entri ini sangat agak panjang, dan adalah rentetan daripada rasa kecewa yang teramat sangat terhadap progress kerja pembaikpulihan yg dibuat oleh kontraktor untuk rumah subsale yg aku baru beli tu.
sebenarnye bahagian ini pun aku nak masukkan ke dalam salah satu part siri cara cara membeli rumah subsale tu. tapi entah bila aku akan ada masa untuk tulis panjang panjang pasal part V. dan tak dapat jugak aku menahan untuk tidak menulis tentang si kontraktor hampeh ni. jadi aku ambik keputusan untuk tulis dulu bab kontraktor ni dan later on baru cerita pasal part V tu pulak.
dah terbelit belit susun atur cerita aku ni ^__^
alkisahnya, lepas aku dapat kunci rumah, aku masuk rumah yg dah ditinggalkan oleh penyewa lama tu, rumah dalam keadaan agak mendukacitakan.
- bingkai pintu (bingkai kayu) reput dimakan anai anai, bila aku tonyoh sikit dengan batang penyapu, berderai bingkai kayu tu
- kunci pintu rosak dan x boleh guna langsung
- bilik air belakang takde sinki
- bilik air master bedroom takde kepala shower
- banyak lubang pada dinding
- wiring banyak pengubahsuaian dan takde proper casing
- 2nd hall ceiling fan takde
- sliding grill takleh tolak habis
- rumput panjang dan cat pagar yg cinonit tu buruk benor
- cat untuk keseluruhan rumah tak memuaskan
so bila abg bawak kontraktor ni, aka kawan abg, aka seorang ustad, yg mempunyai syarikat bernama Berkat *lh*m ni, datang tengok rumah, dia kata ok, dia boleh buat, DALAM MASA 2 HARI JE NI BOLEH SELESAI! gitulah ayat bongkaknya. ok. bagaimanapun, pada ketika itu, ayat bongkaknya itu amat sangat melegakan urat saraf dan urat kentut aku. yelah, lagi cepat rumah tu siap kerja kerja pembaikpulihannya, lagi cepat tenant aku boleh masuk, dan lagi cepatlah aku boleh memperbisneskan rumah sewa aku tu. keyakinan yg diberi oleh si ustad bongok ni memang melegakan aku selepas aku berhempas pulas cuba mempercepatkan proses pengambilan kunci daripada owner lama aritu.
maka sekonyong konyongnye, aku pun mintak dia bagi quotation, mula mula bukak mulut kata dlm 3.6K je camtu, ok fine, keesokannya bila quotation on paper diberi, dah jadi 6.5K pulak, sebab apa tau, sebab dia quote jugak kerja kerja yg aku tak mintak dan aku dah cakap kat abg yg aku memang tak nak buat dulu for the time being! tapi takpelah, mungkin resam orang berbisnes kontraktor ni kot, customer tak mintak pun kau cuba cuba offer kan, manalah tau terkena, customer nak, kau jugak yg untung kan. kalau resam orang berbisnes makanan, kite bagi ape yg customer nak je, as what being requested, bagi apa yg customer mampu bayar, kalau customer mampu untuk sekian sekian formulation, kite bagi sekian sekian formulation, maka dengan pengubahsuaian formulation tu maka dapatlah customer tadi harga yg mampu dibayarnye kan. hah panjang pulak aku bagi example.
ayat kontraktor hampeh ni senang je, ayatnye pade abg la, kite ni nak sewakan umah pada orang ni, biar buat betul betul cantik bagi orang nak masuk, nak bayar 2 kali pun boleh, yg betulnya nanti bila dapat duit deposit bayar la balance tu, sekarang bayar separuh dulu, tp ustad buat keje memang tiptop.
aku bukan x setuju nak buat rumah tu jadi betul betul cantik tapi within my bajetlah ustad oi!!! sila fahamkan ayat saya. ustad ni kan orang terpelajar, takkan bende senang susah nak faham. within my bajet! tak faham ke? ingat aku
so aku mengambil langkah kasar sedikit. aku ckp kat abg, ckp kat ustad hampeh tu, kita ni ada bajet, bajet kite 4K sahaja. diulang, 4K sahaja. fullstop! aku tak nak meminjam dgn bank lagi for the time being, apatah lagi personal loan, dan aku boleh bagi dia selepuk 4K tu korek korek dari saving aku untuk dia buat the best that he could, as an experienced contractor, for what that 4K can served for that house. makna kata, as i have already listed down apa bende yg priority utk rumah tu, so with that 4K, buatlah bende bende yg priority dulu, kalo ade lebihan, barulah buat bende bende lain. tapi yg aku prioritykan, sila buat dahulu. diulang, sila buat dahulu.
dan aku pun bukan nak mintak dia bagi aku harga kawan kawan... aku tak ckp langsung psl mintak diskaun sbb kawan kawan. aku cuma kata, do the best that he could for that particular 4K. he shud know what's the best sbb he is an experienced contractor...
jadi, on 23.1.13 mlm, jumpe ustad tu, kami bagi dia selepuk 4K, yelah mungkin nilai tak besar pada dia yg biasa dpt projek jutas jutas kot. tapi at least aku dah bagi selepuk. dan dia boleh terus BELI SIAP SIAP BARANG NAK GUNA UNTUK KERJA KERJA PEMBAIKPULIHAN TU. so silakan membeli. jangan tangguh tangguh sebab ko takde alasan nak kate aku tak bayar maka kau tak dapat nak beli barang ke ape ke kan. bertangguh itu kan pencuri masa. ko nak jadi pencuri ke ustad?
so selepas bayaran dibuat, kronologi kejadian adelah seperti berikut :
24.1 mlm - dia call abg kata nak masukkan barang esok 25.1.13, lepas jumaat.
25.1.13 pg - aku pun ambik emergency leave sbb nak jumpa committee apartment tu utk buat surat kebenaran kontraktor ni nak masuk sbb nak bawak masuk lori kan, committee apartment ni quite strict, takut x lepas pulak lori dia kat guard kang. dah aku menonong amik EL tu, ustad kata dia x jd bawak masuk barang petang tu, terpakse ke sungai besar makcik masuk wad.... okla.. okla.. atas dasar ihsan dan percaya, aku ok kan je. katanya barang akan masuk ahad 27.1.13 dan isnin 28.1.13 akan mula kerja
29.1.13 mlm - aku baru tau yg barang baru dibawak masuk arini.. hampehkan..
------ berhari hari aku senyapkan je tak tanya abg apa progress umah tu sbb aku macam nak dapatkan berita gembira like bila aku tanya, aku akan diberitahu yg umah tu dah siap!!! ---------
2.2.13 ptg - abg bgtau umah tu tak siap lagi. katenye ustad hampeh tu mintak tambah. tp xtau berapa lagi..
5.2.13 mlm - abg bagitau ustad hampeh tu mintak tambah 500...................... what???? katenya dia buat umah tu jadi betul betul tip top. kertas kertas yg melekat lekat kat cermin bilik belakang tu dia kasi cabut sume.. fencing cinonit kat luar tu dia cat which is as far as i know, memanglah itu termasuk dlm kiraan asal nilai 4K tu pun.. katenye lagi, rumput yg budak budak dia potong tu, dlmnye ade banyak botol kaca which jadi cost kat dia jugak (i dont know if budak dia terpijak kaca tu ke...... so jadi cost of medical pulak ke...hmmmmmm) aku pun mlm tu terus tak dapat menahan mulut dari menghamburkan kata kata cacian nista terhadap ustad tu. gila ke ape kau ni ustad? kerja dah la lembab, ada hati nak mintak tambah. orang kalo profesional, bagi dateline bila kerja boleh siap, follow dateline, tak siap kena penalti, tapi kau??? kerja tak siap, lembab, lagi mau mintak tambah harga.. sungguh gila!!!
6.2.13 mlm - aku n abg p tengok umah tu. mase abg amik kunci dari ustad tu pun, ustad tu kata umah tu tak siap lagi, saya cuba jumaat (8.2.13) ni katenye, boleh cuba cuba?? oiii ustad! kau igt aku suka suka je ke nak baikpulih umah ni. aku nak sewakan la oiii.. kalo kau lembab lembab macam ni menyusahkan aku la oiii!!! bila kami p tengok, aku rase mcm nak terajang je muka ustad tu kalo dia ade depan aku. why? because bende yg asalnye masuk dlm kiraan 4K tu pun tak siap lagi, lagi bende yg dia kata dia mintak tambah 500 sbb dia buat bende bende tu tu, pun tak buat lagi ok!!!! tak malu sungguh kau ni ustad, mintak duit untuk bende yg ko langsung tak sentuh pun lagi, nak kata ada intro nak buat pun tak lagi, tapi tanpa segan silu kau mintak tambah kan, yg asalnye konon konon kau kata boleh bayar 2 kali ni apa? aku bayar sekali pun kau tak siapkan keje dan mintak tambah untuk keje yg belum pun kau buat lagi, kalau aku planning to pay 2 kali aritu, lagi lah entah macam mana tahap lembab kau ni agaknye.
8.2.13 mlm - seperti yg dijanjicubakan, nak siapkan by jumaat. pagi abg berselisih bahu dgn dia kat skola, dia tak ckp apa apa pun! bagus kan kau ni ustad!! buat muamalat yg gharar. then mlm abg text dia tanya dah clear ke umah tu? tapi as always, laki aku ni takkan ckp kasar punya, so dia tanya umah dah clear kan ustad? instead of umah dah clear ke belum ustad? see?? ayat frenly dan ayat arahan? and whoa!! NO REPLY FROM HIM!! berapi sungguh aku.
9.2.13 pg - lepas subuh, oleh kerana aku dah tak boleh menahan marah lagi, aku text ustad tu guna henset abg. tp aku tak guna ayat yg harsh pun, aku buat ayat ala ala ayat abg la yg agak frenly... huh!! aku kata aku dah pening sbb tenant tu dah bising tanya bila boleh masuk, and it is true, memang tenant tu asyik dok tanya bila boleh masuk, and this is the 2nd prospect ok, bakal tenant yg 1st aritu dah kensel buking sbb dah tak tahan menunggu. tapi lepas aku text ustad tu, aku delete msg tu so that abg tak tau yg aku ade msg ustad gila
10.2.13 tghari - tenant tanya pasal status umah, abg text ustad tu, DIA SENYAP JE OK.... langsung tak balas.. call abg pun dia tak angkat... so that's it!! kau ni memang nak makan duit daripada muamalat yg gharar la ustad..... i bet u know what is the hukum of gharar muamalat kan ustad oi! so baguslah, bagi bini ko yg ustazah tu dan anak anak kau makan duit daripada urusniaga gharar....
15.2.13 pg - tenant bagitau yg dia nak tengok umah tu after maghrib arini! ok, 1 decision yg aku rase tenant tu pun dah sampai tahap bosan menunggu, dan nak tengok jugak umah tu walaupun x siap lagi. so aku bgtau abg, dan abg text ustad. TAK REPLY JUGAK. call ustad. TAK ANGKAT JUGAK. memang kau ni manusia gilalah ustad. apa masalah kau, cuba bagitau kat aku. kalau sebab 500 tu ko tangguh keje umah aku, sgt tak patut sbb keje utk nilai 4K tu pun tak siap lagi. ptg tu aku balik keje, abg kata ustad dah angkat call, dan reason yg dia bagi tak dapat nak siapkan lagi umah tu sbb KEDAI CINA TUTUP PANJANG SEMPENA CHINESE NEW YEAR DAN BARANG TAK SEMPAT BELI!! amboi!! agak agak la nak menipun pon ustad oiii!! dah la kau makan duit gharar, sekarang lagi mau menipu. on 29.1.13 tu kau kata sume barang dah bawak masuk sbb kau tak nak bawak masuk lori tu banyak kali, kau yg mentioned kat laki aku kata sume barang dah bawak masuk. so sekarang ape pulak lagi barang yg kau kata x sempat beli sebab kedai cina tutup panjang sempena chinese new year? dari 29.1.13 sampai ke 9.2.13 tu ade 9 hari bekerja kot.. 9 working days!!! kenapa tak beli barang siap siap mase tu? dan kau sendiri yg kata barang sume dah bawak masuk on 29.1.13 tu? sungguh la kau ni ustad! sungguh gila!!! ke kau ni penghidap autisme?? hidup dlm dunia kau sendiri?
apapapun, alhamdulillah, tenant mlm td setuju dan berkenan nak sewa umah tu. katenye setakat ni dia yakin la bila umah tu siap, akan cantik dan berbaloi dgn harga sewa yg aku letakkan. alhamdulillah! siap bawak boifren lg, yelah, boifren risau kot nnt awek kene tipu dpt umah buruk tp sewa mahal. katenye kat bandar botanic pun flat tingkat 4 sewa 650, so dpt umah aku ni gated apartment groundfloor dgn nilai sewa yg aku tetapkan tu, diorang insyaAllah setuju la.
cuma yg masih dan tak dapat aku hilangkan ni rasa kesal dengan tindak tanduk ustad ni... gharar..... gharar sgt ustad!!
dengan text tak reply... call tak angkat... nak tunggu dia sendiri text atau call bagi tau status lg lah jgn harap... abg kata dia tau ustad memang tgh ada job ratus ratus ribu buat umah guru besar kat skola abg.. kat skola lain.. umah sorang lg cikgu tu.. nak bandingkan dengan nilai projek umah aku ni, memang mcm ikan bilis la kot.. tapi at the first place, jgnlah agree nak buat kalo kau rasa tak sempat dan not even memberi pulangan keuntungan yg besar kepade kau... menyusahkan aku je.. aku pun boleh dan akan sedaya upaya mencari kontraktor lain... bila kau nak rembat job, make sure kau boleh buat job tu ustad oii.... jgn menyusahkan org... kau kan ustad.. takkan bende asas mcm ni kau tak tau... adoi... aku asyik nak ulang ulang ayat ni je... sbb aku memang kecewa teramat sgt....
dan sekarang ni bila aku fikir fikir balik, kalaulah aku setuju nak suruh dia buat semua bende yg dia quote tu, dengan nilai 6.5K tu, dengan konon kononnye mengambil ayat dia kite ni nak sewakan umah pada orang ni, biar buat betul betul cantik bagi orang nak masuk, nak bayar 2 kali pun boleh, entah entah tahun 2014 baru umah tu siap kot.....
hoii teruknye ustad tuh!! penipu btul! kalu aku jadik ko aku hanginnnn!!!
BalasPadamishhh dah laa ustad, tp boleh plak prangai gituuu..
memang ila.. bapak penipu tahap jin... geram!!!!!
BalasPadam