Selasa, Mei 05, 2009

celcom customer careline (ccc) - episod 1

~ .,.gambaran awal tentang ceritera yg akan aku ceriterakan di bawah ini.,. sangat berkait rapat dengan siput babi huhuhu.,.~


Salam all,

Aku ingin menceriterakan pengalaman aku berurusan dengan pihak Celcom Customer Careline yg sangat tidak care dengan masalah penggunanya ini. Aku akan menceriterakan satu persatu perkara yg berlaku antara aku dan celcom. Aku tidak takut hendak berceritera kerana aku bukan mengada-adakan ceritera, jauh sekali hendak mengada-ada. Tambahan pula setiap inci perbualan telah dirakam oleh pihak Celcom dengan tujuan 'penambahbaikan dan bagi memberi latihan kepada pegawai khidmat pelanggan Celcom!' Petuiii!!! Pegawai sangatttt....

Sebenarnya peristiwa ini telah hampir seminggu lebih berlalu tetapi oleh kerana tuntutan tanggungjawab yg maha banyak (ecehh!), maka tidaklah dapat aku menulis di dalam blog ini tentang Celcom atau lebih tepatnya tentang Celcom Customer Careline. Aku sangat geram hingga terasa tegang urat leher pada ketika itu. Keberapian aku berada pada tahap biru (api biru lebih panas dr api kuning mengikut kata guru sains aku semasa di tingkatan 3, terima kasih puan mohan kerana mengajar dengan baik. saya masih boleh igt tentang api itu hingga hari ini =p) dan getaran tangan aku pula berada pada tahap 63getaran/saat. Haih!!

Aku telah membeli satu ketul modem buat membolehkan aku berhubung dengan dunia jalurlebar tajaan Celcom yg luas terbentang di luar sana. Modem yg aku beli itu berjenama Huawei, dan apabila 'diinstall' ia berkomponenkan Mobile Partner. Suami aku telah berjaya 'menginstall' benda alah tersebut pada keesokan hari kami membelinya iatu pada 20 April 2009. Aku sangat gembira kerana kini dunia cuma dihujung jari sahaja! (poyo jek cam bagus..). Aku berasa sangat teruja kerana akan dapat mengakses internet di mana sahaja aku berada (ayat klise iklan tv). Aku bakal menjadi salah seorang di antara warga bermaklumat di Malaysia ini!! 'Internet bergeghak nama diaa' bak kata mami jarum..

Setelah mengikuti segala promp command yg diberikan oleh Mobile Partner, aku yakin telah 'menginstall' selengkapnya aplikasi ketul modem tersebut ke dalam laptop. Malangnya aku masih belum dapat mengakses internet tersebut. Aku jadi bingung. Kepala jadi pusing. Mata jadi juling. Lalu aku menghubungi pihak Customer Careline Celcom. Dan berikut adalah perbualan pertama aku dan pihak Celcom :

CCC : Selamat malam (aku call dlm kurang lebih pukul 10pm), dot dot dot (lupa nama dia) sedia membantu. Boleh saya tolong cik?
hijauoren : ni saya nak tanya la kenapa Brodben saya tak leh detect line aa? (soalan yg sangat lurus aku rasakan)
CCC : Ok boleh saya buat pengesahan panggilan cik dulu? (sgt mengikut prosedur). Cik buat panggilan dari nombor 019 dot dot dot dot dot dot dot.
hijauoren : a'a betul.
CCC : Jadi apa masalah cik tu?
hijauoren : camni, saya baru beli brodben modem tapi sampai skang die takleh detect line internet la..
CCC : boleh saya dapatkan nombor talian brodben tu?
hijauoren : alamak saya tak tau la. tp saya boleh bagi nombor i/c hasben saya sbb register under nama dia, boleh kan trace dr situ?
CCC : baiklah cik, sila bagi no i/c hasben cik..
bagi no i/c
hijauoren : tp kan cik, sebelum ni pon saya ada beli brodben tp dh kene curi (aku sentiase menyumpah pencuri tu mati kena langgar treler 40 footer) so kalau dlm data tu supposedly ada 2 account brodben under nama hasben saya tu..
CCC : oo, ok. tp kat sini ada line cik yg first tu je.. register bulan 3 kan?
hijauoren : a'a. yg kedua takde ye cik?
CCC : takde. cik beli kat dealer kita ke atau kat Celcom Center?
hijauoren : mm saya pun tak pasti la. sbb saya beli ni kat PC fair..
CCC : oo kalau beli kat PC fair memang selalunya akan ambik masa 3 hari baru akan masuk registration cik (suara confident). sbb kita depends pd dealer tu, bila dia dh registerkan, kita akan terus update dlm sistem.
hijauoren : laa yeke.. [aku terus percaya membabi-buta dan mula menyumpah-seranah budak Zhen (nama sebenar) dealer Celcom di PC fair itu]. okeh takpe la, time kaseh ye cik ye.. (budi bahasa budaya kita =p)

Aku terus menelefon budak Zhen tu dan dia tidak menjawab panggilan aku pd waktu itu. Aku kemudian turut mencuba menelefon kedainya tetapi berbunyi seolahnya nombor itu tiada dalam perkhidmatan. Aku jadi semakin cuak. Takkan kena tipu? Tapi apabila aku tengok resit cikainya itu, dengan tiada nama syarikat tertera pada resit tersebut, aku jadi semakin cuak. Cuaker!! Oh..

Akhirnya pada keesokan petangnya, aku berjaya menembusi talian mudah alih budak Zhen itu. Berikut ialah perbualan aku dan Zhen :

Aku : Hello! Itu Zhen ka?
Zhen : Ya ya ya (ya ya aku lempang skali kang)
Aku : Ini saya yg beli itu brodben modem sama u Ahad lepas la (macam aku sorang je customer dia =p) saya mau tanya la apa pasal itu line belum register lagi. saya tanya itu org Celcom aa dia kasi tau belum register.
Zhen : Saya sudah register loo.. saya mana tau. (jawapan ala2 Kongsi Gelap Hai San)
Aku : Aiya u mana boleh kasi itu macam punya jawapan looo (aku punya 'loo' lagi panjang dr dia haha) Sekarang saya customer sudah tak dapat line, u sudah register tp saya still ada problem u kena kasi tolong sama saya looooo (betul2 aku rasa nak lempang budak Zhen ni)
Zhen : u try kasi tgk ini mlm, kalau belum ada line u kasi call sama saya lagi looooo (dia nak lawan 'loo' dengan aku nampaknya..)

Aku malas hendak memanjangkan cerita, jadi aku kata 'OK' sahajalah. Lagipun mana tahu nanti aku memang betul-betul perlukan bantuan budak Zhen itu. Malamnya aku masih mencuba untuk mengakses internet tetapi masih gagal... Aku jadi sangat sedih..

Esok petangnya, sebaik sahaja pulang dari tempat kerja, setelah memandu hampir 35km untuk pulang ke rumah dari pejabat, aku mencuba lagi untuk mengakses internet. Yawh!! Aku mendapat satu mesej dari Celcom yg berbunyi seperti berikut :

TAHNIAH!! SELAMAT DATANG KE DUNIA TERHEBAT, TERLUAS, TERPANTAS.

Aku jadi sangat genbira. Aku lihat bar untuk line detection mencecah ke 97% bagi line 3G. Aku dengan pantasnya cuba membuka Explorer tetapi... hampa belaka. Kerana terlalu excited, aku lupa hendak melihat bahagian default conncection. Rupanya masih belum ada default connection yg membolehkan aku berhubung dengan dunia luar.

Oleh kerana sangat excited kerana aku yakin dengan sepenuh-penuh yakin bahawasanya brodben aku telah berdaftar dengan Celcom, maka aku pun menelefon CCC untuk bertanyakan apakah lagi masalah yg melanda hingga masih lagi tidak dapat aku berhubung dengan dunia luar. Dalam masa yg sama, aku agak berterima kasih pada budak Zhen itu kerana telah mempercepatkan pendaftaran brodben aku (kerana aku masih menyangka budak Zhen itu yg menjadi punca masalah). Dan berikut adalah perbualan kedua aku dengan pihak Celcom :

CCC : Selamat petang, saya dot dot dot sedia membantu.
hijauoren : Cik, saya nak cek la kenapa line brodben saya tak dapat detect aa?
maka, berlakulah ulangan dialog seperti membuat pengesahan panggilan hingga ke peringkat memberi no i/c hasben aku..
CCC : kat sistem kita menunjukkan yg line ni memang dah register (aku tau la.. aku dah dapat mesej dr Celcom ucap tahniah pun tadi..)
hijauoren : tapi kenapa ye cik kat default connection tu kosong je..?
CCC : sebentar ye cik, saya buat pemeriksaan lanjut
maka berkumandanglah muzik dan diselangi dengan kata-kata entah apa-apa sementara CCC tersebut membuat pemeriksaan lanjut..
CCC : ok cik, kami dapati line 3G ada masalah sikit sbb sekarang ni tgh buat update.
hijauoren : oh yeke? sampai bila tu ek?
CCC : sehingga 24 haribulan 4
hijauoren : o yeke.. lamanya.. kenapa Celcom tak bagi official mesej ye pasal nk buat upgrade 3G ni? [soalan yg aku rasa sgt wajar aku tanya sbb takkanlah buat kerja yg melibatkan semua pengguna 3G (sebab dia kata melibatkan SELURUH semenanjung, diulang, SELURUH semenanjung okeh..) diorang tak bagi apa-apa offical statement? bila ucap tahniah pandai pulak bagi official statement..]
CCC : oh yg tu saya pun tak pasti la cik (what the tooottt??? dlm hati aku menjerit)
hijauoren : okeh tak pe la, terime kasih ye!

Okeh. Tamat tentang conversation kedua. Oleh sebab CCC tersebut menyebut sehingga 24 haribulan 4, maka pada tepat pukul 12 am, 24 haribulan 4, aku pun mencucuk lagi ketul modem aku ke laptop tp line yg diharap tak juga kunjung tiba. Aku teramat sedih dan malam itu aku tidur bertemankan air mata sayu (cit porahh!! =p)

Petang di pejabat. Aku menelefon lagi CCC dan berikut adalah perbualan ketiga aku dan pihak Celcom :

CCC : (dialog klise diorang, naik menyampah aku dengar)
hijauoren : saya nak cek la, brodben saya still tak boleh detect lagi. hari tu CCC kata ada probelm 3G dan by 24 haribulan 4 akan ok, tp mlm td saya try online masih tak dapat la..(soalan yg lurus bendul dan aku SILAP BESAR sebab terus bagitahu kononnya problem tu berpunca dari line 3G yg sedang diupgrade tu..)
CCC : sekejap ye saya buat pemeriksaan
lagu berkumandang...
CCC : Terima kasih cik kerana menunggu (aku terpaksa tunggu la). Line ni akan terus diupgrade sehingga 11.59pm mlm ni.
hijauoren : (dia main nombor ye.. jap aku pun boleh main nombor baa) so maknanya 12am 25 haribulan 4 shud be no any problem la kan cik??
CCC : shud be la.. (ewahhh)
hijauoren : okeh! terima kasih ye cik!

Okeh. Jadi aku terus mencuba pada tengah malam tersebut sebaik sahaja jarum jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Aku mencucuk ketul modem, klik itu ini, dan.. huh!!! Masih error! Jadi aku terus menelefon CCC pada masa itu juga kerana terlalu geram. Dan berikut adalah perbualan keempat & terakhir aku dan pihak Celcom :

CCC : (ayat klise yg membuat aku serasa ingin memuntahkan cecair berwarna hijauoren kedengaran. Untuk kali terakhir ini, aku memang ingat sangat dengan nama CCC tu. Namanya Faizul)
hijauoren : saya nak cek la kenapa laaa line brodben saya masih tak ada sampai sekarang (nada menyampah). Saya diberitahu yg line akan ada problem sehingga 24 haribulan 4 sahaja tapi sampai skarang tak dapat-dapat lagi..
maka berlakulah lagi perbualan seperti di atas (buat pengesahan panggilan, minta no i/c, bla bla bla).
CCC : jadi masalah cik ialah tak dapat akses internet walaupun dah berdaftar ye? (aku seperti ingin melempang sahaja CCC tersebut)
hijauoren : a'a (and then aku tercerita tentang CCC yg lepas-lepas kata tentang 3G line distracted sebab ada system upgrading.. and I bet this was my BIGGEST MISTAKE in this conversation)
CCC : cik DAH PERIKSA KE KAT SITU ADA LINE 3G ATAU TAK? (whatttt????????? aku rasa seperti hendak melompat)
Tak sepatutnya dia tanya aku soalan itu. Pada aku, aku ulang, PADA AKU, sepatutnya sebagai seorang PEGAWAI, diulang, PEGAWAI, yang mempunyai akses yg sangat dekat dengan Celcom, dia sepatutnya bertindak :

a) bertanya "boleh saya tahu cik cuba nak menggunakan line 3G tu di kawasan mana?"
b) memeriksa line 3G di kawasan yg akan aku nyatakan kerana dia sudah tentu ada akses untuk memeriksa line 3G dengan lebih cepat (sedangkan aku pun boleh sahaja memeriksa liputan line 3G di kawasan aku ini ada atau cuma GPRS sahaja, dan ternyata memang kawasan aku ini adalah kawasan 3G!! (Celcom Territory huhh!!)
c) kemudian baru membuat kesimpulan samada masalah aku berpunca dari line 3G atau tidak...

aduhaii... pegawaii pegawaiii....

hijauoren : ada, saya pernah guna brodben kat sini dan memang ada line 3G yg sgt full bar pd setiap masa!! (nada marah bercampur meloya)
CCC : cik confirm ye itu 3G? (hey you!! pls mind your words okeh???)
hijauoren : iye!!
CCC : ok sebentar ye saya buat pemeriksaan (dah bagi conclusion baru nak buat pemeriksaan?? chit porah!!)
lagu tak best berkumandang lagi..
CCC : ok cik, saya baru je dapat notis ni. 3G upgrading progress ni akan dilanjutkan hingga 26 haribulan 4. (WHATTTTT????)
hijauoren : hah?? pulak?? tapi kenapa tiba-tiba aje dan tak ada bagi apa-apa extension notice pun?
CCC : oh YG ITU SAYA TAK PASTI PULAK (WHATTTTTTTTTTTTTTTTT??? Are u trying to tell me that u are a 'always-dont-know officer???')
hijauoren : okeh.. (mengawal kemarahan) so extend la ni.. okeh.. so saya nak tanya la, during period yg customer tak boleh akses internet sebab Celcom tengah upgrade system ni, bil tetap akan dicaj kepada customer ke? [soalan berbaur duitan, and of course I want to know. Dalam musim kegawatan ekonomi ni, RM15.80 (RM68/30hari kali 7hari) ni sangat bernilai tau].
CCC : ya! (WHATTTTTTTTTTTTTTTT??????????????)
hijauoren : ee macam tu pulak ye. okeh la.

and then, KLIK!

This was my first time sepanjang-panjang aku berkomunikasi dengan CCC, aku meletakkan telefon tanpa mengucapkan terima kasih. Walaupun aku tidak membalas sms yg aku terima daripada pihak Celcom yg bertanyakan 'Adakah perkhidmatan pihak kami tadi memuaskan hati anda?' sebaik sahaja aku menamatkan perbualan telefon dengan pihak Celcom itu, tetapi aku masih lagi mengucapkan terima kasih langsung kepada CCC yg berkenaan. Tetapi tidak kali ini! rasa marah aku membuak-buak. (Diorang ni dapat training atau tidak sebelum mula bertugas ni?)

Okeh. Apa yg terjadi seterusnya?? Panjang lagi ni yg ingin aku ceriterakan. Tapi oleh kerana jarum jam sudah menginjak ke pukul 5.16pm, maka aku rasa aku patut akhiri dulu blog ini. Anggaplah ini episod pertama berkenaan Celcom Customer Careline.

Episod kedua bakal menyusul nanti.. nanti2 la aku cite eh.. =p

4 ulasan:

  1. whoa....berapinya...sabar cik hijauoren,nanti naik darah mcm mak Teh.suka la header diatas tu-tepat sekali,mana ada lagi 2nd impression selepas bad 1st impression eh..mak teh x penah pulak ada problem ngan Celcom ni..selama ni beres aje..why hijauoren? yr fav color?bye 4 now.

    BalasPadam
  2. betul kan makteh.. takde dah 2nd impression if 1st impression dh bad.. =)
    mmm a'a saya suka amat dgn kaler ijau oren.. sehingga menjadi warna tema mase wedding aritu..
    skrg ni saya dh ok ngn service celcom bband tp saya just nk cerita jugak kat orang2 di luar sana tentang peg khidmat pelanggan diorg tu.. supaya takde yg kena tipu bulat2 dgn cakap diorang lepas ni.. =)

    BalasPadam
  3. sy advice akak ijauoren buat laporan dkt suruhanjaya komunikasi dan multimedia.. kes2 mcm ni mmg dah biasa sgt sy dgr berlaku di kalangan subscriber wireless broadband. sy pnh baca dlm forum, kalau buat report kat diorg tak smp 3 hari insya allah leh settle.. akak try la.. http://www.skmm.gov.my/

    BalasPadam
  4. tenkiu adik sorensen.. akak x wat lg.. tp terase mcm nk wat gak.. sbb ape tau.. baru2 ni hasben akak nk potong line lame utk brodben akak yg kene curi tu.. pastu org celcom center tu kate ape tau 'kene tggu end of month baru kitorang bleh close line ni, takleh close line tgh2 bulan..' padahal akak bukan amek contract package pun.. geram sungguh.. tp hasben akak kate mls nk pnjgkan cite.. kalo ikut ati akak, nak je panjang2 kan cite ni.. bile dgr sorensen ckp camni, terase gak nk report...

    BalasPadam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers