-frens sume yg view post ni, jom share link.. tinggalkan link frens kat ruangan comment ye, boleh saye singgah balik blog frens ^_^-
Minggu ni rasa hectic sgt…
Letihhh… weekdays aritu rasa mcm…. cepatttttlah datang
jumaat.. ade bende lain tgh planned to do on weekend dalam kepala otak ni..
bende yg lebih best yg bakal merobah nasib anak bangse hehehe lebih lebih
pulak..
Nasib baik ade budak berdua ni yg boleh menghibur duka ^____^
Ok. Aku nak sambung part III of progress
membeli rumah subsale aku hari tu. Sesiapa yg berminat bolehlah meneruskan
pembacaan anda ye ^_^
Hari tu aku ade ckp yg progress of property
valuation daripada valuer tu berlaku serentak dengan proses penyiapan S &
P.
Kronologi
penyiapan S & P adelah seperti berikut :
27.4.12 – lawyer anta 1st draf
28.4.12 - aku reply kata ade kesilapan here
and there
30.4.12 – deme anta 2nd draf,
say sorry and bla bla bla la kan… hmm
2.5.12 – aku reply kata still ada error on
certain clause, dan seperti hendak berkata ‘aiyooo’ pada lawyer tu. Tolonglah
cek betul2 before submitting any agreement draft to your client. Lawyer reply
emel aku on the same day together with the 3rd draf, again say sorry
dan betulkan.. hmmmm
Finally on 8.5.12, lawyer tu datang opis
aku, jumpe kat lobi dan sesi menandatangani perjanjian S & P itu pun
berlaku. Aku habaq kat boss kecik aku yg lawyer rumah datang nak jumpe jap,
yelah kan sbb waktu kerja kan. Takut dia tak selesa pulak aku guna mase kerja
utk urusan peribadi, mcm blogging ni dia mana tau aku guna waktu kerja utk
urusan peribadi hehehe. Lagi 1 aku takut kalo boss besar aku si omputih mexico
tu nampak kang, kalut pulak dia ingat aku jumpe supplier. Dia tu tak suke kalo
kitorang kitorang kat QA dept ni jumpa jumpa supplier ke ape ke, dia mesti kene
‘diawarekan’ kalau ade nak jumpe supplier. So kalo at any time dia nampak
kitorang jumpe orang luar kat lobi tu, dia akan saspek yg bukan bukan la..
konon macam ade perbincangan dengan supplier dalam keadaan mengetepikan dia..
huh! menyampah sgt ok..
Ok jadi selepas 8.5.12 tu, officially aku
dah terikat dengan kontrak perjanjian S & P tu. Secara ganasnye
kasarnya, kalo aku ade buat silap yg menyebabkan kelewatan dan kerugian pihak
penjual, aku akan dikenakan caj 8percent per annum
calculated daily daripada harga jual rumah tu.
Macam mana perkiraannye, aku pun tak mahir sgt, lawyer tu pun tak terangkan in
details mase aku jumpe die aritu.
Lawyer ni memang, diorang kalo kite tak
tanye, dia tak akan cerite details. TAK AKAN OK! Jadi kalo korang betul betul
rasa nak tau dan perlu tau sesuatu content dalam S & P agreement tu, atau
kalo korang saja saja je nak menambah pengetahuan regarding anything yg
terkandung dalam S & P agreement tu, pls ask dear! Nanti tak memasal kena
bayar 8percent per annum calculated daily pulak… huhu. Dan penjual juga terikat dengan term 8percent per annum calculated daily tu jugak kalo dia ade
membuat sesuatu yang akan menyebabkan kelewatan dan
kerugian pihak pembeli.. kire macam ala ala win win situation yg tak berapa
nak win win sangat la.. ^_^
Lepas aku dah sign, lawyer tu bawak S &
P tu p jumpa owner rumah tu pulak dan mintak dia sign. Communication lawyer dgn
penjual tu aku tak tau la, cuma sekali je dia ada anta emel kat penjual tu dan
cc pada aku. Lepas kedua dua pihak dah sign, lawyer tu p bawak S & P tu
untuk disetemkanhasilkan oleh pihak LHDN dan proceed untuk kurierkan S & P
tu kat aku dan si owner rumah tu. On 10.5.12, lawyer tu mintak alamat opis
untuk anta kurier tu, tapi lepas aku tunggu tunggu tak jugak sampai kurier tu,
aku pun emel kat lawyer tu tanya status penghantaran S & P tu on 16.5.12.
aku rase lawyer tu pun tak berapa suka aku ni asyik nak emel tanya mana S &
P tu tak sampai sampai lagi kan. Tapi ofkos la aku nak tau status penghantaran
S & P tu sebab aku nak proceed dgn macam macam perkara lagi. Bila kurier tu
sampai, aku tengok ada 2 copy, satu copy dengan cop ‘Original’ dan satu copy
lagi dengan cop ‘Salinan’. Actually mase tu aku pun tak faham kenapa diorang
anta 2 copy tu kat aku. Tapi aku tak cakap apa apa lah, sebab kurier kan, nak
cakap macam mana hehe.
Lepas dah ada completed S & P yg dah
duly stamped, rupa rupanya 1 copy hendaklah diberi kepade pihak bank. Macam kes
aku, memula kata lawyer ni, dia nak bagi sendiri kat bank, then tetiba macam
‘eh saya dah terkurier 2 2 copy (original and duplicate) kat puan la, boleh tak puan
passkan pada pihak bank’ gtu kaedahnya kan. Because at first dia nak kurier kat
aku copy yg untuk simpanan aku, entah macam mana kan nak dijadikan cite die
terrrrrkurier 2 2 copy pulak.. so terpakselah aku bagi sendiri copy utk bank
tu. Copy yg ada cop ‘duplicate’ tu aku simpan untuk urusan urusan permohonan yg
berkaitan seperti KWSP, TNB dan pendaftaran dengan pihak Persatuan Penduduk
kawasan apartment tu.Kali ni aku nak cite pasal cara memohon untuk pengeluaran
wang KWSP akaun 2 untuk Pengeluaran Membeli Rumah Kali Pertama. Yg lain lain tu akan aku ceritakan dalam post
akan lain lain ^_^
Urusan
dengan Pihak KWSP
Urusan aku dengan pihak KWSP boleh
dikatekan agak mudah la. kesilapan cuma kesilapan kecil yg berlaku masa 1st
time aku p KWSP cawangan Klang kat BBT One Tower on 21.5.12. kesilapan on 2nd
time aku p tu tak memerlukan aku p semula ke pejabat KWSP tu so ok la.. on
21.5.12 tu, aku p pejabat KWSP cawangan Klang kat BBT One Tower dengan membawe
segala mak nenek dokumen untuk permohonan pengeluaran wang KWSP akaun 2 untuk
Pengeluaran Membeli Rumah Kali Pertama tu. Senarai mak nenek dokumennye adelah
seperti table kat bawah ni. Disebabkan kategori rumah aku tu rumah yg dah ade
geran atau dalam bahasa standardnye rumah dengan suratan hakmilik telah
dikeluarkan, aku punye required mak nenek dokumen adelah dalam kategori Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan ^__^
Kategori kategori lain korang boleh refer
kat sini.
Cuma silap aku mase p 1st time
tu, aku p bawak S & P lama antara owner rumah dgn pemaju perumahan danaku
tak bawak aku punye S & P. bijak kan hihi. So permohonan aku direject di
kaunter oleh pompuan kaunter KWSP itu. Selain tu, pompuan itu juge mereject
bank statement yg aku bagi walaupun bank pilihan rakyat aku untuk pihak
KWSP bank-in kan duit permohonan tu nanti adelah bank yg ade dlm senarai bank
panel KWSP, tapi sebab bila aku print online bank statement tu, kat bahagian
bawah kertas tu takde klua mcm link page yg aku print tu, so pompuan kaunter
KWSP tu kata ‘nampak macam tak original, kalau saya nak kata puan buat sendiri
statement ni kat Microsoft word pun boleh…’ boleh???
Tapi takpelah, kekadang
kite kene belajar bersabar untuk mendapatkan kemudahan di hari muka kan.. so
aku bersabar saja dengan kata kata pompuan kaunter KWSP tu dan aku pun balik
rumah print bank statement dari bank lain pulak.. selamat lah aku ade active
accounts kat few banks yg listed dalam senarai bank panel KWSP tu. Boleh refer
sini ^_^
Tapi kan, maybe, if aku tak lupa nak bawak
S & P yg betul ieitu S & P antare aku dengan owner baru, mungkin aku
akan hangin jugak kot dengan ketidakterimaan pompuan kaunter KWSP tu terhadap
bank statement aku tu hihihi
Kirenye, lepas 1st time yg spoil
tu, aku p kali kedua ke KWSP cawangan Klang kat BBT One Tower tu on 1.6.12
pulak disebabkan kesukaran untuk mencilok keluar pada waktu kerja dan kesukaran
memohon cuti exec cabuk macam aku ni pun susah nak approve , submit
everything dan ingatkan dah OK dah sebab mase aku p 1st time tu,
pompuan kaunter KWSP tu cuma cakap aku silap tang S & P ngan bank statement
je.
Kali kedua p tu, orang kaunter tu kata dokumen sokongan aku ie: Developer
Confirmation Letter dan Title dari Pejabat Tanah tu takde Certified True Copy
aka CTC stamp yg original (contoh cam CTC dengan stamp pad warna biru). So aku
ckp lah kat budak lelaki kaunter KWSP tu yg bende alah ni sent from my lawyer
through email, CTC tu ade tapi warna hitam la sebab aku print doc tu dgn
printer hitam putih. So dia bawak mak
nenek dokumen aku tu p jumpe boss dia named Puan Samson dan akhirnye Puan Samson yg baik
hati tu kate ok, aku forwardkan je emel yg lawyer aku anta tu ke dia untuk dia verify. Aku suke cara kerja bos dia tu sebab memudahkan customer, sebab dia
nak verify je pun kan, so cukuplah dengan she herself sight the evidence of email tu.
So on 8.6.12, aku cek i-akaun KWSP aku dan nah!! Permohonan Pengeluaran Beli / Bina Rumah Pertama anda telah diluluskan.. hehehe
OK next episode aku cite hal hal seterusnya terhadap previous progress of buying this subsale haouse of mine ni ye... jumpe nanti dalam part IV ^_____^
Mmg laa kwsp strict weh.. Ingat sesenang ko nak dpt kuar duit kwsp? Sbb tu kene make sure everything lengkap ikut ape yg derang nak(semua ada derang listkan dlm online) b4 ko pi kwsp tu.. Sbb tu derang ada kaunter khas cek segale mak nenek form ko dulu b4 proceed pi kaunter yg btul untuk urusan ko..ko kene follow je ape derang nk..haha ko hangin kat situ pon dia pedulik apa.. Dia ttp takkan process permohonan ko.. Ko gak yg rugi huhu
BalasPadamhahahah ko ada sedare keje kat kwsp eh? =p
BalasPadamyelah, aku faham agensi2 kerajaan / badan2 berkanun yg berkait dgn duit ni diorang mmg akan strict sikit.. strict lebih punxpe.. tapi bile dia kate aku mcm buat sendiri bank statement tu walhal aku tak buat pun keje2 menipu tu.. dah mmg kat bawah printed page tu x klua link website tu.. tu yg rs sedikit hangin tu... hoho..
wakakaka takde makne aku ada sedare keje kat kwsp..
Padamaku tau pon sbb aku pernah lalui semua itew..kah kah..aku pon kene gak dulu brape kali daa ulang alik kwsp tuh! kahkah