Rabu, September 05, 2012

aduan rakyat


below aku 'copy and paste'kan ape yg aku adukan kat aduanrakyatonline.com which is bukanlah website utk aduan rakyat kat tv3 tu. tp aku tgk quite a number of big issues jugak lah yg org ramai adukan. so i just participate.. mane tau ade org ambank yg bace. afterall ie bukanlah fitnah, as i told my fren dlm fb bebaru ni. and my aduan to this aduan rakyat juge adelah lanjutan drpd respond my fren dlm fb tu jugak la.. haha..

salam aduan rakyat online,
saya terpanggil untuk sama memberikan komen/aduan mengenai perihal kakitangan ambank. saya pernah utarakan isu ini di facebook, tetapi ditempelak oleh seorang rakan yg mengatakan saya sepatutnya pergi ke saluran aduan yg betul iaitu bank negara malaysia. saya setuju cuma rasanya perkongsian pengalaman sebegini lebih membawa manfaat umum di mana org lain boleh lebih berhati-hati pada masa akan datang. perkara yg diadukan juga bukan satu fitnah. aduan kepada bnm 'mungkin' boleh membantu ambank memperbaiki tatacara kerja mereka pd kemudian hari tetapi perkongsian sebegini boleh membantu orang awam khasnya golongan yg diketepikan haknya seperti saya.

saya cuma ingin highlightkan 1 perkara mengenai pengalaman saya berurusan dgn pihak ambank yg pada saya adelah satu perkara yg menjengkelkan (walaupun saya ada lagi 2 pengalaman menjengkelkan dgn pihak ambank di sini) :

saya dilarang membayar duit bayaran ansuran bulanan kereta di kaunter dgn alasan pihak kaunter, cuma bayaran tertentu (ayatnya lebih kurang 'bayaran terlebih / terkurang sahaja boleh buat kat sini) sahaja boleh dibuat di kaunter. saya telah sampai di kaunter dan sistem telah dibuka di pc kakitangan tersebut setelah saya memaklumkan nombor pendaftaran kereta saya, dan kakitangan tersebut juga telah menyebut nama saya selaku tuan punya kereta tersebut, tetapi terus dengan selamba berkata yg saya harus membayar duit ansuran bulanan tersebut di kiosk kerana bayaran saya tidak termasuk kategori tertentu yg saya sebut di atas. setelah saya mendesak untuk membayar di kaunter dengan alasan bayaran di kiosk memerlukan saya membayar lebih RM4 atau mungkin lebih RM9 (kerana kiosk hanya menerima nilai gandaan RM5 atau RM10), kakitangan tersebut boleh pula menyuruh saya menambah sahaja nilai RM4 atau RM9 tersebut. dan bila saya yg dalam kemarahan meminta surat pemberitahuan awam / SOP berkenaan perkara tersebut (tak boleh bayar di kaunter untuk kes bayaran sempurna) atau benarkan saya berjumpa pengurus cawangan, barulah saya dibenarkan membuat bayaran sedangkan awalnya dia mengatakan 'macam mana pun, sistem tak boleh accept'. Tiba2 pula sistemnye boleh terima setelah saya minta hendak berjumpa pengurus.

kali kedua insiden yg sama, saya berasa geram bercampur mual apabila kakitangan ambank tersebut dengan selamba keluar dari kaunter dan membawa duit saya berjumlah lebih enam ratus, untuk dibuat bayaran di kiosk setelah saya bertegas mahu berjumpa pengurus. saya pada ketika itu sgt terkesima dgn sikap biadap kakitangan tersebut yg tanpa keizinan saya mahu memasukkan duit saya ke sistem kiosk yg mana akan menelan lebihan RM4 atau RM9. tidakkag dia terfikir yg mungkin saya kesuntukan wang, dan nilai RM4 atau RM9 itu mungkin sgt sgt bernilai buat saya pada ketika itu? saya meminta semula duit saya itu dan keluar dgn rasa marah. yg saya amat pelikkan, bila saya minta ayah saya, seorang warga emas lingkuan 60 tahun, membuat bayaran bagi pihak saya (kerana saya tetap dengan pendirian saya tidak mahu bayar di kiosk), boleh pula! tidak pula disuruhnya ayah saya ke kiosk. adakah ambank mengamalkan sistem double standard?

saya faham yg kami adalah peminjam wang anda, dan anda adalah pemberi pinjam wang. tetapi perjanjian tidak menyatakan yg kami perlu membayar di kiosk, malahan bila diminta surat pemberitahuan / pekeliling, juga gagal ditunjukkan. jadi perjanjian yg telah ditandatangani haruslah dipatuhi. jika kereta tidak berbayar, anda ada hak menariknya, kerana kata anda, itulah yg ada dlm perjanjian, tetapi, perihal bayaran di kiosk, perihal tidak boleh bayar di kaunter kalau tiada tunggakan/lebihan bayaran, yg tidak tercatat di dlm perjanjian, dan perihal nilai yg telah dipersetujui iaitu RMx41.00, yg secara jelas tidak boleh diterima oleh mesin kiosk, bagaimana pula?

jika aduan ini 'terdibaca' oleh pihak ambank, sila harap maklum bahawa saya rasa selain bnm, ini juga mungkin salah satu saluran yg baik buat anda memperbaiki tatacara kerja kakitangan anda.

semoga kakitangan ambank akan terus mantap dlm mengendalikan hak-hak pengguna bank anda.

sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers