Rabu, Januari 30, 2013

ebook nak mulakan bisnes : jual dan beli domain laman web!!



Salam and Hai all ^__^

Pernah dengar orang jual-beli domain laman web?

Business.com merupakan salah satu domain yang pernah mencatat rekod jualan dengan harga yang mencecah jutaan ringgit. tapi kat Malaysia,ramai lagi yang tak tau sangat selok belok perniagaan domain ini. menurut si penulis e-buku ini, secara umumnya, terdapat dua kaedah bagi mendapatkan domain.

1) kaedah pertama yang lazim ialah menerusi pembelian domain baru yang belum berdaftar. perlu terlebih dahulu melakukan carian di laman web pendaftar domain seperti di Godaddy.com. domain yang dibeli terus ini lazimnya lebih murah (kecuali domain khusus tertentu) berbanding domain yang pernah berdaftar.

2) kaedah kedua ialah dengan membeli secara terus daripada tuan punya domain yg dinamakan Domain Aftermarket, atau domain yang telah dibeli dan didaftarkan atas nama tuan punya tadi. biasanya kaedah ini melibatkan proses perundingan harga dengan pemilik domain. harga domain yang dibeli terus boleh mencecah ribuan malah jutaan ringgit sekiranya domain tersebut mempunyai nilai-nilai tertentu yang berhubung kait dengan pihak yang ingin mendapatkannya.

terdapat juga laman web yang menyediakan Aftermarket Sales atau himpunan domain yang telah didaftarkan tetapi ingin dijual oleh pemiliknya. hanya google untuk kawan kawan cari domain yang dihajati. kalau berminat, kawan kawan boleh memasukkan harga tawaran dan seterusnya berbincang mengenai tawaran belian dengan pemilik domain tersebut.

macam kata salah seorang pembeli dan penjual domain dari Malaysia, seperti yg diceritakan dalam landing page e-buku ini, walaupun jualan domainnye belum mencecah nilai puluhan ribu ringgit, tetapi beliau sgt berpuas hati kerana ada di antara domain tersebut yang dibelinya pada harga yang tidak sampai RM50, tetapi berjaya dijual hingga ratusan dolar Amerika!! gile meriah kan?? Ehehe.

secara amnya, faktor-faktor seperti panjang sesuatu domain dan popularitinya meletakkan nilai sesebuah domain itu. selain itu, populariti sesebuah perkataan yang digunakan sebagai domain turut menentukan nilainya. contohnye, PC.com mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding PersonalComputer.com.

dalam keadaan tertentu, penilaian terhadap domain tidak boleh diukur melalui kaedah-kaedah di atas. ini kebiasaannya berlaku apabila sesebuah domain itu benar-benar dikehendaki oleh sesebuah organisasi atau orang perseorangan atau end user. syarikat besar ataupun hartawan sanggup berbelanja besar demi memastikan domain yang mereka inginkan, lazimnya berkait rapat dengan mereka, diperolehi.

nilai domain juga boleh dianggarkan menerusi laman web penilai seperti SwiftAppraisal.com.

selain jual-beli domain, terdapat beberapa cara lain berkaitan domain yang boleh menjana pendapatan. pemilik domain boleh meletakkan domain di bawah program PPC Parking. setiap kali pelawat mengklik pada pautan yang terdapat di laman ini, pemilik domain akan mendapat sedikit bayaran yang diperoleh daripada penaja iklan dalam laman tersebut. antara Parking Provider yang popular adalah seperti Afternic.com, Fabulous.com dan Sedo.com.

di dalam e-buku ini ada diterangkan beberapa lagi kaedah yg boleh digunakan untuk menjana pendapatan daripada domain yg kawan kawan miliki, atau kawan kawan rebuti ^__^

kalau kawan kawan berminat nak mencuba bisnes jual-beli domain ni, boleh la klik je banner kat bawah ni ha ^__^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers