Hari ni, my HR colleague came over to my place baru sahaja jap jap tadi, and below is our short conversation :
HR : amoi, u suda dengar tadi saya ckp dengan itu Azlan (nama separa benar) kan? So u tolong saya ya nanti..
hijauoren : tak mau la moi, i tak pandai berlakon la..
HR : saya bukan suruh u berlakon ma.. just need u to express what u feel saja..
hijauoren : tak nak la. what i feel tak sama macam apa yg u nak i ckp dlm itu klip video maa.. i am feeling opposite of everyting yg u nak i cakap punya..
HR : it's OK what.. then u just cakap la u tak suke..
hijauoren : ya betul that is what yg ada dalam fikiran i pun moi..so buat apa u nak record apa yg i nak cakap.. wasting space of recording saja maa... lagipun nanti being too sincere i tak nak nanti i kena kutuk pulak.. nanti rapo i terjejas ma.. (=uwekk)
HR : aiya moi, tolong la..
hijauoren : i memang tak nak tolong punya moi.. i tak nak record all the nonsense sbb i tak rasa macam tu.. nanti lepas lunch u dtg, i memang tak kan cooperate punya.. nanti i tutup muka dengan buku ni OK?
okeh. itu adalah perbualan aku dengan HR colleague aku yang mana die meminta supaya kami, staff2 di jabatan-jabatan lain ini supaya :
a) bekerjasama merekodkan ayat-ayat seperti "I love working in *e*e*o*, the culture here is very healthy, i got time to work and also time to spend for other worklife balance activites such as playing in-door games on Friday evening (baca : mengambil setengah jam dr waktu bekerja utk aktiviti beriadah without deducting our salary)
b) there is also tribute to all mothers & fathers whom working here where we got even gift from the company on that particular day of celebration.. we also get a birthday gift as well..
c) we also used to have company trip to Phuket (baca : oversea) and enjoy spending our time there for 3 days & 2 nights, dgn ade elaun makan lagi..
aku tahu tujuan recording ini hendak dilakukan. ia bertujuan menunjukkan kepada visitor betapa kami pekerja-pekerja di kompeni ini sangatlah gembiranya dan bersyukurnya berada dan bekerja di sini..
okeh. tapi aku tidak merasakan aku bersedia dan ikhlas untuk mengeluarkan penghargaan sebegitu kepada kompeni aku kerana :
a) aku pernah menjadi ahli jawatankuasa untuk aktiviti-aktiviti keseimbangan luar tugas tersebut, dan segala macam perkara yang dijanjikan di awal aku menjadi ahli jawatankuasa tidaklah aku peroleh pada penghujung tahun tersebut (a kind of increment (reward yg lebih tepat) as actively being part of the committee). Aku juga telah menjadi Auditor Dalaman selama aku bekerja di sini, dan ada tertera dalam SOP yang 'reward shud be given to the I.A so that they will feel worth it spending time to audit the system' tapi sampai sekarang habuk pun tarak.. Dan bos wanita bermata bulat kerap sahaja buat-buat lupa dengan klausa dalam SOP tersebut. Bila ada yg menyuarakan di dalam meeting, dia akan dengan bersahajanya berkata 'Ya la, I shud talk this to GM' huh!!! Jadinya, aku menganggap yg di sini, setiap janjian reward adalah trick dan tipudaya syaitannirrajim sahaja.. tidak lebih dan tidak kurang..
b) Friday-evening-activity sudah tidak aku lihat lagi semenjak pertengahan tahun 2007, jadi ape ke hey nye aku nak mengaku yg aku gembira dengan aktiviti yg tidak lagi diadakan itu. Sebab sebenar aktiviti itu sudah tidak lagi dijalankan adalah kerana bahagian pengeluaran hendak memanipulasikan sepenuh masa & tenaga operator yg ada untuk mengejar stok, maka masa itu menjadi sgt bernilai ibarat emas dan tidaklah boleh sewenang-wenangnya digunakan untuk aktiviti-aktiviti keseimbangan luar tugas, dan adakah wajar aktiviti yg hanya diadakan pada awal tahun 2007 dan cuma untuk selama beberapa bulan sahaja itu disebut-sebut sehingga sekarang?
c) ok, aku mengaku memang ada sesetengah kompeni yg langsung tidak mengambil hirau apa yg jadi pada pekerja mereka apatah lagi hendak mengucapkan Selamat Hari Jadi. Tapi, cuba bayangkan kalau kronologi nya begini :
Tahun 2007 : Sambutan majlis Hari Jadi Bulanan, ada makan2 kek, minum2 dan jamuan ditambah dengan sedikit snek dan pemberian hadiah kepada staff
Tahun 2008 : Cuma sambutan di kalangan staff satu jabatan, dan cuma ada seketul kek yg sebesar tapak tangan budak Darjah Enam
Tahun 2009 : Cuma dan cuma ada sekeping hadiah (yg setakat ini tiada lagi org yg mendapat hadiah selain daripada bingkai gambar), tanpa ada lagi kek, atau sambutan walaupun cuma di kalangan staff satu jabatan. Sorang2 ambil frame dr HR dan HR ambil gambar kita dan that'a it! We've celebrated the Monthly Staff birthday.. yuhuu...
Jadi, mengikut firasat aku, aku dapat menjangkakan apa yg bakal berlaku pada tahun 2010 nanti.. mungkin cuma sekeping kad buat sendiri?
Sewaktu sedang menulis para ini, aku teringat kata-kata klise yg berbunyi : dont think what the company can give u, think what u can give to the company, sangat rasa hendak muntah..
Jadi, berdasarkan fakta-fakta di atas, aku mengambil keputusan yg maha dahsyat ini, untuk, tidak akan berkompromi dengan pihak HR dalam merealisasikan impian mereka, untuk merekodkan kata-kata pujian dari aku sebagai sebahagian staff di Jabatan QA ini terhadap kompeni tempat aku mencari makan ini.
Muktamad!!
salam,not happy?ha,rasanya dah sampai masa cari kerja lain.seriously..nanti x semena2,blood go upstairs.hi..hi..hi..mak teh pun nak tanye,nak nyibuk mcm makcik2operate tuuuuu.....dah ade ke?jgn mare.
BalasPadamtembak aje bos mata bulat tu!!!
BalasPadamtu la makteh.. mmg kekadang ase not happy.. salu gak blood go upstairs.. huhu
BalasPadamtp belum ada planning kerja tempat lain lagi sbb saye dh ade isi dah.. =) so after isi keluar pd mase matangnye nnt baru la boleh cari kerja lain kot.. hehe =p