Isnin, April 13, 2009

cerpen1

kenangan dgn kengkawan geng tahun 1 kat papan tanda pintu utama kolej pendeta za'ba, upm best bangatt!! =)

ni aku uploadkan cerpen aku yg aku tulis mase aku tahun 2 kat UPM dulu.. upload sekadar untuk memenuhi ruang blog ni.. pls feel free to read.. =)

TAJUK : BACK AT ONE ( April 2002 )



Hari pertama kuliah di Universiti Putra Malaysia. Satu suasana yang baru dan asing bagi aku di kampus hijau ini. Tak ada seorang lecturer pun yang mengajar hari ni. Semuanya sekadar bagi briefing dan cara-cara untuk score dalam subjek yang akan mereka ajar nanti. Aku pulak, lebih banyak ‘mencuci mata’ dari mendengar briefing yang diberikan. Heh…eh, lecturer yang lalu tadi tu cute ler…


“Oi!”Pandangan mata keranjangku terhenti dek tepukan di bahuku yang amat kuat oleh Maria. Terkejut aku dibuatnya. Hilang sebentar wajah lecturer yang cute tadi berganti dengan wajah Maria yang ala-ala Wardina tu pulak. Aku angkat kening tanda bertanya ‘Apa?’


“Lepas ni gi ko-op kejap erk?”ajaknya. Aku sekadar mengangguk. Bagus jugak tu. Boleh kenal-kenal tempat. Aku pun banyak lagi yang tak arif tentang UPM ni. Kata Abang Aziq, faci aku masa minggu orientasi hari tu, UPM ni U paling luas kat Malaysia. Ni yang nak kena kaji keluasan dia ni...


Seperti yang dijanjikan, selepas kelas tu berakhir, aku dan Maria terus ke koperasi UPM yang terletak di hadapan Kolej Mohamad Rashid. Aku sekadar tunggu kat luar aje, malas nak masuk. Sesak semacam je ko-op masa tu. Sambil menanti Maria, mataku memandang ke kiri-kanan, memerhatikan gelagat mahasisiwa-mahasiswi kat universiti ni. Tiba-tiba mataku terhenti pada kelibat seorang jejaka yang sedang menongkatkan motornya di hadapan koperasi itu dalam jarak lebih kurang 5 meter dari tempat aku berdiri. Eh, macam pernah kulihat jejaka itu….tapi, betul ke dia? Suatu persoalan yang tak dapat nak aku jawab.


“Zura!”Maria memanggilku perlahan. Terus aku menoleh dan kelibat jejaka itu pun menghilang. Maria menyengetkan kepalanya tanda mengajakku balik. Aku sekadar menurut tapi bayangan jejaka itu masih tak dapat aku lenyapkan dari ingatan. Betul ke itu dia? Aku menelefon Baiti, kawan karib aku semasa zaman persekolahan dulu dan aku ceritakan kepadanya apa yang aku nampak. Baiti juga memberikan tanggapan yang sama. Mungkin juga jejaka itu memang dia. Baiti kelihatan yakin dengan jawapannya tapi aku yang masih terus keliru.


Cuti mid semester akan bermula. Sesuatu yang pastinya akan membosankan aku. Cuti seminggu akan membuatkan aku berkira-kira untuk melakukan sesuatu kerja. Uti tertanggung-tanggung! Apa yang boleh aku buat ye dalam masa seminggu ni? Tiba-tiba handsetku bernyanyi-nyanyi lagu rasmi KMPP, minta diangkat. Dengan malas aku mengangkat punggung dan menuju ke meja tulisku. Telefon tangan jenama Nokia itu kuangkat dan punat bertulisan OK itu kutekan.


“Hello,”aku mengeluarkan suara dengan malasnya. Tiada sahutan kedengaran. Tiba-tiba talian telefon terputus, diputuskan kot yang lebih tepat. Ni yang nak marah ni…nak main missedcall-missedcall pulak.


Belum sempat telefon itu aku letakkan, ia berbunyi lagi. Aku mengamati 2 digit terakhir pada nombor yang tertera di skrin. Ni nombor public ni. Siapa ni ekk.


“Hoi! Dah tak ada kerja lain ke?”Aku menyergah sekuat hati. Ha..padan muka. Mesti sakit telinga budak ni. Rasakan…


“Amboi garangnya..ni saya la, Zul. Awak ni Zura, cubalah bersopan-santun sikit bila bercakap tu. Ni tak, nak marah-marah aje…bila ler nak jadi perempuan sejati...”


Alamak Zul ke…abislah bergegar Siqqah aku. Heh…control..control..


“Laa…Zul ke? Yang awak pegi main-main missedcall saya kenapa? Mood saya tengah tak berapa nak baik ni,”aku cuba membela diri.


“Mood tak baik kenapa?Awak…”Zul menyerkap jarang tapi tidak menghabiskan ayatnya. Mengena pulak tu serkap dia. Ish….selamba la budak ni…


“Bukan la..ada pulak. Kenapa awak telefon saya siang-siang ni? Tak pernah-pernah awak telefon saya siang,”cepat-cepat aku alihkan tajuk perbualan. Zul ketawa kecil. Ntah apa yang kelakarnya ntah. Menyampah!


“Tak de…ni.. saya ingat nak ajak awak daki gunung dalam cuti seminggu ni. Kawan-kawan saya ada buat team nak naik Gunung Jerai. Awak kan minat gi jungle trekking. Tu sebab saya ingat nak ajak awak join. Bebudak U lain pun ada yang nak join. Budak sekolah pun ada. Amacam, Zura nak join tak?”panjang lebar Zul ‘mempromote’. Tak payah promote panjang-panjang Zul…kalau promote sikit aje pun dah tentu aku nak pegi. Aku pun dah lama tak mendaki ni. Seronoknya…


“Nak Zul, nak..”aku berkata pantas.


“Haa…apa? Zura nak Zul?”usiknya selamba. Aku apa lagi sengih ajelah dengar dia mengusik aku. Usikan yang bisa menggetarkan naluri keperempuananku. Heh! Cit porah!!


“Zul ni..saya kata saya nak pegi hiking tu la..apa la dia ni!”aku cuba cover sebaik mungkin. Malu la pulak aku rasa…


“Zul tau…ala Zura, Zul gurau aje. Takkan la Zura nak kan Zul pulak, kan? Oklah Zura nanti Zul cakap dengan member Zul. Tak pe lah Zura, lain kali kita sembang lagi ye,” tiba-tiba Zul membahasakan dirinya dengan panggilan nama. Aku terkesima sebentar.


“OK,”aku pun tak melarang dia dari meletakkan telefon, tak macam selalu bila dia nak letak phone aje aku mesti tahan. Kali ni malas la pulak nak sembang lama-lama,malu yang sebenarnya. Entah kenapa nak malu ntah. Bukannya pakwe aku dia tu…


Seketika aku teringatkan Zul. Zulhamdi! Dia kawan aku semasa mengikuti program matrikulasi dulu. Dulu kami sekuliah tapi tak pernah bertegur sapa. Bercakap pun sekali aje, masa presentation projek Sains Komputer. Itu pun secara formal. Miss Aida suruh aku tanya soalan pada dia waktu tu. Lawak aje masa tu. Lepas abis matrik, entah macam mana ekk aku boleh jadi baik dengan dia. Oh ya…chatting...chatting yang telah merapatkan kami. Tak sangka pulak dalam channel room dia ni seorang yang peramah. Dalam kuliah pendiam nak mampus. Biasa lah tu kan, krisi identiti... Entahlah, aku sendiri tak pasti apa sebenarnya perasaan aku pada dia. Entah kenapa aku rasa nak kawal-kawal suara pulak bila berbual dengan dia. Sedangkan sebelum ni, kalau aku berbual dengan budak lelaki mesti kasar-kasar punya. Tapi dengan dia ayat aku berlapik, nak cakap aku-kau pun aku tak sampai hati. Hmm..kalau Erin, kawan karib aku kat matrik dulu tau, mati aku kena gelak. Tapi entahlah…mungkin ke aku dah terjatuh hati pada Zul? Zulhamdi yang pendiam dan tak begitu menonjol dalam kuliah dulu tu? Mungkin ke dia orang yang kedua aku sayangi selepas dia? Sekilas aku teringat peristiwa di depan koperasi tempoh hari. Mungkin ke itu dia? Hmm…biarlah. Malas nak fikir. Buat semak otak aje. Lebih baik aku fikir pasal hiking ni. Seronoknya….


Saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Aku menanti mereka yang lain di Hentian Puduraya. Zul bagitau aku yang team ini disertai oleh siswa-siswi dari UPM, UKM, UiTM dan beberapa orang pelajar sekolah menengah di sekitar KL. Tak sabar rasanya nak daki Gunung Jerai. Aku duduk di bangku menunggu di tingkat atas seorang diri. Beg galasku yang agak besar kuletakkan di sisi. Manalah si Zul ni…hmm. Sedang mata aku melilau-lilai ke kiri ke kanan, seorang budak perempuan menghampiriku. Dilihat dari pakaiannya, nampaknya dia ni macam nak naik gunung jugak.


“Akak. Tumpang tanya, akak ni join team Abg Di yer? Nak naik Gunung Jerai,”tanyanya lembut, berbeza sekali dengan penampilannya. Aku mengangguk sambil senyum kepadanya. “Adik pun ke?”Tanyaku ringkas.


“A’aa…saya Azi,”jawabnya dalam nada gembira, happy sebab dah jumpa sorang ahli kumpulan yang langsung tak pernah dikenalinya. “Kejap ye kak, saya gi ambik beg saya,”sambungnya lantas beredar untuk mengambil begnya. Aku hanya mengangguk. Hmm..nasib baik dah dapat sorang member. Tak la janggal sangat nanti. Sepuluh minit kemudian, Zul sampai bersama-sama dengan teamnya dari UKM. 7 orang semuanya. Di tepi Zul kelihatan seorang perempuan yang sedang mengontrol-ngontrol ayu sedang berjalan. Aik…lain macam aje budak ni dengan Zul? Jalan rapat gile…ni yang jeles ni….


"Zura dah lama ke sampai?”Zul menghampiriku dan duduk disebelahku. Aku cuma senyum. Budak perempuan tu pun sama nak duduk jugak.. Tak larattt.…aku mengensot sedikit untuk memberi ruang pada budak perempuan itu.


“Tak la lama sangat. Adalah dalam 20 minit,”jawabku bersahaja, masih lagi tersenyum. Selepas memperkenalkan aku dengan rakan-rakan team Abg Di tersebut, kami berbual-bual seketika sementara menantikan bas ke Kedah bertolak. Entah kenapa aku rasa nak perhatikan aje budak perempuan yang bernama Iza tu. Bukan main mesra lagi dia dengan Zul. Aku tengok Zul macam serba salah bila Iza bermesra-mesra dengan dia macam tu. Ala…ingat aku jeles la tu. Tapi memang pun aku tengah jeles ni…


“Zura, nanti Zura duduk dengan Zul yer?”


“OK,”balasku ringkas. Bestnya…hati aku mula melonjak-lonjak gatal...heh..tapi tiba-tiba…


“Ala…Iza nak duduk dengan Zul….”Iza merengek manja. Menyampahnya aku dengar Tuhan je la yang tau. Aku pun tak pernah merengek-rengek macam tu dengan Zul. Eh, apa kena dengan aku ni? Memang la aku tak pernah merengek-rengek macam tu dengan Zul, dah dia bukannya pakwe aku. Ish….ape aku ni...


Aku tengok Zul macam serba-salah. Zul mengerutkan dahinya.


“Apa ni Iza, awak ni, janganla macam ni...”


“Tak pe la Zul. Zul duduk la dengan Iza. Zura duduk dengan orang lain,”aku menjawab tenang, masih lagi boleh bersabar. Kontrol..kontrol..


“Eh, Zura. Zura nak duduk dengan sapa?”


“Entah, dengan Abg Di kot…?”aku jawab sambil sengih lantas memandang jejaka yang dipanggil Abg Di itu. Abang Di cuma tersengih kerang. Nampak macam dah dewasa. Mesti dah umur 27 ke atas ni…aku membuat tafsiran sendiri. Hmm…tak mahulah duduk dengan dia. Heh….


“Zura…”panggil Zul. Suaranya mendatar. Aku menjawab panggilannya itu dengan sebuah senyuman.


“Tak pe lah Zul. Zura duduk dengan Azi. Azi duduk dengan akak yer?”aku memandang Azira yang mula-mula kukenali tadi. Azira mengangguk.


“Tak pe lah Zul, Zura tak kisah..”kataku perlahan sementara Zul cuma mengangguk. Tak kisah la sangattt...hmm.... Sepanjang perjalanan dalam bas aku banyak mendiamkan diri aje. Tak ada mood pulak nak berbual-bual. Mood aku hilang bersama-sama dengan sikap Iza. Entah kenapa aku rasa takut pulak kalau-kalau dia merampas Zul daripada aku. Tapi..aku dengan Zul kan tak ada apa-apa hubungan istimewa? Entahlah, perasaan cemburu merantai hati apatah lagi aku tengok Zul pun macam tak menolak segala perbuatan Iza terhadap dia. Azi menyedari perasaan jelesku kot…


“Akak, kenapa akak asyik pandang-pandang abg Zul tu? Dari tadi lagi Alin tengok akak macam perhatikan dia,”kata-kata Azira itu tak dapat aku sangkal. Aku hanya tersenyum. Belum masanya untuk aku ceritakan padanya. Terlalu awal. Lagipun antara aku dengan Zul tak ada apa-apa. Mesti budak Azira ni akan kata aku syok sendiri nanti. Malu aa! Hmmm…


“Tak ada apa-apa lah Azi. Saja je….akak memang suka perhatikan orang…”aku hanya mampu senyum. Aku sedar senyumanku kelat, tapi aku cuba maniskan jugak senyuman aku tu..tambah sesudu dua gula.


“Ye ke kak…”usik Azira sambil tersenyum mengena. Aku hanya mencubit hidungnya yang agak mancung itu. Entah kenapa begitu cepat timbulnya kemesraan antara aku dan Azira walaupun kitorang baru je saling mengenali. Aku sendiri pun tak tahu sebabnya. Kitorang sampai kat Kedah lepas 5 jam berada dalam perut bas. Aku menoleh ke arah Zul sebaik sahaja sampai di perhentian bas, ingin ‘memeriksa’ apa yang sedang dilakukan oleh Iza terhadap Zul. Heh.. bukannya apa yang sedang dilakukan oleh Zul terhadap Iza tapi sebaliknya. Apa yang aku perhatikan, Iza sedang membetul-betulkan lipatan tudungnya. Hm… nak melawalah tu…menyampahnya!


Lepas alas perut masing-masing, kitorang teruskan perjalanan ke destinasi kitorang yang sebenar iaitu Gunung Jerai. Sampai aje kat kaki gunung, aku dah rasa excited. Teringat semula kenangan waktu daki Gunung Ledang masa aku sekolah kat Johor dulu. Waktu tu aku ‘pancit’ bila lagi 2 km je nak sampai ke base camp. Terpaksa naik motor dengan pakcik driver yang ikut sekali dalam ekspedisi tu. Hmm.. kali ni aku nak habiskan sendiri jugak sampai ke puncak.Yakin boleh! Heh..


“Zura!”panggilan Zul menyentap anganan aku yang baru nak bermula tu. Aku pandang muka Zul dan cuba senyum seelok mungkin, nak kembalikan mood excited aku yang dah hilang tadi. Aku tak mau ekspedisi ni jadi tak enjoy semata-mata sebab budak Iza tu.


“Ye,”aku cuba menyahut seperti biasa. Kontrol suara beb..


“Dah ready lum?”


“Dah..”aku senyum lagi sambil tunjukkan ibu jari aku.


“Nanti kalau ada apa-apa masalah jangan tak cakap kat Zul tau!” Zul dah mula tunjukkan sikap ambil berat dia, sikap yang sememangnya akan membuatkan aku cair. Aku ni memang tak boleh laa orang caring sikit, mesti rasa macam nak tumbang. Hmm.. macam masa orientasi kolej dulu….Hmm..


“OK,”aku mengangguk sementara si Zul pulak cuma senyum.
Kitorang pun memulakan perjalanan nak naik ke puncak gunung. Sambil mendaki kitorang bergelak ketawa dan membuat lawak bangang untuk menghilangkan rasa penat dan letih. Tak cukup jalan trek, denai pun kitorang redah jugak. Entah berapa banyak denai dah kitorang lalu sampailah ke satu denai ni yang agak curam sikit. Bukan ‘agak’ aku rasa tapi memang curam, dalam 70o. Tapi berbekalkan pengalaman mendaki yang aku ada, Alhamdulillah aku dapat la jugak melepasi halangan pada denai tu. Tapi yang tak bestnya si Iza tu la..


“Alamak… Zul, Iza takut la nak turun.. Zul tungu la Iza,”dengan suara manja yang aku tau sengaja dibuat-buat, Iza memanggil Zul.. Zul yang jalan kat belakang aku menghentikan langkahnya. Aku pun berhenti jugak la kan, takkan nak tinggalkan team pulak. Iza hulurkan tangan dia pada Zul, minta untuk dipegang sebab takut nak turun sendiri. Zul pandang aku, seolah-olah tanya ‘boleh ke saya tolong dia?’. Aku pun tanpa disuruh-suruh terus sambut tangan si Iza tu. Nak tak nak dia turun jugak walaupun yang menyambut dia tu bukan Zul dan walaupun aku nampak muka dia masam-masam kelat. Hm..padan muka ko Iza, nak menggatal dengan Zul..menyampah betul aku.


Kitorang teruskan perjalanan dan dalam perjalanan tu macam-macam la aksi manja yang ditunjukkan oleh si Iza terhadap Zul. Benci betul aku, rasa nak menangis pun ada jugak. Nasib baik si Zul tak layan sangat tapi aku risau la..kalau berterusan macam ni aku takut lama-lama Zul cair jugak akhirnya. Macam mana ni yer...? Tengah dalam perjalanan tu, tiba-tiba...


“Aduh!”


Semua mata tertumpu pada Iza yang mengaduh tadi. Aku pun pandang jugak muka dia walaupun aku menyampah sebenarnya.


“Zul, kaki Iza terseliuh la,”masalah baru yang ditimbulkan dek si Iza.Abang Di cepat-cepat meletakkan beg sandangnya dan cepat-cepat jugak dia keluarkan kotak ‘First Aid’ dari dalam beg. Bertanggungjawab sungguh Abg Di ni tau. Nasib baik aku tak terjatuh hati kat die..heh.. Sebotol minyak sapu Abang Di hulurkan pada aku yang kebetulan mencangkung paling dekat dengan Iza. Aku sambut minyak tu dan baru je aku nak sapu pada kaki Iza yang dikatakan terseliuh, Iza menghalakan kakinya ke arah Zul. Bencinya....aku pun faham apa maksud Iza. Cepat-cepat aku hulurkan minyak tu pada Zul. Tak sanggup lagi nak duduk dalam kelompok tu lama-lama. Segera aku beredar dari kelompok manusia yang tengah mengelilingi si Iza tu.


“Memandangkan ada yang dah terseliuh kakinya, abang rasa kita berhenti rehat dulu la ye,”arahan daripada Abang Di itu disambut dengan keluhan lega dari semua anggota ekspedisi.


Aku pun apa lagi terus duduk kat atas trek tu. Jauh dari tempat Iza sedang ‘dirawat’ oleh Zul. Aku dapat tangkap yang Zul macam serba-salah bila Iza mintak dia yang tolong ‘rawat’ , tapi sekadar serba salah aje tapi buat jugak buat apa kan...Tapi aku cepat sedarkan diri aku. Kenapa pulak aku nak rasa marah dan sedih sedangkan Zul bukan hak aku? Biarlah dia nak ‘ditackle’ dek Iza pun..aku cuba sabarkan diri aku.


“Kak Zura,”Azira memanggilku lembut. Aku toleh dan senyum kat dia.


“Boleh Azi tanya akak satu soalan tak?”


“Apa dia?”


“Akak marah dengan kak Iza tu yer?”soalnya perlahan, takut aku marah kot. Aku cuma senyum untuk hilangkan rasa takut dia. Aku sekadar menggeleng.


“Tapi Azi rasa akak macam marahkan dia aje..abg Zul tu pakwe akak ye kak?”soalnya lagi. Hmm..kalaulah jadi kenyataan kata-kata Azira tu..aku mengomel dalam hati. Semakin laju aku menggeleng.


“Kawan aje.”aku jawab ringkas. Bukan aku malas nak layan Azira ni berbual tapi entahlah, aku tak mau jawab panjang-panjang soalan yang ada kaitan dengan Iza. Menyampah!


“Hmm...tapi Azi rasa akak dengan abg Zul tu bukan sekadar kawan biasa kot..heh..maaflah kak Azi ni menyebok aje kan...”


Aku hanya senyum aje untuk yang kesekian kalinya. Malas nak bangkang kata-kata Azira tu. Ada jugak tempias-tempias kebenarannya. Lepas berehat, kitorang teruskan perjalanan. Akhirnya sampai jugak kitorang kat puncak gunung walaupun hari dah malam. Happynya tak dapat nak katalah. Tanpa berlengah-lengah kitorang pasang khemah dan memasak untuk alas perut. Ada dua aje khemah untuk peserta perempuan. Nasib baik aku tak sekhemah dengan Iza. Malaslah aku. Bukannya aku tak boleh hidup kalau sekhemah dengan dia tapi kalau boleh elak, aku nak elakkan. Hanya menambahkan sakit di hati aje nanti. Aku sekhemah dengan Azira, dia yang mintak nak sekhemah dengan aku. Aku pun tak tau kenapa dia baik sangat dengan aku tapi aku terima aje la sikap baik dia. Dan aku pun tak nafikan aku mudah pulak mesra dengan dia berbanding peserta lain yang sama-sama baru aku kenal. Mungkin ada sesuatu yang istimewa dengan Azira ni.


Malam tu aku dan Azira berbual panjang. Katanya dia ada abang yang belajar kat UPM. Budak kolej aku pulak tu. Katanya lagi abang dia tu aktif kat kolej tapi tak disebutkan pulak namanya. Budak KEJUT lagi! Aku pun tak tanya nama abang dia tu. Entahlah, tak berminat pulak nak kenal..cewah..


“Akak ada adik tak, kak?”tanya Azira tiba-tiba dan aku pulak hanya mengangguk. “Tapi adik akak dah meninggal,”kataku pendek. Rasa sebak tiba-tiba dada aku bila teringatkan arwah, satu-satunya adik yang aku ada.


“Oo..akak, maafkan Azi, Azi tak tau.”Azira meminta maaf. Aku hanya mengangguk. Tak apalah, Azi memang tak tau...


“Azi ada kakak tak?”aku tanya dia pulak, sekadar bertanya. Azira menggeleng.


“Akak jadi kakak Azi boleh tak? Kakak angkat?”pinta Azira. Aku cuma angguk untuk yang kesekian kalinya. “Boleh, tak ada masalah,”jawabku ringkas. Azira senyum.


“Thanks ye kak. Kalau jadi kakak ipar boleh tak?”usiknya nakal. Terkejut aku dengar Azira kata macam tu, dahla abang dia sekolej dengan aku..tapi aku kontrol aje la..kang dia kata aku perasan pulak. Aku cuit hidung Azira mesra dan dia senyum. Malam makin larut dan tak lama lepas tu Azira pun tertidur. Tapi aku tak dapat tidur pulak, dok memikirkan kata-kata Azira tadi. Tersentuh hati aku. Entah kenapa entah. Aku sendiri pun tak pasti.


Sehari lepas balik dari Gunung Jerai, musim belajar pun muncul semula. Aku meneruskan rutin sebagai mahasiswa dalam bidang rekaan dan inovasi makanan dengan penuh bersemangat dan berdedikasi. Ewah.. perasan betul! Tapi tak aku nafikan semangat untuk belajar semakin meningkat naik. Seolah-olah terasa ada suatu persaingan dengan Zul membuatkan aku betul-betul ingin berjaya dalam bidang aku ni. Zul ibarat pemangkin untuk aku terus maju dalam pelajaran. Ewah…entah iye entah tidak…


Hubungan aku dengan Zul pun masih macam sebelumnya. Tapi aku rasa macam dah tak best pulak. Yelah, aku dah tau ada orang lain yang sukakan dia. Entahlah, tapi aku rasa macam tak mahu pulak berebut dengan Iza yang sekolej dengan Zul. Dahla sekolej, peluang dia untuk berkawan dengan Zul lebih cerah walaupun Zul macam nak tak nak aje hari tu. Tapi tak mustahil hati Zul boleh bertukar kalau dah hari-hari Iza menggoda. Kalau Iza tak datang menggoda pun, tak mustahil Zul dengan sendirinya tergoda. Mungkin belum terlambat untuk aku hapuskan perasaan sayang aku yang baru nak mula bercambah untuk Zul. Melupakan Zul..termampukah aku? Membuang perasaan yang tiba-tiba wujud dengan sendirinya untuk seorang lelaki setelah bertahun-tahun aku simpan dan kawal hati aku supaya tak terjatuh hati kepada mana-mana lelaki melainkan dia? Hmm..dan sekarang, aku perlu melupakan Zul dan cari pengganti. Pengganti? Heh... tiba-tiba aku teringatkan kejadian petang semalam..


Petang tu aku balik dari kuliah macam biasa, aku akan singgah kat food court untuk beli makanan untuk malam nanti. Dari satu gerai ke satu gerai aku jenguk, takde satu pun lauk yang aku berkenan. Bosannya hidup.. aku mengeluh kecil. Serasa nak balik rumah waktu tu jugak! Rindu betul dengan masakan mak… Akhirnya aku mengambil keputusan untuk memesan makanan di salah satu gerai tersebut. Mee goreng mamak jadi pilihan.


“Makan ke bungkus dik?”


“Makan!” Aku terus duduk kat salah satu kerusi-kerusi kat situ. Eh, apa hal pulak aku jawab aku nak makan tadi..sepatutnya bungkus. Aku nak makan dengan siapa kat sini. Leceh betul la.


Aku bangun dan cepat-cepat ke gerai tadi untuk betulkan order aku. Tapi sayangnya ramai sangat la pulak manusia kat gerai tu time tu.. nak masuk ikut celah mana pun aku tak tau dah. So aku pun tak jadilah nak tukar jenis order aku tu. Takpe la.. makan pun makan la.. ok jugak tu.. boleh cuci mata walaupun aku sorang-sorang. Dalam masa 20 minit lepas tu mee goreng aku pun siap. Aku cari port yang best untuk makan sorang-sorang. Janggal jugak sebenarnya nak makan sorang-sorang kat food court ni sebab selalunya kalau makan kat food court aku makan dengan geng aku. Tapi buat selamba je la. Tapi tak jadi pulak aku nak cuci mata sambil makan tu. Tunduk je.. buat style ala-ala kebulur tujuh hari tak makan..


“Berselera nampak..”eee..sibuknye manusia ni nak ambik tau hal aku..malas nak layan. Entah siapa-siapa entah, kenal tak, apa tak, nak tegur-tegur. Aku buat dek je, terus menampakkan betapa berleranya aku makan mee goreng tu dan betapa rancaknya cacing-cacing dalam perut aku menari lagu Akademi Fantasia, ‘Menuju Puncak’. Heh.


“Boleh abang duduk sini?”aku angkat muka nak pandang manusia yang berani membahasakan dirinya ‘abang’ tu. Erk! Terkejutnya aku sebab yang nak duduk depan aku tu, faci kolej aku masa minggu orientasi dulu. Nasib baik tak tercekik. Abang Aziq yang cute, gelaran yang aku bagi pada dia secara tak rasmi. Walaupun dia suruh kitorang panggil dia abang Zek, aku tetap panggil dia abang Aziq. Abang Aziq senyum. Gabra sekejap aku dibuatnya tapi dalam gabra-gabra tu aku angguk jugak. Abang Aziq senyum lagi dan aku pulak hanya diam, terdiam sebenarnya.


“Zura tak suka abang duduk sini ke?” Abang Aziq menyoal aku yang masih dalam keadaan separuh sedar. “Kalau Zura tak suka tak apalah, abang boleh pegi,”sambungnya dan mula nak angkat punggung. Alamak...saje la tu...


“Bukan!”cepat-cepat aku cakap tapi tak sangka pulak level suara aku jadi level 5 macam level ringtone handset Maria. Sekumpulan budak-budak perempuan yang makan kat meja tepi aku menoleh. Malunya....


“Bukan macam tu. Bukan saya tak suka tapi saya terkejut macam mana awak tau nama saya,”aku kawal intonasi dan level suara aku. Rugilah kalau dia blah. Dah lama aku dok intip muka dia dari jauh. Dah dekat macam ni kalau dia blah macam tu aje..rugi la.. Lepas ni boleh la aku eksyen sikit dengan geng aku yang aku dah berpeluang borak-borak dengan abang Aziq yang cute tu..heh. Tapi aku sekadar ‘bersaya-awak’ je, malas nak panggil abang. Masa minggu orientasi dulu aku terpaksa panggil dia abang, kali ni malas la nak panggil dia dengan panggilan tu walaupun tadi dia bahasakan diri dia abang. Biarlah.


“Oo..Zura pelik ye? Adik abang yang cerita pasal Zura. Siap tunjukkan gambar Zura pada abang lagi,”jawapan Abang Aziq membuatkan aku tertanya-tanya. Alamak.. adik dia? Entah-entah dia ni abang kepada...


“Azira!”Abang Aziq berkata, seolah-olah tau apa yang tersirat kat hati aku. Alamak..dia ni ke abang Azi..Bestnya..heh.


“Oo..ye ke? Patutlah awak tau nama saya,”aku jawab ringkas. Perasaan aku jadi bercampur-baur, tak menentu jadinya aku waktu tu. Rasa tak tertelan aje mee kat trakea aku. Nafas aku pun tersangkut kat esofagus.


“Azi banyak jugak cerita pasal Zura kat abang. Pasal Zura baik dengan dia walaupun baru kenal, pasal Zura masak nasi goreng tapi mentah..”Abang Aziq senyum. Ish.. itu pun Azi cerita ke? Malunya... “Pasal pakwe Zura pun Azi ade cerita,”sambung Abang Aziq.


Hah?! Pasal Zul ke maksud Abang Aziq? Ee....malunya. Azi ni.. tak patut la..


“Zura janganlah marah Azi, ye? Abang yang tanya dia kalau-kalau dia tau Zura dah ada pakwe ke belum. Tu sebab dia cerita. Abang sekadar nak tau. Yelah, kalau nak kawan dengan orang yang dah ada pakwe ni lain caranya. Kalau dengan orang yang tak ada pakwe lain pulak caranya,”Abang Aziq menerangkan dengan panjang lebar. Aku cuma senyum. Lain macam aje bunyi ayat Abang Aziq ni. Aku mula perasan. Geli je...


Masa terus berlalu dan peperiksaan semester aku yang pertama kat UPM ni pun semakin hampir. Aku semakin kerap ke perpustakaan dengan geng aku dan kadang-kadang dengan Abang Aziq. Entah la.. kekadang aku rasa bersalah dengan Zul. Aku rasa macam curang dengan dia. Aku pun tak pasti perasaan sebenar aku pada Zul. Adakah aku betul-betul anggap dia sebagai kawan baik aku seperti mana yang kitorang penah ‘war-warkan’ sebelum ni.. atau mungkinkah perasaan aku kepadanya adalah perasaan yang sama, yang pernah aku rasai 6 tahun dulu, yang pernah aku bagi pada seseorang yang tak tahu menghargainya?
Zul pun sekarang semakin jarang SMS dengan aku. Telefon apatah lagi. Kadang-kadang bila dia telefon, aku pulak yang rasa malas nak berbual. Bila dia tak telefon, aku jadi rindu. Bila dia telefon, aku terbayang muka Iza. Aku rimas. Dan semenjak akhir-akhir ni, aku selalu jugak teringatkan dia, jejaka yang pernah hadir dalam hidup aku tu. Aku tak tau kenapa. Aku tak pernah mintak dia hadir semula dalam hidup aku, tapi aku jugak tak pernah berdoa supaya dia dijauhkan daripada hidup aku. Aku semakin buntu. Akhirnya, aku akan SMS Abang Aziq. Seolah-olah aku jadikan Abang Aziq sebagai medium untuk aku melupakan Zul dan dia. Aku sendiri tak pasti perasaan sebenar aku pada Abang Aziq. Adakah aku mempergunakan abang Aziq? Zalimkah aku?


Cuti akhir semester pertama menjelma. Cuti sebulan dan dah tentulah macam-macam aktiviti yang dah tergambar kat otak aku. Aktiviti pertama aku ialah nak berkhemah kat Ulu Yam bawah kelolaan Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Rasa seronok dan tak sabar aku nak pergi sebab kali ni geng aku pun join jugak termasuklah Maria yang becok tu. Mesti havoc nanti! Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Semua peserta berkumpul kat depan bangunan pentadbiran sebelum bertolak. Aku dengan geng aku pun becok-becok la sementara menunggu urusan pengangkutan selesai. Tengah aku becok-becok dengan geng aku tu, aku terpandang wajah yang pernah aku nampak kat depan ko-op dulu lalu kat depan aku. Terdiam aku sekejap. Aku cuba amati wajahnya dan memang sah..dialah orangnya. Tapi kenapa aku perlu bertemu semula dengan dia kat sini setelah satu semester berakhir? Pertemuan yang akan hanya menambahkan sesak di dada aje.


Dia kelihatan sedang sibuk menguruskan pengangkutan peserta aktiviti ini. Shahril nampak semakin tampan sekarang dan dia masih mengenakan topi macam dulu jugak, imejnya yang membuatkan aku jatuh minat pada dia dulu. Sekilas aku ternampak dia senyum, senyuman yang masih manis macam 6 tahun dulu. Sikit pun tak kurang gulanya. Mintak-mintak janganlah dia join aktiviti ni, sekadar uruskan pasal bas aje cukuplah, aku berdoa dalam hati. Aku tak bersedia lagi nak join aktiviti yang sama dengan dia. Syukurlah kata-kata aku menjadi kenyataan. Kelibat Shahril langsung aku tak nampak bila sampai kat Ulu Yam. Hmm.. leganya. Bolehlah aku beraktiviti dengan bestnya tanpa sebarang gangguan.


Perkhemahan berlangsung selama 3 hari tanpa sebarang masalah. Semua peserta gembira walaupun rata-rata peserta bukan dari kolej atau fakulti yang sama. Hari terakhir pun tiba dan perasmian penutup akan diadakan. Aku tengok AJK program bukan main sibuk buat hiasan kat ‘dewan’ yang kitorang buat sendiri untuk digunakan selama 3 hari ni. Hiasannya ala kadar aje tapi cukup menarik bila dibuat dengan menggunakan bahan-bahan terbuang dan daun-daun dalam hutan tu. Kreatif gitu!


Acara perasmian penutup akan dimulakan kejap aje lagi. Aku dengan geng aku dah pun ambik tempat kat barisan paling belakang. Tak lama lepas tu Dekan FRS selaku penasihat program pun masuk ke dalam ‘dewan’ dan diiringi oleh beberapa orang kuat program termasuklah pengarah program. Hah? Aku tak dapat sangkal apa yang aku pandang. Setahu aku pengarah program akan duduk kat sebelah penasihat program dan apa yang aku nampak, Shahril tengah duduk kat sebelah dekan tu. Aku mula rasa gelabah. Aku jadi semakin gelabah bila acara penyerahan sijil dimulakan.


“Hazura,”aku dengar MC panggil nama aku untuk ambik sijil. Bencinya.. kenapa aku perlu berhadapan dengan dia saat-saat macam ni? Benci..


“Boleh tak kalau aku tak bangun?”Maria menjengilkan biji matanya. Aku cuma sengih. “Aku melawak je la..”aku terus bangun dan jalan dengan hati yang berdebar-debar. Dah 5 tahun aku tak tengok muka dia. Kali ni aku akan bertentang mata dengan dia, dan akan senyum lagi dengan dia. Tabahkanlah hatiku Ya Allah...


Aku senyum pada dekan tu dan pandang Shahril sekilas. Aku nampak Shahril tengah memandang tajam kat aku. Aku cuba senyum walaupun aku tak lagi memandang muka Shahril.


Benci...


Majlis tamat dan peserta pun mula sibuk mengemas barang masing-masing. Dah siap kemas, aku terus tunggu kat tepi bas. Maria dengan geng aku yang lain sibuk bergambar sana-sini. Aku sebenarnya minat bergambar tapi entah kenapa mood nak bergambar hilang. Mungkin sebab Shahril tadi..


“Assalamualaikum,”aku cuma diam dan langsung tak menoleh. Aku kenal sangat dengan suara tu walaupun dah 5 tahun tak dengar. Suara yang dulu selalu aku dengar tetiap malam melalui gagang telefon. Suara yang dulu aku iktiraf konon-kononnya suara paling merdu pernah aku dengar bila dia nyanyikan lagi ‘Kau Ilhamku’ untuk aku.


“Zura apa khabar?”


Aku diam je. Akhirnya aku toleh sikit untuk tengok muka dia. Shahril senyum.


“Sihat. Thanks. Shah?”aku tak dapat elak dari menjawab dan bertanya semula. Sebenarnya aku rindu kat suara dia tapi benci pada sikap dia dulu. Apa yang patut aku buat?


“Shah sihat. Shah ingat Zura dah tak mau cakap dengan Shah lagi,”Shahril dah duduk kat depan aku, mencangkung yang lebih tepat. Terkejut aku dibuatnya dan aku pun cepat-cepat berundur, jauh sikit daripada Shahril.


“Memang macam tu pun sebenarnya. Tapi tak sampai hati,”aku menjawab selamba. Aku tengok Shahril senyum.


“Tak sampai hati atau Zura pun memang rindu kat suara Shah?”Shahril senyum.


Aku pandang muka Shahril tanpa sekali pun mengelipkan mata. Aku benci dengar dia cakap macam tu. Aku rasa aku kalah walaupun itu satu kenyataan yang tak dapat aku sangkal.


“Shah dah lama tau Zura belajar kat sini, cuma tak sempat nak buat follow-up macam dulu,”dia senyum lagi pada aku. Aku cuma diam, tak memberi sebarang respon tapi sekilas fikiran aku terimbas peristiwa 6 tahun lalu di mana Shahril membuat follow-up terhadap kegiatan nakalku dulu.


“Shah dah lama putus dengan Laili, dan Shah pun dah lama cuba nak cari Zura semula. Tapi, Shah susah nak dapatkan contact number Zura. Shah nak kita kawan semula,”selamba aje Shahril berkata-kata, tak fikir langsung pasal perasaan aku. Tak fikir langsung kot-kot aku ni dah ada tunang ke.. dah kawin ke.. at least dah ada pengganti dia ke.. suka-suka dia aje nak bercakap. Ayat dia tetap macam dulu. Sentiasa manis tersusun, ibarat ada kilang gula kat bibir dia. Bibir sentiasa menguntum senyum bila berkata-kata dan tak peduli macam mana perasaan orang yang sedang berkomunikasi dengan dia tu. Aku jadi semakin meluat.


“So, kalau Shah dah putus dengan kak Laili, nak baik semula dengan Zura la yer? Banyak lawa muka Shah. Sebab kita kebetulan jumpa dalam program ni, Shah nak baik semula dengan Zura. Kalau tak, takkan kan? Shah jangan nak bagi alasan susah nak cari contact number Zura. Zura bukannya pindah rumah ke tukar nombor telefon rumah ke.. Shah tak payahlah nak ayat manis-manis dengan Zura.. buat Zura tambah menyampah aje dekat Shah,”aku menghamburkan kata-kata yang aku rasakan cukup pedas tapi dengan nada suara yang mendatar. Shah cuma senyum. Aku benci dengan senjata dia yang satu ni. Betapa susah nak tengok dia marah. Ya, aku akui sikap dia yang satu inilah yang membuatkan aku jatuh hati dulu.


“Shah ikhlas. Shah rasa kebetulan yang terjadi ni satu rahmat untuk kita berdua. Shah akui Shah tak sungguh-sungguh cuba cari contact number Zura, Shah tau Zura pun sedar tentang perkara tu. Tapi bila dah ditemukan macam ni, kalau boleh Shah tak nak lepaskan peluang ni. Shah nak kita kawan semula. Shah dah kawan dengan ramai perempuan lepas kita putus, itu Shah akui dan Shah dapat rasa Zura yang terbaik untuk Shah,”Shahril berkata sambil memandang tepat ke anak mata aku. Aku ingat lagi, Shahril pernah kata, bila seseorang tu berkata-kata tanpa memandang ke anak mata pasangannya, maknanya dia berbohong. Sekarang Shahril berkata-kata sambil memandang anak mata aku. Apa maknanya tu? Aku semakin bingung.


“Tapi Zura tak rasa pun Shah yang terbaik untuk Zura walaupun Zura tak pernah lagi bercinta lepas kita putus dulu..”aku berkata selamba. Tapi jujur ke aku bila menuturkan ayat tu?
Aku dapat mendengar satu keluhan dari mulut Shahril. Shahril bangkit dari mencangkung dan berdiri berhampiran dengan aku. Aku cuma diam aje lepas tu. Peserta program semakin ramai berkumpul berhampiran dengan tempat kami sedang ‘berdiskusi’. Mata-mata yang memandang kami juga semakin ramai. Kalau setakat memandang aje tak apa, ni siap ada sound effect sekali tu yang tak larat tu...


“Zura harap lepas ni tak ada apa-apa follow-up yang Shah buat. Kita habis kat sini aje,”ujarku lantas segera aku beredar dari situ menuju ke tempat geng aku. Aku pun tak pasti samada aku ikhlas menuturkan kata-kata itu tapi yang pasti aku tak mahu semudah itu hubungan kami terjalin kembali. Aku nak Shahril tau hati aku tak semudah itu untuk dilempar dan kemudian diambil balik sesuka hati dia aje. Aku pun ada harga diri.


“Kau nampak cam dah lama kenal aje dengan pengarah tu?”Yati kawan aku yang paling kepoh antara kami terus bertanya bila aku masuk semula ke dalam kelompok geng aku. Aku cuma diam aje. Mood aku hilang terus untuk bercakap-cakap. Aku biarkan aje muka Yati masam-masam kelat bila pertanyaan dia aku buat endah tak endah. Dalam bas pun aku diam aje. Sekilas aku teringat macam mana aku boleh berkawan dengan Shahril dan seterusnya bercinta dengan dia dalam usia aku baru menginjak 13 tahun. Satu nilai usia yang teramat muda tapi perasaan cinta yang lahir dalam diri aku untuk Shahril betul-betul buat aku tak pandang lagi lelaki lain selepas itu, kecuali... Zulhamdi..


“Kenapa awak suka call saya?”Soalan Shahril di hujung talian membuatkan aku tergelak besar.


“Kenapa awak gelak?”Sambungnya.


“Sebab saya suka kat awak la, itu pun nak tanya ke?”jawabku nakal. Aku dapat mendengar sebuah keluhan.


“Kenapa awak tak pernah nak berterus-terang dengan saya? Saya dah tahu siapa awak, saya cuma nak awak mengaku dengan mulut awak sendiri, siapa awak yang sebenarnya..”kata-kata Shahril membuatkan nafas aku tersangkut seketika. Shahril tau siapa aku? Alamak.. malunya....

Esoknya...


“Bai, dia kata dia dah tau siapa aku la Bai..betul ke aa? Dia nak aku mengaku dengan mulut aku sendiri...macam mana ni Bai? Aku segan la...”aku menarik-narik tangan Baiti semasa kami sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah.


“Aik? Ko pun kenal segan ke? Ala, ngaku je la Zura.. berapa lama lagi ko nak main sembunyi-sembunyi macam ni? Kesian jugak dekat dia tau! Tapi OKla kalau dia kata dia dah tau siapa ko sebenarnya, nanti bila sampai masa ko berterus-terang dengan dia, takdelah payah sangat nak susun ayat kan...”Baiti mengomel macam makcik kantin kat sekolah kitorang.


“Hmm.. kalau la dia ada kat sini sekarang, kan senang..dengar sendiri apa yang ko cakap tadi. Tak payah aku susah-susah nak terangkan..”


“OK, saya dah dengar...”tiba-tiba kata-kata aku dipotong oleh satu suara yang muncul di sebalik mesin penjual minuman tin tersebut. Aku terpana sebentar sementara Shahril pula sedang melemparkan senyuman manisnya kepada aku.


“Mak!!!”Aku rasa macam nak menjerit je masa tu. Tapi memang dah termenjerit pun...


Tiba-tiba aku jadi keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku rasa macam nak menangis. Bai..tiba-tiba aku teringat kat kawan baik aku yang banyak tau pasal hubungan aku dengan Shahril dulu. Aku mesti cerita kat Bai bila sampai kat rumah nanti.


* * *


“Aku confuse la Bai. Kenapa dia cakap macam tu? Ikhlas ke dia? Perasaan aku jadi tak tentu la Bai lepas aku dengar dia cakap macam tu,”aku lepaskan semuanya pada Baiti, kawan baik aku tu. Pada Baiti aku ceritakan perasaan aku yang sebenar, sikit pun aku tak tipu. Baiti senyum. Dia sedut air milo dalam gelas kat depan dia tu sebelum balas kata-kata aku.


“Ko suka lagi kat dia kan?”simple aje kata-kata Baiti. Aku ingatkan panjang sangat ayat yang dia nak cakapkan tadi sebab cara dia menyedut air tu macam panjang aje ayat yang dia nak luahkan. Hmm...


“Mungkin juga kot. Tapi Zul macam mana pulak...”aku tutup mulut aku lepas tersedar aku dan terlajak kata. Aku tau Baiti tak suka aku fikirkan lagi pasal Zul lepas aku ceritakan macam mana Zul melayan aku macam endah tak endah aje sekarang selepas kitorang balik dari Gunung Jerai tu.


“Zul? Dahla Zura... Kalau dia ikhlas nak kawan dengan ko, macam mana kuat pun godaan Iza, dia tak boleh lupakan ko dalam sekelip mata macam tu aje.. Kalau misal kata pun dia dah ada hubungan istimewa dengan Iza, kawan tetap kawan kan.. Kenapa yang dia sampai lupakan ko terus? Kalau dari dulu korang memang tak rapat, tak pe la.. ni dulu korang kan kamceng. Tiba-tiba aje bila Iza rapat dengan dia, dia macam lupakan ko. Aku tak suka ko ingatkan dia lagi Zura..”Baiti memuncungkan mulutnya yang comel tu. Baiti... memang seorang kawan yang mengambil berat dan memahami aku.. walaupun kadang-kadang kata-katanya sinis.. Aku sayang ko Baiti!


“Aku tak pasti lagi la macam mana Baiti.. tapi yang pasti aku tak pernah angau dengan kata-kata Zul tapi kata-kata Shah boleh buat aku terawang-awang.. ‘flying without wings’ gitu.. ”ujarku selamba. Baiti senyum comel.


“Senang aje Zura.. kalau ko rasa jantung ko mengepam laju aje darah ko bila ko tiba-tiba teringat kat Shah, aku rasa baik ko terima aje dia semula. 6 tahun kan ko setia kat dia walaupun ko tau dia curang dengan kakak angkat ko sendiri. Aku rasa betul la.. jodoh ko dengan Shah...,”selamba Baiti mengeluarkan hujah-hujahnya yang aku rasa ada juga serba-sedikit kebernasannya. Jodoh? Aku senyum aje... Hmmm...


* * *


Abang Aziq ajak aku study dengan dia kat library hari Sabtu ni. Aku setuju aje tanpa banyak tanya. Aku memang nak cari bahan untuk assignment yang aku nak kena hantar hujung bulan ni. Lagipun abang Aziq ada kereta, tak ada masalah aku nak kata ‘on’. Entah kenapa abang Aziq cuma nak study sampai pukul 12 tengahari aje. Lepas tu, abang Aziq ajak aku pergi makan tengahari dengan dia. Aku cuma setuju tapi aku ingat lepas makan aku nak ke library semula sebab bahan yang aku cari rasanya tak cukup lagi. Lebih membuatkan aku pelik, abang Aziq ajak aku makan dekat luar UPM. Tempat yang ‘special’ katanya. Aku rasa nak tanya kat mana tapi entah kenapa mulut aku bagaikan dikunci, siap dengan Solex sekali. Aku cuma menurut.


Tak sampai setengah jam, aku sampai kat satu kawasan taman perumahan. Entah restoran apa yang ada kat sini yang ‘special’ sangat tu aku pun tak tau. Abang Aziq masuk pulak ke salah satu lorong kat kawasan perumahan tu. Sambil memandu, dia tersenyum-senyum sorang diri. Kawasan tu terang-terang tak ada satu pun kedai makan. Aku jadi bertambah tak sedap hati. Ke mana pulak abang Aziq nak bawak aku ni...takkan nak culik aku kot...


“OK..dah sampai,”abang Aziq pandang aku dan senyum sebaik sahaja dia ‘park’ kereta berhampiran salah satu rumah yang terdapat kat situ. Dia menggendang-gendang stereng kereta sambil memandang aku yang sememangnya tengah ‘confuse’. Aku kerutkan dahi, tanda aku tak faham situasi yang tengah melanda aku masa tu.


“Ni rumah abang. Jomla masuk. Mak abang dah tunggu kat dalam. Mak abang masak ‘special’ hari ni untuk bakal menantu dia,”dengan susunan ayat yang bukan main rapi abang Aziq berbicara. Aku terkesima sekejap. Tangan aku tiba-tiba menepuk dahi aku yang masih berkerut tu. Aku dah faham...


“Apa awak buat ni... Kenapa tak cakap dulu kat saya? Mana boleh macam ni..”aku meluahkan kekesalanku tapi dengan nada suara yang mendatar dan perlahan. Bila masa pulak aku jadi makwe dia? Suka-suka aje nak kenal-kenalkan aku dengan mak dia. Banjir kilat betul la abang Aziq ni. Apa aku nak buat sekarang? Kalau aku berkenalan dengan mak dia, dibuatnya mak dia berkenan pulak dekat aku, tak pasal-pasal je. Kalau aku buat perangai kurang ajar, ‘sure-sure’ mak dia takkan berkenan kat aku. Tapi takkan la nak buat kurang ajar kot? Kesian pulak kat abang Aziq. Tapi kenapa dia buat macam ni kat aku? Bila masa aku kata aku suka kat dia?


Eeeeee....


“Abang ikhlas. Abang tak cakap dulu kat Zura sebab abang nak mak abang jumpa Zura dulu. Abang memang nak kawan dengan Zura tapi abang kena tengok penerimaan mak abang dulu. Kalau OK, baru abang boleh terus berkawan dengan Zura,”abang Aziq menerangkan kepada aku dengan panjang lebarnya. Hah? Macam tu pulak? O.. kalau mak dia terima aku, barulah boleh terus berkawan dengan aku ek? Macam tu? Penerimaan mak abah aku pulak macam mana? Tak ambik kira sekali? Eeeee.. ada jugak bakal jurutera yang tak berapa ‘center’ otaknya kat UPM ni. Tiba-tiba aku jadi hilang rasa hormat kat abang Aziq yang aku puja-puja selama ni. Yang nak kahwin kemudian hari tu siapa? Mak dia ke, dia? Memang la restu mak ayah tu penting tapi takkan sampai macam tu sekali. Tak ambil kira langsung perasaan orang lain..sama aje macam Shah.


Meluatnya...


“Saya tak suka la awak buat macam ni,”kata-kataku terhenti tiba-tiba bila aku ternampak seorang wanita, dalam lingkungan umur 50-an berjalan keluar dari rumah dan terus menghala ke kereta abang Aziq. Wanita itu tersenyum.


“Kenapa tak keluar-keluar lagi ni Along? Mak tengok Along parking kereta dah lama dah...”wanita itu berkata setelah abang Aziq membuka pintu keretanya. Aku cuma diam tapi aku tetap senyum kepada mak abang Aziq tu. Biarlah senyum kambing pun..


“Kawan Along ni tak nak keluar, mak. Segan katanya,”pandai-pandai aje abang Aziq buat cerita dongeng. Bila masa aku kata aku segan. Aku kata aku tak suka....Aku tengok mak abang Aziq senyum aje.


“Marilah masuk.. hm.. sapa nama anak ni, makcik lupa tapi Aziq pernah bagi tau.. Zura ye kalau makcik tak silap?”aku cuma senyum dan mengangguk. Memang tak silap.. betul sangat!


“Hah, jom la,” mak abang Aziq mengajak lagi dan aku pun mengangguk lagi. Wanita itu lantas beredar dari situ. Aku pandang muka abang Aziq dengan pandangan yang aku kira cukup tajam. Abang Aziq angkat bahu dan terus keluar dari kereta. Aku jadi semakin geram. Main angkat-angkat bahu pulak dia.. Eeeeee.....sekeh kang!


Aku cuma membontoti abang Aziq tanpa sebarang kata. Rasa sakit hati sebab dipermain-mainkan masih memenuhi segenap ruang hati aku. Kenapa abang Aziq ni tak boleh berfikir dengan baik? Ingat aku ni tak ada perasaan agaknya. At least cakap la..ni ikut suka laki mak tiri dia aje. Sepanjang makan aku langsung tak pandang muka abang Aziq. Aku cuma berbual-bual dengan mak dia aje. Kalau ikutkan hati aku yang tengah hangat ni, nak aje aku buat kurang ajar dekat mak abang Aziq tu tapi aku tak sampai hatilah pulak. Lagipun mak aku kata tak baik buat kurang ajar dekat orang tua, nanti hidup tak berkat. So aku pun tak jadi la nak buat kurang ajar. Aku layan aje mak dia berbual. Mak dia pun layan aku baik semacam aje..sporting abis! Entah-entah mak dia betul-betul ingat aku ni makwe abang Aziq kot? Silap besar la...


Dalam kereta waktu nak balik aku diam aje. Sepatah pun aku tak bercakap dengan abang Aziq. Aku dah berkira-kira nak gunakan bahasa isyarat kalau abang Aziq tanya aku apa-apa soalan, tapi abang Aziq macam tau-tau aje niat aku tu. Dia pun diam aje sampailah kat kolej aku.
“Zura marah abang lagi ke?”hah! Ingatkan dah bisu tadi..


“Bengang...”aku jawab sepatah dan terus keluar dari kereta tu. Tapi pintu kereta takdela aku hempas macam dalam sesetengah drama tu. Masih bersopan-santun gitu.


Hilang terus mood aku nak sambung cari bahan untuk assignment aku tu. Sampai kat bilik, aku terus rebahkan badan kat tilam aku yang agak empuk berbanding tilam roomate-roomate aku. Geramnya aku pada abang Aziq tak dapat nak aku hilangkan. Entah kenapa..dulu Shahril pun ada buat ‘surprise’ lebih kurang macam ni.. tak ada pulak aku rasa nak marah. Happy lagi adalah..hmmm..kenapa pulak Shahril yang aku ingatkan saat-saat macam ni?


Bencinya...


Tuk! Tuk!


“O mak kau tergolek!”terkejut aku dibuatnya lalu aku pun termelatah dengan kuatnya. Cipan betul la sapa yang ketuk pintu tu.


Pintu bilik dibuka sebelum sempat aku kata ‘masuk’. Shima tersengih-sengih macam kerang busuk. Gembira la tu sebab dah berjaya buat aku melatah. Kurang asam..


“Nak pe?”


“Amboi.. garangnya.. marah nampak? Ni.. ada mamat nak jumpa ko kat luar tu. Hensem siot..”Shima menegakkan ibu jarinya semasa menyebut perkataan ‘hensem’ itu. Hai.. sapa pulak nak jumpa aku ni..


“Cepat la.. gi jumpa dia. Sapa ek agak-agaknya? Takkan pakwe ko kot?”


“Kenapa pulak takkan?”aku pelik dengan statement Shima tadi.


“Yela.. takkan ada budak lelaki hensem kat UPM ni yang nak kat ko kot..”Shima sengih mengena pulak kali ni. Kurang asamnya..


“Ko cabar aku ye? Nanti la..”aku baling bantal busuk aku yang berbentuk botol susu kat Shima. Shima mengelak dan terkekeh-kekeh ketawa lantas keluar dari bilik aku.


Aku musykil lagi untuk yang kesekian kalinya. Budak lelaki hensem? Siapa pulak ni? Lekas-lekas aku pakai tudung dan sarung selipar jepun warna hijau aku tu. Menapak ke pintu masuk blok dan menolak pintu koboi tersebut. Mata aku melilau ke kiri ke kanan mencari-cari gerangan manusia yang dikatakan dek Shima nak jumpa aku tu dan seketika aku ternampak kelibat manusia tengah duduk kat bangku rehat depan pejabat pentadbiran kolej. Aku kenal sangat dengan susuk tubuh tu meskipun dia tengah membelakangi aku. Seketika manusia itu menoleh dan memang tepat telahan aku.. Shah.. buat apa dia datang jumpa aku??


* * *


Lagu ‘Anyone of Us’ nyanyian Gareth Gates berkumandang kat radio Era waktu aku tengah study malam tu. Eee.. sedapnya lagu ni.. nak cari la ringtone dia nanti. Aku mencapai handset dan membuka menu ‘Message’ tanpa sebab. Boringnya.. tak ada ke orang nak hantar mesej kat aku ni? Hm.. kalau aku bagi nombor aku kat Shah hari tu, mesti dia hantar mesej kat aku kan?


Ewah.. ke situ pulak peginya otak aku ni.. tetiba..


Nada dering lagu ‘Jika Kau Tiada’ berbunyi.. ‘one message received’


Hah! Macam tau-tau aje aku tengah boring. Aku terus tekan punat ‘unlock keypad’ dan kemudian punat ‘read’. Perkataan ‘bEsfrEn’ tertera kat skrin. Nama samaran yang aku gunakan untuk identiti Zul! Dah lama dah dia tak hantar mesej kat aku. Mesej aku pun tak dibalasnya. Apa mimpi dia kali ni? Gaduh dengan Iza ke? Pastu cari aku? Banyak lawa..




<'Dah lama tak dengar kaba..dah lupa kot dengan orang kat sini..'>


Perlu ke aku balas? Atau abaikan aje? Aku biarkan sekejap dan fikirkan tindakan yang paling baik. Akhirnya aku jawab jugak mesej tu, sekadar nak berbahasa, walaupun terselit satu perasaan pelik dalam hati..

<'Bukan lupa, cuma taknak habiskan kredit awak aje..'>


<'Mana ada saya cakap balas mesej awak menghabiskan kredit saya. Buat saya happy adalah..'>


<'Iye ke? Tapi kenapa saya tak rasa macam tu pun?'>


<'Maksud awak? Saya tak faham..'>


<'Tak ada apa-apa la Zul. Kita mesej lagi lain kali yer? Saya tengah makan ni...'>


Aku terus matikan handset aku. Tgh makan? Makan apa? Makan buku? Hmm.. entah kenapa aku layan dia macam tu. Aku sendiri pun tak tau. Adakah sebab pertemuan dengan Shahril tadi yang membuatkan aku mula malas nak layan mesej dengan Zul? Hmm.... ataupun sebab mesej Iza hari tu?


Aku pun tak tau bila masa Iza dapat nombor henset aku tapi tiba-tiba aje aku dapat SMS daripada dia. SMS yang konon-kononnya silap dihantar, nak hantar kepada kawannya dan tersilap hantar kepada aku. Sakitnya hati aku membaca SMS yang tersilap send tu.


<‘Iza kat Midvalley ni, nak tengok wayang dengan Zul.. Along jangan fikir yang bukan-bukan ye, Along jaga diri baik-baik.. Along tetap kawan Iza..’>


Hmm.. apa maksud Iza dengan SMS yang silap dihantarnya tu? Mungkin juga watak Along tu adalah bekas pakwe Iza dan dia nak bagitau kat ex-boyfriend dia yang dia sekarang dah ada Zul... dan lepas tu buat-buat silap send kepada aku.. aku membuat andaian sendiri. Aku benci untuk membuat andaian sebegitu tapi aku tak mampu kawal medula oblongata aku daripada memberikan tafsiran sebegitu kepada impuls aku.


Bencinya...


Zul pulak dah semakin jarang SMS atau telefon aku dan aku pun dah tak tau lagi apa-apa aktiviti seharian dia. Kalau tidak, dulu akulah tempat dia bercerita tentang aktiviti-aktiviti seharian dia. Discussion dengan course-mate pun diberitahunya kepada aku. Dan aku pulak, setia mendengar setiap cerita-ceritanya dengan penuh minat seolah-olah aku faham akan segala-gala yang diceritakannya walaupun kadang-kadang aku tak faham langsung apa yang Zul ceritakan, lebih-lebih lagi tentang matapelajaran yang diambilnya, tapi aku sentiasa buat-buat seolah-olah aku berminat dengan cerita-cerita dia. Tak sekali pun dulu aku menolak bila dia nak bercerita. Kalau tengah tidur pun, aku sanggup bangun. Dan sekarang, dia berhubungan baik dengan Iza dan berita yang aku rasa penting ni sikit pun tak diberitahunya kepada aku... kecil hatikah aku? Siap tengok wayang bersama lagi tu...


Bencii..


Tapi adakah salah aku jugak yang sejak akhir-akhir ini mula malas nak melayan bila dia telefon aku menyebabkan dia berpaling kepada Iza? Aku tak salahkan Iza kalau dia menggoda Zul sebab aku dengan Zul pun memang tak pernah ada apa-apa hubungan istimewa secara rasminya, tapi... Zul? Tidakkah dia sedar layanan aku kepada dia selama ni berbeza daripada layanan aku terhadap kawan-kawan lelaki aku yang lain terutama sekali semasa di matrik dulu? Kenapa Zul buta sangat dalam menilai erti perhatian yang aku berikan?


Tiba-tiba aku rasa nak menangis untuk yang kesekian kalinya disebabkan lelaki. Dah 6 tahun aku tak menangis sebab lelaki dan tak sangka bila kali kedua aku jatuh hati, aku perlu menangis lagi. Aku campakkan henset ke atas katil dan duduk berteleku menghadap ‘study board’. Air mata turun perlahan-lahan, masih lagi mampu aku kawal tanpa esak. Mata aku tertancap pada sebaris nombor telefon yang aku tampalkan pada ‘study board’ tersebut. Lama aku tenung nombor tersebut. Aku kesat air mata yang bersisa di pipi lantas bangun mengambil semula henset yang aku campakkan tadi. Aku memandang semula nombor tersebut dan mendail. Aku menanti panggilan bersambut sebelum mengeluarkan suara.

“Hello,”panggilan bersambut.

“Shah...”Aku memanggil nama tuan punya nombor.

“Sayang..”Aku dengar Shahril menjawab panggilan aku tadi dan serta-merta air mata aku turun bertali-tali untuk yang kesekian kalinya. Aku tewas!


* * *

3 ulasan:

  1. erm. kisah benar ke atau kisah yg tak de kena mengena antara yg hidup atau yg mati?.

    BalasPadam
  2. time kaseh sbb membace cerpen saye.. =)

    ini adelah kesah separa benar.. dan ade kene mengene dgn yg masih hidup.. belum ada lagi watak dlm cerita ni yg telah meninggal dunia selepas cerite ini disiapkan..

    sekian adanya =)

    BalasPadam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers