Isnin, Januari 21, 2013

ebook nak mulakan bisnes : 101 idea perniagaan internet



Salam and hai kawan kawan ^__^

Kawan kawan nak berniaga?? Tapi takde idea? Takpe… saya ada e-buku yg boleh memberikan kawan kawan 101 idea perniagaan yg boleh kawan kawan cuba sbg permulaan menjadi usahawan atau peniaga.

Kini kawan kawan tiada lagi alasan untuk tidak memulakan perniagaan internet kawan kawan sendiri.

Jangan hanya gunakan internet sekadar untuk mencari maklumat, membace online newspaper atau worst case hanya untuk berchatting semata mata. internet di rumah kawan kawan yg kawan kawan bayar bulan bulan tu boleh memberikan pendapatan tambahan untuk kawan kawan!

Matlamat utama e-buku ini adalah untuk membantu kawan kawan, perniagaan kawan kawan dan rakan rakan niaga kawan kawan yang lain tentang potensi dalam perniagaan internet yang boleh kawan kawan mulakan dari rumah dengan kos yang minimum.

Ya. Kos yang minimum.. Betul ke?

Menurut penulis e-buku ini, dia memulakan perniagaan internetnye sekitar pada tahun 2006 dengan hanya bermodalkan RM60. Next question is, apa yang boleh kawan kawan buat dengan RM60 sekarang ini? ehehe. Kalau saya, lepas la duit makan kat Tutti Frutti untuk 4 beranak ^_^

Perniagaan internet adalah perniagaan paling sesuai untuk kawan kawan bermula secara kecil kecilan dari rumah! Atau yg nak mulakan part time bisnes. Boleh kalau kawan kawan cuba nak marketkan perniagaan kawan kawan menggunakan teknik pemasaran tradisional, macam promote dalam iklan kat surat khabar, risalah dan sebagainya. Tapi selalunya teknik teknik tersebut semakin sukar nak berjaya, nak nak pulak pada zaman semua orang pun guna internet untuk cari sebarang maklumat.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Internet World Stats, statistik sehingga 30 Jun 2008 menunjukkan 1,463 Juta penduduk dunia menggunakan internet setiap hari. Dimana, pengguna dari Asia merangkumi 39.5% dari jumlah keseluruhan pengguna internet. Lagi pulak, kosnye yang tinggi, kerjenye yang rumit dan mengambil masa yang banyak… sadis kan?

Jika kawan kawan bersungguh dalam membangunkan perniagaan internet kawan kawan sendiri dan berminat untuk memajukan diri lebih jauh lagi, kawan kawan boleh dapatkan maklumat penting yang kawan kawan perlu melalui e-buku ini. Ia mengandungi lebih dari 200 mukasurat yang padat dengan maklumat yang perlu kawan kawan tahu sebelum memilih dan memulakan perniagaan internet kawan kawan yang pertama.

Dalam ebook ini, kawan kawan akan mempelajari asas utama sebelum kawan kawan memulakan perniagaan ini. Antaranya ialah:
  1. Asas dan Konsep Perniagaan Internet.
  2. Kaedah Penerimaan Bayaran di Internet.
  3. Jenis Laman Web Yang Sesuai dengan Produk Kawan kawan.
  4. Kos Dalam Perniagaan Internet. Kajian Dan Analisis Pasaran.
  5. Bagaimana untuk mencari idea dan mengkaji pesaing.
  6. 101 Idea Perniagaan Internet beserta contoh laman web.
  7. Pemilihan Idea Terbaik Bagaimana untuk membina laman web dan perkara yang perlu dielakkan.
  8. Bagaimana untuk mendapatkan Produk perniagaan.
  9. Strategi dan Pengurusan Kewangan Perniagaan

Dan ada video jugak untuk memudahkan kawan kawan faham apa yg penulis ni nak sampaikan ^__^

10 Video Asas Perniagaan Internet nye ielah :
1. Pengenalan Asas Perniagaan Internet - 13.39
2. Langkah Pertama Dalam Perniagaan Internet - 10.36
3. Kajian Pasaran - 6.38
4. Membuka Akaun Paypal - 14.28
5. Konsep AIDAS - 6.13
6. Perniagaan Produk Fizikal - 4.46
7. Perniagaan Ebook/ Digital - 6.38
8. Perniagaan Perkhidmatan - 3.30
9. Strategi Pemasaran Perniagaan - 6.48
10. Automasi dalam Perniagaan Internet - 4.10

Kawan kawan boleh klik 101 Idea Perniagaan Internet untuk maklumat lanjut ^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers