yg anda rasa anda tak nak ienye terjadi
pada anda ye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan