Rabu, Julai 03, 2013

Maktab Rendah Sains Mara

Maktab Rendah Sains MARA adelah jenis sekolah berasrama penuh yg ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat. Institusi ini menyediakan kemudahan pembelajaran untuk pelajar pelajar cemerlang di sekolah sekolah harian seluruh Malaysia.




MRSM yg pertame dibina di Seremban pade Februari 1972 dengan kemasukan pertame seramai 150 org pelajar (lelaki sahaje, dan abg besfren aku semasa di Convent Klang, Anis, adelah salah seorang alumni MRSM perintis ini). Pengambilan terakhir MRSM Seremban adelah untuk kemasukan 1986 dan kendian secare berperingkat dinaiktaraf menjadi Kolej Mara Seremban secara rasminye pada bulan Februari 1994.

Pelajar yg ingin memasuki MRSM perlu menduduki Peperiksaan Khas yg dipanggil Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Peperiksaan Khas ini adelah lebih susah soklan soklannye berbanding peperiksaan UPSR (bagi kemasukan ke tingkatan 1 MRSM) dan PMR (tingkatan 4 MRSM) dalam usaha mencari pelajar yg terbaik di kalangan terbaik ^_^. Pelajar yang medapat keputusan 4A UPSR atau sekurang-kurangnya 6A PMR dengan subjek Matematik dan Sains adelah wajib A, berpeluang memasuki MRSM dengan syarat mencatat keputusan cemerlang dalam UKKM. 

Pelajar di MRSM dinilai mengikut sistem semester seperti di Universiti dengan menggunakan sistem pemarkahan Purata Nilaian Gred (PNG). Pada penghujung setiap semester, pelajar yg cemerlang gila babas (istilah popular semasa di MRSM Muar dulu) akan dianugerahkan Anugerah Kepujian Pengetua yg mana diekstrak daripada konsep Anugerah Kepujian Dekan seperti di Universiti. Pelajar yang mendapat Timbunan Purata Nilaian Gred (TPNG)  kurang daripada 2.00 untuk 2 semester berturut turut kemungkina besar akan dipertimbangkan untuk dikeluarkan dari sistem MRSM dan kembali meneruskan persekolahan di sekolah harian. Untuk Graduasi di akhir semester 4 pula, pelajar perlu mendapat TPNG sekurang kurangnya 2.00. Kegagalan mendapat sekurang kurangnya 2.00 akan menyebabkan mereka tidak dapat bergraduasi dan akan hanya memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia sahaja.

Selain daripada subjek asas akademik, pelajar MRSM juga didedahkan dengan subjek subjek Keusahawanan, Asas Sains Komputer (C++ hehe), Senireka, dan lain lain. Contoh subjek subjek di MRSM (menengah atas) adelah seperti berikut :
Yang paling aku tunggu tunggu semasa belajar di MRSM adelah MINGGU AKTIVITI. Yeayy... boleh pakai baju biasa pegi kelas dan takde proses pembelajaran formal dalam minggu tu. Kami beraktiviti di Dewan besar (DDO di MRSM Muar) dan minggu aktiviti itu sangat menyeronokkan bagi aku  ^___^

Mase aku kat MRSM Muar dulu, kemasukan tahun 1998, hanya ada 18 buah MRSM di seluruh Malaysia. Persaingan memasuki MRSM agak sengit pada ketika itu (aku kata 'agak' sebab rasenye tahun 70's and 80's yg persaingannya 'sangat' sengit kot.. tehehe)

Selepas tahun 1998, bertambah lagi 30 MRSM seluruh Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 48 buah MRSM. Kali ni barulah tertubuhnya MRSM pertama di Selangor iaitu di Kuala Kubu Bharu itu pun hanya pada tahun 2002. Knape eh?


Kemasukan ke MRSM dari sekolah aku adelah amat sangat terhad, walaupun Convent Klang pada tahun 90's adelah sekolah harian terbaik di daerah Klang, tetapi mungkin kuota untuk sekolah bandar tak banyak kot untuk kemasukan ke MRSM. Sekolah aku, Convent Klang, adelah pusat UKKM bagi daerah Klang. Ingat lagi, mase aku ambik exam tu, aku duduk di dewan besar yg dikongsi sekolah rendah dan menengah Convent (mase tu dewan sekolah menengah tak siap lagi) dan beratus pelajar dari sekolah sekolah lain di daerah Klang juga menduduki peperiksaan di pusat UKKM tersebut. Ada yg sama dewan dengan aku dan ada yg duduk di kelas kelas sekolah rendah yang dijadikan pusat peperiksaan. 

Ironinya, walaupun Convent Klang menjadi pusat UKKM, yang terpilih dari Convent Klang sangatlah sikit. PMR batch aku, cuma 4 orang di antara kami yg dapat ke MRSM ; aku ke Muar, Farah ke KT, Nana ke Taiping, Effa ke Jasin. PMR junior aku pulak, cuma seorang sahaja budak di Convent Klang tahun tu yg dapat masuk MRSM ieitu Zilla ke MRSM PC. Di antara kami berempat, aku sorang sahaja yg tidak mendapat straight A's huhu.. Alhamdulillah rezeki yg Allah bagi sebab mak abah aku memang amat sangat berharap aku dapat ke boarding school, terutamanye mak aku... biasalah perasaan seorang mak kan... rasa bangga bila anak dapat masuk boarding school. Sementelah mase tu di kalangan sedare mare aku, sibuk membandingkan anak siapa yg dapat masuk asrama (okeyh, maknenye, tak kisahlah asrama penuh atau asrama sekolah teknik atau asrama rumah jauh dari sekolah.. janji asrama huhuhu).

Dan aku sangat gembira dapat menunaikan hajat mak untuk tengok aku masuk boarding school =')

Sekian karangan saye tentang saye dan MRSM... eh!!! tehehehe ^______^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan