Isnin, September 10, 2012

sindrom PMS tahap II


Okeyh. 

Harini aku nak membebel pasal lambat kahwin. Kenapa topik ni eh? Haha saja. Sebab aku rasa aku macam terpanggil nak tulis pasal satu sindrom yg aku panggil sindrom PMS II. Haha kalo PMS biase tu ielah premenstrual syndrome ieitu fasa ketidakselesaan perempuan dan kemenyampahan lelaki bile start seseorang pompuan tu masuk ke second-half of the menstrual cycle (14 days or more after the first day of your last menstrual period) dan hanya akan hilang dalam masa 1 - 2 hari lepas start klua darah kotor tu.

Ni satu lagi PMS so kite panggil dia PMS tahap II atau ringkasannye PMS II. Ahaha..
PMS II ni melanda pompuan pompuan yg sudah sampai tahap sepatutnya kawin tapi tak kawin kawin juge. Mungking sebab belum bertemu jodoh, atau terlalu memilih jodoh, atau jodoh yg sudah ditemui tp belum ajak kawin, atau jodoh yg sudah ditemui sudah cakap siang siang yg dia memang tak nak kawin dgn pompuan ni (cuma nak geli geli je). Jarang sekali pompuan dengan sindrom PMS II ni, termasuk dlm kategori ‘tak nak kawin sebab mengejar karier’ and so on and so forth…
cantik x? kalo ade sesape yg berminat blh la pm ye.. sesape yg blom kawin yg terjebak bace blog ni ehehe

So apa simptom simptom PMS II ni? Mari kita lihat ..
1.       Sangat sensitif dan tidak bertempat. Contoh, bila kita kata “wei, knape mamak kedai ni jual roti canai harga singgit seposen sekeping eh? Bukan dulu dia jual 7posen je ke? Ni yg buat aku nk update status kat fesbuk ni pasal harga roti canai ni naik ni..” sebab kita mcm sgt rapat dengan dia dulu kan segala benda segala rahsia kongsi bersama so kita SAJALAH, diulang, SAJA SAJA LAH highlight perkara tersebut kat dia bila kita rasa tak patut mamak tu jual roti canai kecik dgn harga singgit seposen.. Jawapan dia “ko ade masalah ke kalo mamak tu jual roti canai singgit seposen? Tepung dah naik harga memang lah roti canai pun naik harga. Apehal lak ko nk update status pasal harga roti canai ni? Cara yg betul, ko pegilah buat aduan kat persatuan pengguna, bukan kecoh kat fesbuk.” pastu kita cam errkk… apehal ni?

2.       Rendah diri melampau atau konfiden melampau. Contoh, bila die bermakeup, dia akan makeup secara berlebihan dengan mata celak hitam pekat, hidung lukis dgn pensel bagi nampak mancung, bibir dan pipi merah menyala. Ada juga kawan aku yg berbadan gempal dan memang sah sah termasuk dlm kategori obes, tapi ke tempat kerja dengan skirt paras lutut. Bila ditegur, katanya betis aku sukati aku la nak tayang lagu mana (dah masuk kategori atas balik dah). Dan ada juga yg rendah diri dan serabai melampau. Kenapa 2 2 situasi ni boleh berlaku? Sebab takde keseimbangan hormon dalam badan mereka. Hormon yg sepatunya sudah boleh dirembeskan sebab dah mencapai tahap matang, masih belum dirembeskan menyebabkan mereka berada dalam keadaan melampau seperti yg disebut di atas. Macam orang biasa yg boleh jatuh sakit bila masuk ke tempat sejuk melampau atau panas melampau… kesian kan?

3.       Sering berholiday. Contoh, ke Eu selama seminggu direct, dgn kawan kawan yg juga belum berkahwin. Kendian balik Msia, keje jap dlm 5 bulan camtu tak ambik cuti langsung kecuali cuti hujung minggu yg tu pun cuma dihabiskan dengan fesbuking, pastu ambik cuti lagi ke Sabah pulak kali ni dengan geng geng single. Yelah, duit banyak tak tau nak buat ape kan, so berjalan sajalah kau kan. Aku biasa kalo tgk kawan kawan update kat fesbuk gambar gambar diorang berjalan sakan ke overseas dgn geng geng pompuan jugak, dah tau dah, ni mesti belum kawin lg ni.

Oklah, simptom yg last tu ok sikit kot takdelah negative sgt kan.

Cuma 2 simptom yg atas td tu yg aku rasa cam alahai… malas nak layan pun ade kalo simptom diorang tu terkena kat batang hidung aku. Kesudahannye, aku layankan saje rentak diorang. Yelah aku pun bukan nak salahkan diorang kawin lambat kan dan sementelah pula, bukan hak aku nak kata dan tanya kenapa diorang tak kawin kawin lagi. Dan yg paling utama aku bukan nak bertakbur-bangga-riak aku dah kawin sebab aku kawin pun bukan awal sgt. At the age of 25 tahun 11 bulan 3 minggu, barulah aku menjadi isteri kepada orang yg aku sayangi sepenuh hati ehehe. Cuma kekadang tu lah, cam bengang sikit.. Anyway, tujuan aku tulis post ni, sbb aku cuma nak luahkan betapa kekadang aku tak faham dengan perangai pompuan pompuan yg ada sindrom PMS II aka pompuan masih single ni, bila melibatkan 2 perkara di atas..

Sabor ajelah…



1 ulasan:

  1. hahahahhahahaha...lawak gile siott..ko marahkan sape ni?

    BalasPadam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers