Khamis, November 05, 2015

Girls will always be Girls :)

Assalamualaikum dunia :)

Igt lagi mase skolah menengah dulu, mase lower form, English Teacher aku salu kate - Boys will always be Boys. Mase tu aku mcm tak berapa faham kenape dia cakap mcm tu. Cuma aku dpt kaitkan ayat tu mcm ade unsur2 frust terhadap lelaki jadi sebab tu lah English Teacher aku tu masih Miss mase tu walaupun dia dah agak berusia. Hohoho

Ehh ape da aku mengarut. 

Sebenarnya aku terigt ayat feveret English Teacher aku tu bila aku nak kata yg Girls will always be Girls kat anak2 aku ni. Macam mane lasak pon deme mase kecik, bila menjangkau umo 4 ke 5 tahun macam ni, automatically deme ni jadi girly gitu.

Baju nak pakai skirt2 & gown2 je, T-shirt and pants mmg dah tak berapa nak pakai dah. Kakadag tu bila suh pakai, meraung2 nak skirt. Jenuh pulak nak beli skirt lagi. 

Girls will always be Girls. Macam anak2 aku ni. Hihihi.







Ahad, November 01, 2015

Kakak's First Colouring Contest - we are back on blogging track! :p

Assalamualaikum dunia :)

Dah 2 tahun blog ni menyepi daripada sebarang post. Aku lebih banyak post kat BlogBiz aku. Kesian blog personal ni bersawang tak berlogin, apatah lagi berupdate. 

Bayangakn sejak aku blom pregnant, sampai skrg anak yg kecik tu dah setahun setengah, haha baru aku buat next post. Ish ish ish tak patutttt :p

Ok kali ni aku nak update gambo2 anak sulung aku aka Kakak menyertai her 1st colouring contest. Held in Giant Pport Klang somewhere in Aug haritu. Kul 11suku pagi kami dah tercongok kat ruang legar depan Exit area tu. Eh tapi walaupun masih awal, ada je org shopping kat Giant tu eh. Awal betoi deme ni shopping :p

Actually saja je aku bawak Kakak participate dlm pertandingan mewarna ni, nak bagi dia pendedahan tentang menyertai pertandingan2 mcm ni. Apa do's & dont's bila kita menyertai pertandingan2 sebegini.


dgn Adik

mula2 start mewarna, duduk tegak lagi

support Kakak! we love u! :)

Baby yg susah nak dicontrol. dia pon nak mewarna jugok!

Antara yg aku nak ajar Kakak adelah :

1. Berani mencuba. Ramai bebudak yg xde keyakinan nak masuk pertandingan walaupun sesimple2 pertandingan.

2. Sabar. Penat kot mewarna atas lantai. jadi kena banyak bersabar huhuhu

3. Yakin. Walaupun warna terkeluar2 tapi yakin yg Kakak boleh warna sampai habis.

4. Jangan putus asa. Walaupun tak menang, aku ckp kat Kakak at least Kakak dah cuba yg terbaik. Budak yg menang tu aku ckp kat Kakak, mungkin ini adelah pertandingan mewarna dia yg ke-20 kali dia entered. Haha tu aku bg contoh je sebab Kakak quite sedih dan gloomy mase pengumuman pemenang tu berakhir dgn dia tak dpt top 5. So aku ckp mungkin Kakak dpt tempat ke-6 kot, tapi diorang tak umum, Hehe tipu sunat :p

Adik setia temankan Kakak

sempat lagi bergambo

Okeyh dah start meniarap sebab Kakak kate tengkuk dia dah sakit

Hampir siap! Kemas jugak Kakak warna and I am proud of you Kakak! :)

Doorgift yg Kakak dapat utk pertandingan ni adelah tabung tin by Drypers & pensel warna jenama Flamingo. 

Okeyh we enjoy it and insyaAllah lepas ni ada pertandingan mewarna lagi, aku akan bawak Kakak lagi & maybe Adik pon akan join skali. :)