terus terdetik dlm ati.. whoa!! akulah tu.. tehehe ^__^
- Dia sentiasa memikirkan apa yang anda dapat dalam setiap perancangan masa depannya - Alhamdulillah...
- Dia tidak memaksa anda melakukan seks dengannya sekira memberitahunya anda terasa penat - *wink*
-Dia tidak kisah anda menggunakan komputer atau telefon miliknya kerana tiada apa yang dia mahu sorokan daripada anda - always
- Dia menggalakkan anda melakukan apa yang anda rasa suka dan selalu memeluk anda
- Sekiranya anda merasa tidak selamat dia akan mengambil langkah berjaga-jaga dan sekiranya anda berhadapan dengan insan yang mengkritik dia akan mempertahankan anda - always
- Dia merasakan rasa bersalah sekiranya terpaksa meninggalkan anda dan menelefon anda selalu - huhu
- Dia memikirkan anda tetap cantik baginya biarpun anda dalam keadaan kusut-masai dan membelikan makanan yang anda gemari - especially weekend.. kalo tak klua umah.. mcm mak lampir.. hihi
- Dia akan memegang tangan anda di khalayak ramai dan sanggup pula memegang beg tangan anda tanpa rasa malu - hihi
-Tidak pernah ambil kisah mengenai berat badan anda yang naik dan sentiasa mahu menghabiskan masakan yang anda masak biarpun tidak berapa sedap - WHOA!!! hihi
- Dalam permainan dia akan sentiasa memberikan kemenangan kepada anda dan akan sentiasa berkata baik biarpun ketika anda dan suami sedang berbalah - huhu
- Sentiasa meminta pandangan dan pendapat anda dalam beberapa perkara bersama - Alhamdulillah
Sekiranya, suami anda mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan, anda adalah tergolong dalam kalangan mereka yang bernasib baik kerana lelaki yang baik sebenarnya sukar untuk dicari.
bersyukurlah punya rumahtangga yg walaupun kekadang beronak ranjau tapi Alhamdulillah masih boleh dimanage.. sedangkan lidah lagi tergigit kan.. kalau tak berselisih faham langsung pun tak bagus.. macam tak normal pulak.. pada aku la... bukan dengki dengan orang orang kat luar sana yg langsung tak pernah berselisih faham dengan suami memasing (ade ke?) tapi.. rasenye kalau smooth je mcm lagi bahaya kot.. bak kata peribahasa air yg tenang jangan disangka takdak buaya,
bila berselisih faham ni, kita akan jadi lebih faham perangai dan keinginan suami kita.. again, ni pada aku la.. kan... yg penting, minta maaf dan rendahkan diri... redha Allah pada wanita yg telah berkahwin kan terletak pada redha suaminya... redha Allah pada anak anak dara terletak pada redha ibubapanya... jadi pandai pandailah mainkan peranan sebagai hamba di muka bumi Allah ni...
renung renungkan dan selamat beramalllll ^____^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan