Semalam aku ada presentasi Improvement Project (nama yg poyo terlebih) yg mana ia merupakan salah satu daripada elemen dalam pensijilan ISO yg diperoleh syarikat aku bekerja. Aku merasakan kemalasan di tahap maksima sejak mula aku hendak memanggil ahli kumpulan membuat perbincangan Memetir Otak (Brain Storming) hinggalah semasa hendak menyiapkan slide utk presentasi tersebut. Entah kenapa sedangkan sebelum ini aku tidak begitu (cewah) kerana aku dapat merasakan setiap kali aku mendapat tugasan yg memerlukan aku membuat pembentangan beserta slide, maka aku akan dengan terujanya menyukai tugasan tersebut. Ini bukanlah bermakna aku seorang yg sgt suka menonjolkan diri (extrovert) tetapi kerana aku memang suka bercakap dan bercerita ceriti di khalayak apabila ada fakta yg sesuai (boleh jadi politikuskah aku ini?). Aku dapat merasakan hormone adrenalin akan melonjak naik ke paras maksimum bila aku melakukan aktiviti ini.
Presentasi tersebut diadili oleh tiga juri tetap di kilang ini, iaitu : Tuan Edrie Choy (nama separa sebenar) selaku ketua juri, Puan Jaytijah Ibrahim (nama separa sebenar) & Encik Adlin Aman Heng (nama separa sebenar). Ini adalah juri tetap kami di sini di mana apa-apa projek sekalipun, inilah pengkritik tetap kami. Mereka ini telah berada di sini lebih lima belas tahun lamanya kecuali Edrie Choy yg baru sahaja hampir 6 bulan berada di sini (mungkin belum confirm lagi barangkali).
Sedikit imbasan tentang juri-juri tetap ini :
Edrie Choy merupakan ketua juri merangkap ketua umum kilang yg baru memulakan tugas di sini selepas berhenti kerja dari kilang kicap. Dia agak gentleman orangnya dan tidak banyak menyusahkan pekerja termasuklah aku (contoh tidak menyusahkan pekerja adalah seperti : sekiranya ada tetamu atau pembekal yg datang dan melakukan perbincangan di pejabatnya, dia akan dengan sendirinya mengambil air mineral di pantry mini untuk tetamu-tetamunya). Dia juga kerap memberikan contoh-contoh yg jelas berkenaan isu-isu yg dibangkitkan, contohnya memberi penjelasan bergambar supaya pamahaman dapat diserap lebih baik.
Jaytijah Ibrahim adalah ketua bahagian periksa & komplen. Sesuai dengan nama bahagiannya, dia adalah seorang yg sgt cerewet dan mengharapkan sesuatu yg tinggi (high expectation) daripada org bawahannya termasuklah aku. Bertentangan dengan Edrie Choy, Jaytijah Ibrahim agak kerap menyusahkan pekerja dgn perkara-perkara remeh (seperti : perkara berlawanan daripada contoh yg diberikan di atas). Namun begitu, dia sgt tidak berkira dari segi memberi kelulusan cuti (satu-satunya perkara tentangnya yg positif pada padangan mata aku).
Adlin Aman Heng adalah ketua bahagian pembuatan. Dia pada tanggapan pertama (1st impression is always important) aku semasa mula-mula melapor diri di kilang ini lewat 2.5 tahun yg lalu adalah ibarat Pua Chu Kang. Itu adalah berdasarkan raut wajah dan gaya percakapannya sahaja kerana pada waktu itu aku masih belum mengetahui cara kerjanya. Tetapi selepas 2.5 tahun bekerja dengannya, aku dapati dia ini memanglah seperti Pua Chu Kang dari Singapura itu. Banyak bercakap tapi tak pandai buat kerja. Banyak komplen tapi tak pandai bagi idea penambahbaikan. Banyak tak tahu daripada tahu!
Hmmm…
Aku mendapat giliran kedua semasa mesyuarat pembentangan projek tersebut dan aku sangat tidak kisah aku perlu membentangkan projek itu dahulu atau kemudian kerana cuma ada 2 kumpulan sahaja yg akan melakukan pembentangan. Ini adalah kerana kumpulan ketiga telah kehilangan ketua di mana Kueh Kuay (nama separa benar) telah meletakkan surat perletakan jawatan beberapa minggu yg lalu dan keadaan kumpulannya sekarang terumbang-ambing ibarat anak kucing kehilangan ibu yg sebelum ini pun sering mengular.
Aku melakukan pembentangan seperti biasa dengan suara ala-ala Yuna si penyanyi Indie itu dan bahasa badan ala-ala pesakit tulang belakang. Aku dapat merasakan mood untuk melakukan presentasi langsung TIADA! SIFAR! NIL! Yg ada cumalah rasa bosan. Entah kenapa..Hinggalah pada peringkat slide ke-14, aku mula merasakan yg presentasi tersbut memang akan berakhir dengan suatu perkara yg sungguh akan menyayatkan hati kecilku.
Menyayatkan hati bukan kerana aku gagap ketika tangan asyik mengklik tetikus. Bukan juga kerana slide yg aku yg ke-15 rosak atau dijangkiti virus. Bukan juga kerana ahli kumpulanku tidak hadir dlm mesyuarat pembentangan presentasi tersebut. Tetapi kerana aku perlu MENUKAR TAJUK PROJEK selepas 2 bulan berlalu dan lebih membuatkan aku rasa mual dan hendak mengeluarkan muntah hijauoren adalah kerana org-org yg bertanggungjawab menyuruh aku menukar tajuk adalah org-org yg asalnya telah memikirkan tajuk yg selayaknya diberikan kepada aku dan seterusnya menganugerahi aku tajuk tersebut secara rasminya pada 3 Mac 09 yang lalu. Aku berasa sgt bengang & menyampah dan seperti ingin menghempaskan sahaja laptop Jaytijah Ibrahim yg sedang aku ketuk2 papan kekuncinya itu.
Hingga sekarang rasa bengang & menyampah itu masih ada. Aku berasa seperti ingin sahaja mengikut jejak langkah Kueh Kuay yg aku benci sebab suka mengular itu. Biar projek ini tergantung! Biar ketiga-tiga juri tetap tadi kelam kabut! Biar KRA mereka pun sangkut!
Tapi aku perlu memikirkan masa depan.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan