Rabu, Januari 30, 2013

ebook nak mulakan bisnes : jual dan beli domain laman web!!



Salam and Hai all ^__^

Pernah dengar orang jual-beli domain laman web?

Business.com merupakan salah satu domain yang pernah mencatat rekod jualan dengan harga yang mencecah jutaan ringgit. tapi kat Malaysia,ramai lagi yang tak tau sangat selok belok perniagaan domain ini. menurut si penulis e-buku ini, secara umumnya, terdapat dua kaedah bagi mendapatkan domain.

1) kaedah pertama yang lazim ialah menerusi pembelian domain baru yang belum berdaftar. perlu terlebih dahulu melakukan carian di laman web pendaftar domain seperti di Godaddy.com. domain yang dibeli terus ini lazimnya lebih murah (kecuali domain khusus tertentu) berbanding domain yang pernah berdaftar.

2) kaedah kedua ialah dengan membeli secara terus daripada tuan punya domain yg dinamakan Domain Aftermarket, atau domain yang telah dibeli dan didaftarkan atas nama tuan punya tadi. biasanya kaedah ini melibatkan proses perundingan harga dengan pemilik domain. harga domain yang dibeli terus boleh mencecah ribuan malah jutaan ringgit sekiranya domain tersebut mempunyai nilai-nilai tertentu yang berhubung kait dengan pihak yang ingin mendapatkannya.

terdapat juga laman web yang menyediakan Aftermarket Sales atau himpunan domain yang telah didaftarkan tetapi ingin dijual oleh pemiliknya. hanya google untuk kawan kawan cari domain yang dihajati. kalau berminat, kawan kawan boleh memasukkan harga tawaran dan seterusnya berbincang mengenai tawaran belian dengan pemilik domain tersebut.

macam kata salah seorang pembeli dan penjual domain dari Malaysia, seperti yg diceritakan dalam landing page e-buku ini, walaupun jualan domainnye belum mencecah nilai puluhan ribu ringgit, tetapi beliau sgt berpuas hati kerana ada di antara domain tersebut yang dibelinya pada harga yang tidak sampai RM50, tetapi berjaya dijual hingga ratusan dolar Amerika!! gile meriah kan?? Ehehe.

secara amnya, faktor-faktor seperti panjang sesuatu domain dan popularitinya meletakkan nilai sesebuah domain itu. selain itu, populariti sesebuah perkataan yang digunakan sebagai domain turut menentukan nilainya. contohnye, PC.com mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding PersonalComputer.com.

dalam keadaan tertentu, penilaian terhadap domain tidak boleh diukur melalui kaedah-kaedah di atas. ini kebiasaannya berlaku apabila sesebuah domain itu benar-benar dikehendaki oleh sesebuah organisasi atau orang perseorangan atau end user. syarikat besar ataupun hartawan sanggup berbelanja besar demi memastikan domain yang mereka inginkan, lazimnya berkait rapat dengan mereka, diperolehi.

nilai domain juga boleh dianggarkan menerusi laman web penilai seperti SwiftAppraisal.com.

selain jual-beli domain, terdapat beberapa cara lain berkaitan domain yang boleh menjana pendapatan. pemilik domain boleh meletakkan domain di bawah program PPC Parking. setiap kali pelawat mengklik pada pautan yang terdapat di laman ini, pemilik domain akan mendapat sedikit bayaran yang diperoleh daripada penaja iklan dalam laman tersebut. antara Parking Provider yang popular adalah seperti Afternic.com, Fabulous.com dan Sedo.com.

di dalam e-buku ini ada diterangkan beberapa lagi kaedah yg boleh digunakan untuk menjana pendapatan daripada domain yg kawan kawan miliki, atau kawan kawan rebuti ^__^

kalau kawan kawan berminat nak mencuba bisnes jual-beli domain ni, boleh la klik je banner kat bawah ni ha ^__^



Isnin, Januari 28, 2013

ebook added value for bisnes : panduan membuat akaun syarikat



Salam and hai kawan kawan ^__^

Kawan kawan mungkin mempunyai minat untuk mempelajari ilmu perakaunan, tak kiralah untuk memahirkan asas financial kawan kawan ke (mudah nak buat financial planning contohnye), untuk kegunaan bisnes ke (supaye kalau kawan kawan hire accountant ke, finance assistant ke, kawan kawan tak kena tipu hidup hidup ngn staff sendiri), adik adik yg dipilih menjadi bendahari kehormat persatuan tapi langsung takde basic perakaunan, mahupun adik adik yg memang seorang student perakaunan kat sekolah tapi cikgu yg ajar adik adik tu mempunyai kaedah pengajaran dan pembelajaran yg hmm.. kan?

namun, niat kawan kawan dan adik adik mungkin terbantut disebabkan oleh masalah-masalah yang dialami seperti berikut:

• tak tau tempat yang mengadakan kelas perakaunan
• jadual kelas pembelajaran tak sesuai dengan masa kawan kawan dan adik adik yg padat dengan aktiviti rutin yg berfaedah.
• yuran kelas yang agak mahal, selalunye la….
• suasana pembelajaran yang mungkin kurang selesa.
• tak mempunyai buku rujukan yang tepat dan bersesuaian.
• tak menjumpai tenaga pengajar yang sanggup membimbing kawan kawan hingga berjaya.

dan masalah-masalah lain yang menyebabkan kawan kawan terpaksa melupakan sahaja niat kawan kawan untuk mempelajari ilmu perakaunan pastu, dengan segala macam masalah yg boleh mengakibatkan stress yg tidak berkesudahan ini, kawan kawan rasa macam nak undur diri je, nak give-up dan terus rasa macam tak nak lagi mempelajari ilmu perakaunan.

kalau kawan kawan seorang usahawan pulak, terus kawan kawan outsourcedkan saja urusan perakaunan syarikat online bisnes kawan kawan pada private company yg berlambak lambak kat market tu..

sadis sangat kan?

nak belajar tapi tak tau cara dan tak jumpa cara yg sesuai….

tapi kini, dengan adanya e-buku ini, kawan kawan tak perlu gusar dan bermuram durja lagi!!! ehhehe.

apa kelebihan-kelebihan yang akan kawan kawan bakal perolehi daripada ebuku Panduan Perakaunan ini?

ahaa… menurut si penulis e-buku ini :
1. ia ditulis di dalam bahasa yang mudah difahami iaitu Bahasa Melayu untuk menjadikannya ebook paling mudah difahami dan berkesan.
2. ia memberi gambaran jelas tentang perakaunan serta penggunaanya dalam kehidupan seharian amnya dan perjalanan dan ketelusan akaun syarikat amnya.
3. ia memberikan ilmu pengetahuan serta asas-asas dalam perakaunan yang wajib difahami oleh semua masyarakat
4. dapat memantapkan lagi ilmu perakaunan sama ada secara teori mahupun praktikal.
5. e-buku Panduan Perakaunan ini amat baik dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja dalam mengejar impian mempelajari Perakaunan berdasarkan teknik-teknik yang betul.
6. ia dapat menjawab segala persoalan kawan kawan yang tidak dapat diselesaikan selama ini terutama bagi mereka yang sedang mempelajari subjek perakaunan.
7. e-buku ini boleh dijadikan panduan untuk mengajar anak-anak kawan kawan belajar perakaunan sejak kecil lagi di rumah kawan kawan sendiri. kawan kawan boleh membantu anak-anak kawan kawan mempelajari perakaunan menggunakan e-buku ini. pastinya ia amat menyeronokkan.
8. bagi golongan ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan, mereka perlu mendapat e-buku ini.
9. dengan adanya ebook ini, anak-anak kawan kawan akan dapat menguasai perakaunan dengan mudah sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.
10. e-buku ini juga menjadi pencetus kepada bidang-bidang ilmu yang lebih luas seperti ilmu berkaitan dengan perniagaan dan seterusnya mengingkatkan penghayatan pembaca terhadap ilmu ini.

Cukuplah saya listkan sepuluh sebab. selebihnya, kawan kawan boleh klik link kat bawah ni untuk maklumat lebih lanjut ^_^ Panduan Perakaunan - Untuk Syarikat dan Perniagaan Selamat Berjaya!!! ^__^

Jumaat, Januari 25, 2013

ebook nak mulakan bisnes : macam mana nak hasilkan landing page yg menarik?

Pakej 86 Premium Landing Page

Salam and Hai kawan kawan ^___^

Tau tak ape landing page? Catchy kot name dia kan, tapi berguna dan perlu ke kalau nak set up online bisnes? Eheheh

Ok, roughly, landing page yang profesional merupakan antara elemen terpenting yang wajib ada dalam setiap website kawan kawan. ini kerana pelawat yang datang ke website kawan kawan hanya akan tertarik untuk melihat dan subscribe mailing list kawan kawan setelah melihat landing page kawan kawan.

Kalau tak silap saya, ada jugak IM IM yg panggil sales letter.

jika suatu masa dahulu pepatah "Don't Judge a Book by its Cover" sering digunakan, tetapi pada hari ini ia langsung tidak relevan terutamanya di internet. ini kerana susun atur landing page menggambarkan siapa diri kawan kawan. jika susunannya profesional, pelawat akan anggap kawan kawan seorang yang professional, kalau susun aturnya tunggang langgang dan kelihatan hampeh, begitulah juga tanggapan potential customer kawan kawan.

namun begitu, ia tak semudah yang disangka..ehehe. mungkin ada yang beranggapan bahawa kawan kawan hanya perlu mengeluarkan duit untuk mengupah orang menghasilkan landing page yang profesional. namun percayalah, ia tidak semudah itu kawan kawan!!
antara masalah biasa yang kawan kawan akan hadapi ialah :

• Kekurangan modal kerana kebiasaannya kos untuk mengupah para designer agak tinggi selari dengan tahap mereka.

• Kebiasaannya designer yang kawan kawan upah tidak menepati apa yang kawan kawan mahukan dan landing page yang dihasilkan langsung tidak kelihatan profesional.

• Menghabiskan banyak masa untuk cuba design sendiri grafik landing page yang profesional untuk website kawan kawan.

• Melaburkan terlalu banyak modal untuk mengupah designer sehinggakan tiada bajet untuk marketing produk kawan kawan.
akibatnya, kawan kawan menjadi bosan serta tertekan apabila landing page kawan kawan tidak mampu bertahan serta tidak mampu mengumpul email list. akhirnya kawan kawan berputus-asa dan tidak lagi berminat untuk menjual di internet.

sadis sangat kan??

jika kawan kawan pernah atau sedang atau rasa rasa macam akan mengalami masalah-masalah seperti di atas, jangan risau kerana kawan kawan tidak bersendirian. ini kerana menurut penulis e-buku ini, suatu masa dahulu dia dan ramai lagi usahawan internet lain yg rata ratanya hari ini telah berjaya, juga pernah mengalaminya. Kawan kawan boleh baca kisah dia waktu mula mula nak hasilkan landing page masa mula mula nak libatkan diri dalam online bisnes ni dalam e-buku ini. klik je Pakej 86 Premium Landing Page


so kalau agak agak kawan kawan berminat nak dapatkan pakej menghasilkan landing page ni, apa tunggu lagi, rembat cepatttt ^__^

Rabu, Januari 23, 2013

ebook added value for bisnes : autoresponder yg membantu kawan kawan menjawab emel^_^



Salam and hai kawan kawan ^__^

camne eh nak buat emel autoresponder? alaaa emel yg automatik dia klua tu... bila ada potential customer nak request quotation or any enquiry submitted? hehe penah tak kawan kawan tertanya tentang ini?


aha.. saya ada penyelesaian kepade permasalahan kawan kawan. dengan 1 kali bayaran RM120 sahaja, kawan kawan boleh gunakan akaun emelmatik ini selamanya! tak perlu lagi bayar monthly fee walaupun list emel kawan kawan semakin hari semakin meningkat!


OK, sedikit pencerahan tentang produk ini seperti yg diringkaskan oleh si penulis e-buku ini (dan saya ringkaskan lagi untuk memudahkan kawan kawan memahaminye ^__^)

Emelmatik adalah sistem yang mengatur pengiriman emel kepada subscriber (list) secara automatik. ia digunakan untuk mengirim siri emel dari saat pengujung mengisi nama dan alamat emel mereka di opt-in form squeeze page (kotak kecik yg selalu while kawan kawan tgh browse certain website tu, tetiba je dia appear mintak kawan kawan isikan nama dan alamat emel). opt-in form adalah 'penangkap data' dan dihantar ke sistem autoresponder untuk menjalankan pembalasan emel. semua pemasar internet (IM) memerlukan sistem autoresponder untuk memudahkan urusan pembalasan emel mereka. mustahil bangat kan mereka menghantar emel ke pelanggan satu per satu. kerja yang ghenyeh dan memakan mase ini dapat diringkaskan oleh sistem Emelmatik.

siapa sebenarnye yg perlukan sistem ini?

ahaa… jika kawan kawan seorang pemasar internet, kawan kawan boleh hantar emel kepada prospek kawan kawan berkenaan produk terbaru kawan kawan atau memperkenalkan produk affiliate untuk mendapat komisyen apabila mendapat jualan.

jika kawan kawan seorang guru, kawan kawan boleh hantar emel kepada pelajar kawan kawan berkenaan jadual ko-korikulum, kelas tambahan dan sebagainye. Sure sure anak anak murid kawan kawan terpana bila dapat emel dari kawan kawan yg bergelar cikgu ni. Ehehe.

jika kawan kawan seorang event organizer, kawan kawan boleh hantar notis jadual event kepada pelanggan kawan kawan.

jika kawan kawan seorang dokor, kawan kawan boleh hantar emel untuk mengingatkan mereka untuk hadir untuk menerima rawatan susulan.

haaaa… banyak kan pekdahnye.. tu cuma beberapa je contoh pekerjaan yg boleh memanfaatkan penggunaan system autoresponder ni. banyak lagi sebenarnye kalau kite kreatif dgn aplikasi teknologi semasa ni ^__^

Perbandingan Emelmatik dengan Autoresponder terkemuka
 Aweb*r Getrespond* Emelmatik
Monthy fee Yes Yes No
Trial Period $1 for 30 days No 365 days
Pricing $19 per month to 500 subs. $149 for 10,000 to 25,000 $9.95 per month to 250 subs. $145 for 15,000 to 25,000.  RM120 / life time
Email Limit Unlimited Unlimited Unlimited
Subscriber Limit Unlimited Unlimited Unlimited
Webased webform Yes Yes No
HTML / text Yes Yes Yes
Mail Template Yes Yes No
WYSIWYG Editor Yes Yes Yes
Autoresponder email, Campaign Stats, Link Tracking, Message Personalization, Customer Support   Yes Yes Yes

so amacam kawan kawan? kalo berminat, klik Emelmatik">http://ematik.jomniaga.com/go/2/hijauoren/">Emelmatik- Autoresponder Unlimited
untuk maklumat lanjut!! selamat berauto responder... ^__^

Isnin, Januari 21, 2013

ebook nak mulakan bisnes : 101 idea perniagaan internet



Salam and hai kawan kawan ^__^

Kawan kawan nak berniaga?? Tapi takde idea? Takpe… saya ada e-buku yg boleh memberikan kawan kawan 101 idea perniagaan yg boleh kawan kawan cuba sbg permulaan menjadi usahawan atau peniaga.

Kini kawan kawan tiada lagi alasan untuk tidak memulakan perniagaan internet kawan kawan sendiri.

Jangan hanya gunakan internet sekadar untuk mencari maklumat, membace online newspaper atau worst case hanya untuk berchatting semata mata. internet di rumah kawan kawan yg kawan kawan bayar bulan bulan tu boleh memberikan pendapatan tambahan untuk kawan kawan!

Matlamat utama e-buku ini adalah untuk membantu kawan kawan, perniagaan kawan kawan dan rakan rakan niaga kawan kawan yang lain tentang potensi dalam perniagaan internet yang boleh kawan kawan mulakan dari rumah dengan kos yang minimum.

Ya. Kos yang minimum.. Betul ke?

Menurut penulis e-buku ini, dia memulakan perniagaan internetnye sekitar pada tahun 2006 dengan hanya bermodalkan RM60. Next question is, apa yang boleh kawan kawan buat dengan RM60 sekarang ini? ehehe. Kalau saya, lepas la duit makan kat Tutti Frutti untuk 4 beranak ^_^

Perniagaan internet adalah perniagaan paling sesuai untuk kawan kawan bermula secara kecil kecilan dari rumah! Atau yg nak mulakan part time bisnes. Boleh kalau kawan kawan cuba nak marketkan perniagaan kawan kawan menggunakan teknik pemasaran tradisional, macam promote dalam iklan kat surat khabar, risalah dan sebagainya. Tapi selalunya teknik teknik tersebut semakin sukar nak berjaya, nak nak pulak pada zaman semua orang pun guna internet untuk cari sebarang maklumat.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Internet World Stats, statistik sehingga 30 Jun 2008 menunjukkan 1,463 Juta penduduk dunia menggunakan internet setiap hari. Dimana, pengguna dari Asia merangkumi 39.5% dari jumlah keseluruhan pengguna internet. Lagi pulak, kosnye yang tinggi, kerjenye yang rumit dan mengambil masa yang banyak… sadis kan?

Jika kawan kawan bersungguh dalam membangunkan perniagaan internet kawan kawan sendiri dan berminat untuk memajukan diri lebih jauh lagi, kawan kawan boleh dapatkan maklumat penting yang kawan kawan perlu melalui e-buku ini. Ia mengandungi lebih dari 200 mukasurat yang padat dengan maklumat yang perlu kawan kawan tahu sebelum memilih dan memulakan perniagaan internet kawan kawan yang pertama.

Dalam ebook ini, kawan kawan akan mempelajari asas utama sebelum kawan kawan memulakan perniagaan ini. Antaranya ialah:
  1. Asas dan Konsep Perniagaan Internet.
  2. Kaedah Penerimaan Bayaran di Internet.
  3. Jenis Laman Web Yang Sesuai dengan Produk Kawan kawan.
  4. Kos Dalam Perniagaan Internet. Kajian Dan Analisis Pasaran.
  5. Bagaimana untuk mencari idea dan mengkaji pesaing.
  6. 101 Idea Perniagaan Internet beserta contoh laman web.
  7. Pemilihan Idea Terbaik Bagaimana untuk membina laman web dan perkara yang perlu dielakkan.
  8. Bagaimana untuk mendapatkan Produk perniagaan.
  9. Strategi dan Pengurusan Kewangan Perniagaan

Dan ada video jugak untuk memudahkan kawan kawan faham apa yg penulis ni nak sampaikan ^__^

10 Video Asas Perniagaan Internet nye ielah :
1. Pengenalan Asas Perniagaan Internet - 13.39
2. Langkah Pertama Dalam Perniagaan Internet - 10.36
3. Kajian Pasaran - 6.38
4. Membuka Akaun Paypal - 14.28
5. Konsep AIDAS - 6.13
6. Perniagaan Produk Fizikal - 4.46
7. Perniagaan Ebook/ Digital - 6.38
8. Perniagaan Perkhidmatan - 3.30
9. Strategi Pemasaran Perniagaan - 6.48
10. Automasi dalam Perniagaan Internet - 4.10

Kawan kawan boleh klik 101 Idea Perniagaan Internet untuk maklumat lanjut ^__^

Sabtu, Januari 19, 2013

worth to read : apa yg suami-isteri perlu tahu tentang NAFKAH


artikel ini dicedok dari sini dan aku susun balik bahasa asalnya yg sangat berstruktur kepada bahasa yg sedikit santai untuk memudahkan korang faham hehe happy reading everyone!! ^__^
 
Takrif nafkah, ia adalah suatu bahagian daripada hartanya yg halal yang dibelanjakan kepada orang-orang yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Adapun nafkah, ia terbahagi kepada 3 bahagian. Iaitu i) kepada isteri, ii) kepada anak dan iii) kepada keturunan.
Nafkah kepada isteri, mestilah isteri yang sah atau isteri dalam ‘Iddah raj’i atau ‘Iddah yang boleh dirujuk kembali, ertinya ialah ‘Iddah dari talak satu atau dari talak dua. Tetapi ‘Iddah talak
tiga tidak berhak diberi nafkah kerana ia adalah talak yang tidak boleh dirujuk kembali.

Nafkah yang diberi kepada anak, mestilah bagi anak yang sah. Anak yang di luar nikah atau anak zina, tidak wajib diberi nafkah. Takrif wajib nafkah kepada anak juga ialah anak yang belum akil baligh. Bagi anak yang sudah akil baligh, tidak wajib lagi bagi ayah untuk memberi nafkah kecuali anak itu tidak boleh mencari nafkahnya sendiri. Katalah seorang anak itu akil baligh ketika umurnya 15 tahun sedangkan masa itu dia masih belajar di sekolah. Ertinya, anak itu belum berupaya lagi mencari rezeki. Makna, ayahnya wajib memberi nafkah kepada anaknya.

Nafkah keturunan ialah contohnya anak memberi nafkah kepada ibu bapanya. Syaratnya mestilah ibu bapa itu tadi adalah terlalu susah hingga tidak mampu menyara hidupnya. Ibu bapa yang sudah tidak mampu mencari nafkahnya sendiri, adalah jatuh hukum wajib bagi anak-anaknya memberi ibu bapa nafkah. Ertinya, seorang anak yang memberi belanja hidup kepada orang tuanya yg tidak mampu mencari wang bukan dibuat suka-suka hati atau dipanggil berbaik hati. Ia adalah satu tangggungjawab yang wajib.

Seorang suami perlulah mengetahui syarat-syarat yang wajib dan berhak diberi nafkah kepada isteri, Syarat i) isteri yang taat kepada suami. Taat dalam ertikata menyerah diri bulat-bulat kepada suami samada jiwa raganya, tenaga dan akal fikirannya. Begitu juga, menyerah diri kepada suami bererti menyerah zahir dan batinnya pada suami dengan syarat suaminya itu tidak menyuruhnya melakukan perkara yg dilarang Allah dan Rasul. Isteri yang demikian saja yang wajib diberi nafkah. Isteri yang tidak taat 100% kepada suami atau sentiasa berbalah dengan suami, tidak wajib diberi nafkah.

Syarat ii) isteri yang tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Seorang isteri itu memang dilarang oleh syariat keluar rumah tanpa izin dari suami. Hari ini begitu ramai sekali isteri yang tidak sedar perintah ini. Mereka bebas keluar rumah sesuka hati padahal yang dia lakukan itu adalah satu dosa.Ada setengahnya sampai berani membentak suami kalau dia ditanya tentang kepergiannya itu.

Isteri yang keluar tanpa keizinan suami bererti dia tidak taat dan melanggar syariat. Ketaatan pada suami bererti taat di dalam agama. Apa saja yang dilarang dan diharamkan oleh Allah dan Rasul dalam rumahtangga dan di dalam perhubungan suami isteri, isteri hendaklah taat.

Gugur nafkah bagi isteri-isteri yang tidak taat. Cuma gugur nafkah seorang isteri yang tidak taat itu sabitnya adalah dengan syarat-syarat yang tertentu. Ertinya, ada beberapa syarat yang mensabitkan gugurnya nafkah isteri apabila dia tidak berlaku taat.

Adapun suami-suami yang wajib memberi nafkah kepada isteri juga terdiri dari tiga golongan. I) suami yang kaya, ii) suami yang sederhana dan iii) suami yang miskin atau papa. Ketiga-tiga golongan ini ada peringkat nafkah masing-masing terhadap isteri.

Seorang suami yang kaya lain ukuran nafkahnya dan suami yang sederhana lain ukuran nafkahnya, dan seorang suami yang miskin papa lain pula ukuran nafkahnya.

Kewajipan nafkah bagi suami yang kaya menurut yang diterangkan dalam pengertian syariat ialah, memiliki harta yang boleh dibelanjakan sehingga umur lazimnya dia boleh hidup dan kalau sekiranya dia mati, masih ada baki harta itu. Itulah yang dikatakan kaya.

.

Bagi suami yg kaya, ada kaedah-kaedah nafkah yang mesti diberikannya kepada isterinya. i) suami mesti menyediakan sebuah rumah untuk anak isterinya, sama seperti rumah isterinya semasa dia tinggal bersama ibu bapanya dahulu. Ertinya, nafkah orang kaya terhadap isterinya adalah berat. Kalau suami tidak menyediakannya, belumlah selesai tanggungjawab nafkahnya terhadap isterinya.

ii) makan dan minum yang mesti disediakan untuk isterinya pula, mestilah jenis makan dan minum yang pernah isterinya terima semasa dia hidup bersama dengan ibu bapanya dahulu. Katalah semasa dia hidup bersama ibu dan bapanya dahulu, dia makan nasi yang berasnya bernilai beras terbaik. Maka, suami mestilah menyediakan makan untuk isterinya dengan beras yang terbaik juga. Begitu juga dengan lauk pauknya yang mana kalau sekiranya semasa berada bersama ayah dan ibunya dahulu dia makan lauk yang baik-baik, maka suami mestilah memberi isterinya lauk pauk yang baik-baik juga, seperti daging, ayam dan sebagainya.

iii) begitu juga bagi lain-lain peralatan rumah serta dapur, semuanya mesti disediakan mengikut keadaan yang baik-baik seperti dapur gas, alat-alat perabot dan lain-lainnya, mesti juga dari barang yang baik-baik.

iv) sekiranya dahulunya isterinya biasa dibantu oleh orang-orang gaji, maka hendaklah suami mengadakan orang gaji untuk isterinya.

Dan begitulah seterusnya dalam hal-hal yang lain di dalam rumahtangga suami itu, setiap apa yang pernah ada pada isterinya dahulu, mestilah disediakan untuk isterinya.

Tentulah berat tanggungjawab bagi seorang suami yang kaya apabila diukur dan ditinjau di sudut fekah. Apabila kita tinjau di sudut tasawuf iaitu di sudut hendak mendapatkan kewarakan dalam beramal ibadah, perkara-perkara yang demikian bergantung kepada keredhaan isteri. Seandainya isteri redha, tidak mahu segala kesenangan dan kenikmatan dunia kerana takut akan hisabnya terlalu berat di akhirat nanti, isteri boleh menolak semua itu dan memilih kehidupan zuhud.

Tetapi harus pula seorang suami itu ingat, suami tidak boleh memaksa isterinya yg biasa hidup senang itu untuk zuhud. Tanggungjawabnya ialah untuk menyediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian untuk isterinya. Ini adalah tuntutan wajib ke atasnya.

Daripada pengertian tentang memberi nafkah kepada isteri bagi suami-suami yang termasuk dalam golongan kaya, dapatlah dijadikan ukuran tentang bagaimana pula tanggungjawab suami-suami yang termasuk dalam golongan sederhana dan golongan miskin. Perlulah diingat bahawa dalam persoalan memberi nafkah kepada isteri ini, Rasulullah saw pernah bersabda:

“Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan, sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan telah dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimat Allah dan diwajibkan atas kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang
sebaik-baiknya.”


Kemudian Allah swt juga ada berfirman yang maksudnya:

“Hak (nafkah) isteri yang diterimanya dari suaminya seimbang dengan kewajipan terhadap suaminya itu dengan baik.”

Dan di dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang maksudnya:

“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuan dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.”

Daripada pertanyaan-pertanyaan di atas jelaslah kepada kita ukuran pemberian nafkah bagi seorang suami itu terhadap isterinya. Kalau suami-suami yang termasuk dalam katagori yang kaya tadi, telah digariskan kaedah-kaedah nafkah yang wajib diberikannya kepada isterinya, maka bagi suami-suami yang sederhana dan miskin, bolehlah kita gariskan tentang banyak mana nafkah yang wajib suami berikan kepada isterinya. Iaitu berdasarkan daripada hadis Rasulullah saw dan dari pertanyaan Allah di atas, suami-suami wajib memberi nafkah kepada isteri-isterinya mengikut kemampuannya serta menurut keadaan dan tempat.

Begitulah tuntutan nafkah zahir kepada para isteri yang wajib bagi suami-suami melaksanakannya. Seandainya para isteri bagi suami yang miskin atau sederhana meminta lebih dari yang mampu disediakan oleh suami, sabda Nabi saw.:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.”

Mengenai nafkah pasangan suami isteri yang sama-sama bekerja yg mencapurkan hartanya, persoalan ini adalah amat berat kerana ia melibatkan harta pusaka yang tidak dapat ditentukan siapa punya. Seandainya, dalam soal kedua-dua mencari nafkah ini ditakdirkan suami meninggal atau ditakdirkan isteri meninggal, bagaimana pula status harta yang ditinggalkan?

Dalam hal ini, jika meninggal salah seorang di antara keduanya, harta yang tinggal tidak boleh dipusakakan kerana harta yang tinggal itu tidak tentu siapa yang punya kerana sudah bercampur. Syariat hanya menganggap hasil pencarian suami sahaja yang dijadikan harta pusaka untuk anak isteri tetapi isteri tidak boleh mencari nafkah untuk menjadikannya harta. Setiap wanita hanya boleh memiliki harta melalui peninggalan ayah ibu atau pun adik beradik atau peninggalan suami.

Sekiranya pasangan itu bekerja untuk menambahkan pendapatan keluarga, satu pejanjian antara isteri dan suami mesti ada untuk mengikrarkan harta sama sepencarian itu. Di antara perjanjian yang boleh dibuat ialah seperti misalnya, suami mengatakan kepada isteri bahawa seluruh harta yang mereka cari bersama itu adalah hak suami, walaupun bahagian isteri yang mencari ada di dalamnya. Sekiranya suami meninggal, seluruh yang ada pada harta itu, adalah menjadi harta pusaka yang boleh dibahagi-bahagiakan. Begitu juga, suami boleh mengikrarkan kepada isteri tentang harta yang sama-sama dicari itu dengan mengatakan bahawa semuanya adalah hak isterinya. Sekiranya suami meninggal, seluruh harta yang tinggal itu adalah hak isterinya.

Boleh juga jika suami isteri yang sama-sama mencari nafkah mengasingkan harta masing-masing. Misalnya, kalau isteri membeli peralatan rumah hasil pencariannya, isteri boleh menyatakan kepada suaminya bahawa pinggan mangkuk itu adalah hartanya. Dalam soal ini mesti ada perjanjian bertulis, supaya ia tidak menjadi perbalahan apabila meninggal salah seorang antara keduanya nanti. Dan yang selebih baiknya ialah dengan memanggil ahli-ahli keluarga waris untuk menjadi saksi. Ini adalah amat mustahak sekali kerana ia melibatkan soal faraid atau pembahagian harta.

Soal suami isteri yang sama-sama bekerja mencari nafkah sudah menjadi perkara biasa hari ini. Kalau sama-sama tidak jelas tentang harta dan faraid harta, takut-takut nanti seluruh isi keluarga memakan harta yang haram. Sedangkan isteri yang pergi bekerja itu pun mesti berhati-hati kerana takut-takut isteri membawa balik harta yang haram. Hal ini mudah sangat berlaku. Andainya isteri pergi bekerja itu tanpa lafaz izin dari suami atau tidak menutup aurat, bermakna isteri keluar rumah secara haram. Jadi, suami kenalah melafazkan izin setiap hari kepada isteri serta mensyaratkan kepada isteri setiap kali pergi bekerja hendaklah menutup aurat. Kemudian harta yang menjadi harta sepencarian itu pula hendaklah dinyatakan oleh isteri apakah boleh ia dimakan bersama. Kalau tidak, takut-takut nanti suami memakan harta haram.

 

Jumaat, Januari 18, 2013

ebook nak mulakan bisnes : kumpul senarai emel

salam kawan kawan ^__^

macam mana perjalanan bisnes kawan kawan? semoga segala yg dirancang berjalan lancar adanya.

macam saya, macam biasalah, kerja promoter, dari semasa ke semasa akan mempromosikan ebook ebook dan produk produk di pasaran terutamanya pasaran online bisnes yg bagus dan rasanya sesuai untuk kawan kawan semua ^_^

kali ni, saya nak promote ebook panduan macam mana kawan kawan nak kumpul senarai emel untuk kawan kawan jadikan prospek perniagaan online bisnes kawan kawan.

yaaa.... prospek!! itu pun yg kawan kawan sentiase tunggu tunggu kan?



sebelum tu, saya nak tanya sikitlah. kawan kawan tau tak apa itu spam message dan spammer? saya pasti, kalau kawan kawan biasa bergiat aktif dalam bidang beremel emelan, kawan kawan tentu amat sgt bahawasanya tau spam message adelah mesej yg kite-taknak-dan-bile-nampak-emel-ni-terus-delete kan? haa, dan spammer pulak ofkoz la orang yg hantar emel emel yg kite-taknak-dan-bile-nampak-emel-ni-terus-delete tu kan.

kalau orang yg delete emel kawan kawan tu setakat delete je tak pe lagi, kalau dia p report kat pihak pihak service provider, camne? tak memasal je emel address kawan kawan black listed. lagi terus susah nak buat online bisnes dengan jayanye.. hehe.

jadi dengan adanya perisian ni, kawan kawan tak perlu risau lagi! sebab cara kawan kawan nak cari emel list tu adelah dengan cara jujur, pihak yg akan kawan kawan emel tu yg sendiri bersetuju nak menerima emel dari kawan kawan.




jika pemilik emel tersebut dah tak nak terima emel daripada kawan kawan, di dalam perisian tersebut, ada dinyatakan yg pemilik emel tersebut boleh 'unsubscribe' penerimaan emel daripada kawan kawan.

dengan ini, keduda dua pihak akan rasa gembira dan live happily ever after... ^___^

jika kawan kawan berminat dan rasa perlu untuk kawan kawan ada perisian ini, boleh klik kat Strategi Pemasaran Emel - RahsiaEmel.com klik sini untuk maklumat lanjut.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers