Isnin, Ogos 10, 2009

27 dah mati... i am scared..

semakin ari semakin takut rasenye dgn kematian akibat bala akhir zaman ni.. entahla.. tp takut2 pun maghin sempat lagi aku n abg g jenjalan kat Mahkota Parade dengan tak pakai mask nye.. huhuhu =p tapi apekan daye.. aku terpakse pegi gak MP tu.. nak cari baju kurung utk dinner opiz lame abg tu.. sebaek sahaje jumpe baju yg berkenan di jiwe [i love the baju coz i love the wrist style, mekacih abg! mmmuahhhh!!! =)], aku n abg terus bergegas keluar dr crowded area tu..

kat MP maghin ramai gak yg ade awareness nak pakai mask.. ca ya nun alif pun ramai gak yg pakey.. berbeze dgn ca ya nun alif kat opiz aku ni.. pekerja kedey pon ramai yg pakai tapi ape yg aku perhatikan, deme pakai-bukak la.. letak kat dagu.. pastu bile communicate dgn kasteme, deme bukak.. bukan ke bile communicate terutame dengan org yg tak dikenali dlm jarak kurang dr 1 m @ 3 kaki, lagi la kite kene pakai mask?

minah kedey tempat aku beli tudung yuna =p tu pun, bile communicate dgn aku, die bukak plak mask yg awalnye die pakai.. ohohoh.. mungkin die rase communicate dgn malay takpe kot instead of dgn ca ya nun alif.. hmmm...

kat bawah ni aku paparkan kronologi 10 kematian pertame akibat H1N1 yang mane telah mengorbankan 27 nyawa as to this morning (sumber sini)..

Kes Kematian pertama (22 Julai 2009)
Kuala Lumpur
Pesakit warga Indonesia berusia 30 tahun mati di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur jam 11.50 pagi. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata punca sebenar kematian pesakit terbabit yang juga seorang pelajar masih belum diketahui tetapi siasatan awal mendapati ia disebabkan kadar denyutan jantung tidak terkawal.

Kes Kematian kedua (26 Julai 2009)
Kuala Lumpur

Seorang lelaki warga Malaysia berumur 46 tahun yang bekerja di Belgium mati akibat Influenza A(H1N1) tengah hari Ahad, 26 Julai 2009. Mangsa dilaporkan mati akibat “pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut” selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Mohd Ismail Merican, lelaki itu telah berada di Malaysia pada 4 Julai lepas.
“Pada mulanya beliau sihat sehingga beliau bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai 2009 dan telah mula mengalami demam serta batuk. “Sekembali dari Langkawi, beliau telah mendapat rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai 2009. Pemeriksaan x-ray dada telah menunjukkan beliau mengalami pneumonia,” katanya dalam satu kenyataan. Dr Mohd Ismail berkata, kes lelaki itu kemudian dirujuk ke hospital swasta di Subang Jaya pada 19 Julai dan beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi. Beliau berkata ujian sampel tekak telah dibuat pada 22 Julai dan Institut Penyelidikan Perubatan mengesahkan lelaki itu positif influenza A(H1N1) sehari selepas itu. “Kes tersebut yang telah mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 26 Julai 2009 jam 12.35 tengah hari, dan penyebab kematian dicatatkan sebagai pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut setelah tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi hospital swasta berkenaan,” katanya.

Kes Kematian ketiga (27 Julai 2009)
Kuala Lumpur

Seorang lelaki berumur 42 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1)
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mangsa disahkan menghidap Influenza A pada Khamis lalu,23 Julai 2009. “Mangsa yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang disebabkan radang paru-paru serius termasuk kegagalan fungsi beberapa organ selepas 10 hari dirawat,” katanya.
Menurutnya, mangsa dilaporkan tidak sihat sejak 6 Julai lalu dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar di beberapa klinik dan hospital swasta. “Lelaki itu dimasukkan wad di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu kerana kritikal dan kemudian hasil diagnosi menunjukkan mangsa menghidap radang paru-paru. Mangsa juga dikesan menghidap Diabetes Mellitus. “Pada 19 Julai lalu, mangsa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator). Ujian sampel tekak diambil pada 22 Julai lalu dan mangsa disahkan positif H1N1 sehari selepas itu,” katanya.

Kes Kematian keempat (28 Julai 2009)
Putrajaya

Seorang wanita rakyat tempatan berusia 20 tahun meninggal dunia pagi Selasa akibat jangkitan Influenza A (H1N1), menjadikan angka kematian di negara ini meningkat kepada empat orang dan disifatkan oleh pihak berkuasa kesihatan sebagai membimbangkan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata wanita yang berbadan besar itu meninggal dunia di Hospital Melaka disebabkan oleh pneumonia teruk yang dijangkiti daripada persekitaran, dan sampel tekak yang diambil pada hari yang sama mengesahkan beliau dijangkiti Influenza A (H1N1). “Pesakit telah mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai lalu, dan walaupun gejala demam dan batuk bertambah teruk, beliau hanya pergi mendapat rawatan selepas sakit semalam di Hospital Melaka di mana x-ray dada menunjukkan beliau mengalami pneumonia.
“Pada 8.30 malam hari yang sama kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru sebelum meninggal dunia jam 9.40 pagi semalam,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Kes Kematian kelima (31 Julai 2009)
Bagan Serai, Perak

Kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Kerian, Perak. Ujian daripada sampel kahak yang diambil semasa bedah siasat, yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur mendapati positif untuk virus influenza A(H1N1). Mengikut maklumat yang diperolehi, kanak-kanak ini telah mula sakit pada 27 Julai 2009 tetapi tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan pernafasan. Beliau telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik swasta pada hari tersebut. Pada malam 28 Julai 2009, beliau telah mengadu sesak nafas dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Perak pada pagi keesokannya iaitu 29 Julai 2009. Pemeriksaan yang dibuat menunjukkan bahawa keadaan beliau adalah stabil, tidak sesak nafas, tiada cyanosis dan beliau telah diberikan rawatan pesakit luar dengan antibiotik dan ubat batuk. Pada 31 Julai 2009, jam 3.00 pagi, beliau telah mengalami sesak nafas dan batuk secara tiba-tiba. Pada jam 5.00 pagi semasa pemeriksaan di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Perak, didapati pesakit demam dengan suhu 39○C, cyanosis dan mengalami kesukaran bernafas. Semasa pemeriksaan, pesakit secara tiba-tiba tidak sedar diri dan diberikan bantuan kecemasan serta resusitasi tetapi gagal diselamatkan. Pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 pagi di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Perak. Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Alor Star pada 31 Julai 2009 dan mendapati terdapat tanda-tanda radang paruparu teruk (severe pneumonic changes).

Kes Kematian keenam (2 Ogos 2009)
Johor

Budak lelaki berumur 11 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 29 Julai 2009 dengan symptom demam selama 1 hari. Tiada simptom batuk dan lain-lain tanda-tanda gangguan pernafasan. Semasa dalam rawatan keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pada 30 Julai 2009. Hasil pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 11.00 pagi 1 Ogos 2009. Akibat komplikasi jangkitan pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30pagi 2 Ogos 2009 semasa dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi.

Kes Kematian ketujuh (3 Ogos 2009)
Miri, Sarawak

Wanita berusia 23 tahun yang telah disahkan mendapat jangkitan influenza A(H1N1) sejak 23 Julai 2009 dan disebabkan komplikasi pada paru-paru beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Miri sejak 22 Julai 2009 sehingga hari kematian pada 4 pagi 3 Ogos 2009. Sejarah asalnya, pesakit ini telah bersalin di Hospital Miri pada 21 Julai 2009. Selepas bersalin, beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk dan disahkan menghidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 23 Julai 2009. Simptom utama beliau adalah demam dan batuk yang telah bermula sejak 4 hari sebelum bersalin. Bayi pesakit didapati selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan influenza A(H1N1). Akibat komplikasi jangkitan yang teruk pada paru¬paru, pesakit telah berada di Unit Rawatan Rapi hospital sehinggalah kematiannya pada jam 4.00 pagi, 3 Ogos 2009. Penyebab kematian direkodkan sebagai pneumonia due to influenza A(H1N1) infection.

Kes Kematian kelapan (3 Ogos 2009)
Selangor

Penyakit Influenza A (H1N1) meragut korban lapan, membabitkan seorang guru yang berusia 51 tahun dari Kuala Selangor.Guru berkenaan meninggal dunia semalam. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai lalu. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mangsa yang mengalami radang paru-paru yang teruk akibat H1N1, meninggalkan dunia jam 11 malam tadi. Mangsa pada mulanya mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 27 Julai dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 30 Julai.
Mangsa semakin teruk dan dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Seremban malam sebelumnya.

Kes Kematian kesembilan (3 Ogos 2009)
Melaka

Kes adalah seorang budak perempuan berumur 3 tahun yang mempunyai sejarah jangkitan saluran pernafasan kronik. Kes dimasukkan ke Hospital Melaka pada 31 Julai 2009 dengan gejala demam dan batuk pada 25 Julai 2009. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada jam 6.19 petang 2 Ogos 2009 dan meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 4.30 petang dengan diagnosa jangkitan virus influenza A(H1N1) dengan severe pneumonia. Sebelum dimasukkan ke Hospital Melaka, kes telah mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik swasta dan dimasukkan ke hospital swasta pada 30 Julai 2009, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka sehari kemudian kerana mengalami jangkitan radang paru-paru teruk (severe pneumonia).

Kes Kematian kesepuluh (3 Ogos 2009)
Malaka

Kes adalah seorang budak lelaki berumur 12 tahun dengan kegagalan buah pinggang kronik dan sedang menjalani rawatan dialisis. Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 3 Ogos 2009 dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 1 Ogos 2009. Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 2 petang disebabkan jangkitan pneumonia teruk. Kes disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam 5.50 petang.

dan arini ade lagi satu makhluk yg tak aware kat opis aku ni..
tadi sorang amoi ni yg juge seorang pregnant woman telah dtg ke opis aku utk gune scanner.. and below was our conversation :

dia : eh apesal moi? (sambil membuat gaya org pakai mask) u kena virus ke?
aku : tak la. i tak kena tapi i takut la.
dia : apesal? (muke sgt pelik, pelik sgt2, sgt2 pelik tahap gaban)
aku : (diam je..)

aku pulak yg jadi lagi pelik ni.. dia pun pregnant jugak.. dah nak masuk 8 bulan lagi.. boleh plak die tanye aku nape aku pakai mask.. sedangkan ini kan normal prevention utk low immunity grup..

aduhaiii... tak faham teman....

='''c

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers