_____________________________________________________________________________
Pagi pagi lagi dah berdebat dgn colleague aku... aku ekceli malas nak berdebat pagi pagi ni dgn colleague aku yg tak
Katenye mati syahid bila kita fi sabilillah saja... tolong luaskan sikit pemahaman kau tentang makna fisabilillah? berjuang di jalan Allah bagi mempertahankan agama, harta benda dan negara... tu bukan fi sabilillah ke..
Susah bila org dah terlalu taksub dengan parti politik ni.. pemikiran jadi sempit dan dangkal.. balik balik dok ulang 'dengan aku kau tak yah nk ckp bab bab agama ni ye' lebih kurang mcm maksudnye 'aku bab agama ni mmg expert ye, so takyah nak ajar ajar aku' gtu la.. pls la.. ilmu digali sepanjang hayat... bukan bila dah jadi ahli pas, terus konfem ilmu agama tinggi.. pls la... pls!!
Sedangkan Nabi SAW dah bersabda :
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
“ | "Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim(3539)) |
Nabi dah cakap, jika fahaman erti fi sabilillah kau macam tu, jika yg demikian, syuhada umatku sedikit.....
dan lagi sabda Nabi SAW:
Rasulullah bersabda:
“ | "Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142)) |
Jadi tolonglahh.... jangan ingat bila org yg terbunuh sebab nak mempertahankan negara daripada diserang musuh yg bersenjata dah menceroboh masuk kampung kampung sampai
- aktiviti masyarakat setempat jadi tersangkut...
- sampai orang orang kampung sume kene klua kampung dan berkampung beramai ramai berhimpit himpit kat dewan orang ramai..
- sampai banyak skola kene tutup dan budak budak tak dapat meneruskan sesi pembelajaran..
- sampai bekalan ubat ubatan tak mencukupi sebabkan mendadak ramai orang dapat penyakit sebabkan berhimpit himpit kat dewan orang ramai tu..
- sampai pejuang negara terpaksa menggadaikan nyawa menjadi barisan hadapan nak mempertahankan penduduk penduduk kampung ni...
Mereka syahid insyaAllah.. kenapa aku kata insyaAllah? sebab hanya Allah yg Maha Mengadili....
Jadi kalau mereka ini dimandikan dan dikafankan ke ape ke, ikut sume procedure yg biase kite buat untuk jenazah, janganlah dipertikaikan... sangat tak menahan bile ade colleague aku yg kata kalau deme ni syahid, syahid tak payah mandikan tak payah kafankan... Allah yg Maha Mengadili dan Maha Mengetahui... ape masalah kau kalau mereka ini dimandikan dan dikafankan?
Pendapat aku, menggunakan akal fikiran aku yg Alhamdulillah boleh berfungsi dengan baik ni, yg aku faham daripada hadith sohih Rasulullah ni, mereka insyaAllah golongan syahid...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan