Selasa, April 07, 2009

keliru

~damai yg menghilangkan kekeliruan..besnye kalo dpt tinggey kat tmpt camneh...tp kurang pembangunan la kot...~


Keliru sering berlaku dalam kehidupan manusia sehari-harian. Keliru boleh terjadi pada bila-bila masa, di mana jua, dalam apa jua keadaannya. Di sini saya akan cuba merungkaikan contoh-contoh apa yg dipanggil keliru dlm situasi di tempat kerja, di jalan raya dan di dalam pilihanraya.

Di tempat kerja, kita kadang-kala (nota : 'kadang-kala' boleh ditukar kepada 'sering' untuk sesetengah orang, mengikut citarasa masing-masing =p) keliru dengan arahan ketua atau lebih mesra dipanggil bos. Sebagai contoh, pada pukul 8.00am, bos kita mengeluarkan arahan seperti berikut :

Bos wanita bermata bulat : M (aku), since N (nama sebenar) is on leave today, so u handle his task to audit production section.

M (aku) : (terkebil-kebil memandang SOP & WI untuk bahagian production yang tebal keseluruhannya lebih seratus muka surat), terus keluar dari bilik bos kerana malas hendak argue dan balik ke mejanya untuk meneruskan persiapan senarai semak untuk audit training yang akan bermula pukul 10am.

Sebaik sahaja bermulanya audit training, External Trainer berkepala botak itu memulakan sesi dgn ucapan alu-aluannya dan refresh untuk jadual tugasan audit setiap peserta training. Berikut adalah dialog di dalam sesi refresh tersebut :

Trainer : Since M (aku) is joining today's training (previously M couldnt join the training due to the training scheduled on other date which that particular date she already applied for leave), so I think we should put her name in one of the Audit Group.

Bos wanita bermata bulat : O ya lah. I think.... (lama berfikir, kurang lebih 7 saat), we should put her to assist observers in Group 2.

M (aku) : (mula membuat muka keliru)

Trainer : OK, in that case M u will be assisting J (nama sebenar) la. Is it OK to u??

M (aku) : (senyum dan mengangguk-anggukkan kepala sahaja, sambil memandang jam yang baru sahaja menunjukkan pukul 10.15am. senyum sahaja sebab dah sedar yg sebenarnya bos wanita bermata bulat itu yg sedang terkeliru)

Arahan yang dikeluarkan oleh bos wanita bermata bulat pada pukul 8.00am tadi seolah-olahnya tidak pernah terkeluar dari mulutnya yang suka cakap lepas itu. M terus rasa bengang kerana persediaan yang telah dibuat dr pagi tadi seolah-olah gone with the wind. M terus terdetik di dalam hatinya 'kenapalah aku dapat bos pompoan yang salu keliru cam neh?' M bengang kerana seolah-olah persiapan yang dilakukannya pagi tadi tidak berbaloi tetapi kendian dia menghela nafas lega kerana setidak-tidaknya kekeliruan bos wanita bermata bulat itu membolehkan dia escape task untuk training report preparation.. huhu.. =p

Itu hanyalah merupakan satu daripada kekeliruan yg berlaku pada bos wanita bermata bulat semasa sesi training tersebut. Satu lagi contoh kekeliruan yg dialami oleh bos wanita bermata bulat tersebut adalah semasa secara rambangnya memeriksa jumlah peserta training pd hari tersebut. Ketika itu External Trainer berkepala botak tersebut sedang mengira-ngira jumlah peserta yg memasuki bilik training selepas kami berhenti rehat seketika untuk santapan di tengah rembang. Dengan tak semena-mena dia berkata :

Bos wanita bermata bulat : Eh, where is A (nama sebenar) aa??
Narator : A adalah peserta kursus untuk sistem keselamatan pekerja sedangkan kursus yg sedang kami hadiri pd masa itu adalah kursus keselamatan produk.

L (nama sebenar) : A was not part of the team.

M (aku) : A is team member for the other system only, she doesnt even listed as part of this team, if according to ur email laa...

Bos wanita bermata bulat : Oh ya ya! Forgotten!!

M (aku) : (kasihannya.. konpius lagi la tu) sambil memandang N (nama sebenar) yang juga sering bengang dengan kekeliruan bos wanita bermata bulat yg natijahnya akan menyusahkan kami bila penyakit kelirunya itu muncul.

Bos wanita bermata bulat : (buat muka selamba tak malu)

Demikianlah contoh kekeliruan di tempat kerja yg sering terjadi dalam masyarakat kita. Peratus kekeliruan tersebut akan lebih tinggi jika :
  • bekerja terlalu lama (ie: melebihi 15 tahun) di sesebuah organisasi atau jabatan

  • menjawat jawatan yg jarang dijawat oleh kaum sebangsanya sehingga menimbulkan rasa ria', takabbur lagi eksi

atau lebih mudah ditafsirkan melalui gambarajah seperti berikott... :

=ppp

Keliru juga boleh berlaku semasa kita sedang memandu. Situasi yang dikategorikan sebagai keliru adalah apabila kita yg sedang memandu Myvi, melihat pemandu kenderaan (boleh jadi kenderaan itu adalah bas, kereta, lori, van, 4WD dan sebagainya) memberi isyarat membelok untuk masuk ke lane kita, maka kita dengan baik hatinya memberi ruang untuk kenderaan tersebut menukar lane. Kita memperlahankan kenderaan kita dan menanti kenderaan tersebut yg masih menyala lampu signalnya untuk masuk ke lane kita tetapi apa yg berlaku, kenderaan tersebut tidak pun menukar lane malahan bila dipandang pemandunya, dia hanya membuat muka selamba sahaja. Keliru bukan dengan situasi ini?

Adakah indicator lampu signal di dalam kenderaannya itu telah rosak maka dia tidak tahu yg signalnya sedang menyala? Ataupun adakah dia baru sahaja mendapat lesen memandu dan tidak berasa yakin bahawa ruang selebar 4 meter itu boleh memuatkan bukan sahaja kenderaan kecil seperti kancil (ini cuma contoh sahaja) malahan lori pick-up dan mungkin juga kontena 20footer?? Bukankah keliru namanya itu?? Maka dalam situasi ini, siapakah yg sebenarnya telah terkeliru? Pemandu kancil tersebut (contoh) atau pemandu Myvi yang baik hati tadi (yg ini benar, bukan contoh)???

Keliru juga boleh berlaku apabila musim pilihanraya telah tiba terutama sekali ketika tiba musim pilihanraya kecil atau nama ringkasnya PRK yg jika tersilap pandang kelihatannya seperti PKR. Sebelum pilihanraya bermula yakni ketika kempen pilihanraya, begitu ramai ahli tonggak daripada parti tonggak yg memonopoli 70% pentadbiran negara mengatakan bahawasanya mereka mampu dan yakin akan dapat memenangi kerusi yg ditandingi dalam PRK tersebut. Mereka yakin rakyat telah menerima permohonan restu mereka, telah sedar akan kekhilafan yg dibuat pada pilihanraya umum lalu yg mana pilihan yg salah telah mengakibatkan kawasan pentadbiran tersebut tidak mendapat faedah pembangunan yg sewajarnya yg dikatakan berpunca daripada ketidakcekapan pentadbiran pihak yg telah memenangi kerusi tersebut. Maka pada PRK ini rakyat haruslah memberi pelUANG & rUANG kepada parti tonggak ini untuk menang sebagai balasan setimpal ke atas UANG yg telah dilaburkan bagi memohon restu rakyat.

Tetapi, sebaik sahaja keputusan PRK diumumkan dan sebagaimana semua org sedia maklum, parti bukan tonggak yg memenangi kerusi tersebut, jawapan daripada ahli-ahli major parti tonggak tersebut adalah : 'Kita telah mengjangkakan keputusan ini' . Keliru bukan?? Jika telah mengjangkakan, mengapa begitu yakin berbicara sebelum itu? Jika sudah mengjangkakan, mengapa membazir UANG rakyat untuk berkempen di sana sini sebelum itu? Keliru kan kan?

Demikianlah yg dapat dikupas serba sedikit tentang definisi keliru berdasarkan situasi & keadaan yakni di tempat kerja, di jalanraya juga di dalam pilihanraya. Sehingga kini, tiadalah lagi dapat difikirkan dapatkah keliru ditafsirkan dengan apa-apa situasi yg baik lagi berfaedah.

huuu~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers